Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / 2 Sifat Wanita Yang Susah Nak difahami.

2 Sifat Wanita Yang Susah Nak difahami.

18 July 2011 by Cikgu Hairul

Wanita solehah idaman setiap lelaki. Para lelaki pulak kena sedar diri. Kalau subuh pun tak solat, jangan harap nak dapat isteri solehah.

Sesolehah manapun isteri tu, masih juga ada yang sukar difahami. Dah nama pun wanita. Perangai pelik dan memeningkan lelaki.

Peliknya No 1. Suka tanya benda sama banyak kali lagi-lagi tanya bab sayang. Kan pelik tu. Dulu isteri pernah tanya ‘abang sayang kat kita tak?’ dah tentu la jawapannya sayang. Pastu tanya lagi, lagi dan lagi. Ni yang buat lelaki tak faham ni.

Rupa-rupanya itulah sifat wanita. Tak payah nak marah. Tak payah nak pelik. Jawab je la. Ikut kajian DMFK, wanita memerlukan 8 kali kata sayang dari suami sehari. Baru mereka puas hati. Ada juga betulnya.

Pada lelaki, cukuplah cakap sekali sekala je. Sayang tak perlu diucap berkali-kali. Kerana kata-kata itu amat bermakna.

Peliknya 2. Bila bertanya mesti dah ada skema jawapan. Ni lagi satu perangai yang buat lelaki pening. Sebab tu la bila ditanya lelaki suka buat bodo je. Jawap bila perlu. Sebab kita tau, isteri memang dah ada jawapan untuk itu. Kalau jawapan tak memenuhi skema mula la membebel sepanjang hari.

Situasi yang lagi teruk bila kita jawab soalan isteri tapi dia tak percaya jawapan kita. Mungkin juga tak sama macam skema jawapannya. Nak cakap benda yang betul dia taknak percaya. Bila kita menipu, wahhh melenting pulak. Marah la pulak bila kena tipu.

Kesimpulannya, wanita itu memang pelik. Wanita pelik untuk lelaki pelik. Pelikkah aku?

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. cik feesya says

    19 July 2011 at 00:35

    heheh suke entry ni..yup wanita sukar difahami..rasanya lelaki pun sukar jugak untuk difahami kan?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2011 at 02:53

      susah ke? Hehehe

      Reply
  2. titan says

    19 July 2011 at 06:14

    betul. kena kata sayang selaluuuu..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2011 at 09:48

      Sayang selalu semestinya. Yang tak tahan nak ucap selalu tu..

      Reply
  3. Ali ridha says

    20 July 2011 at 22:06

    bagi aku sekali pun dah cukup.
    rasa lega la sikit.

    Reply
  4. Pacifista - X says

    24 July 2011 at 22:01

    sama la macam bini aku.asyik tanya sayang ke tak.akhir sekali aku jawab…’nanti abang fikirkan’.haha…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      24 July 2011 at 22:05

      jawapan bikin panas.. merajuk kang bini tu.

      Reply
      • Pacifista - X says

        24 July 2011 at 22:17

        haha…mau taknya.merajuk sampai malam.lepas tu pandai2 la aku pujuk.haha…

        Reply
  5. aimannajmy says

    25 July 2011 at 03:47

    errrr rasa macam nak kawin daaa bila baca entri ni hehehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      25 July 2011 at 08:46

      kawin la.. apa tunggu lagi.

      Reply

Leave a Reply to cik feesya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in