Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / 2018

2018

2 January 2018 by admin

Assalamualaikum.

Tiap-tiap tahun pun sama, masing-masing bikin azam baru untuk tahun baru. Tak kurang yang recycle balik azam tahun yang sudah-sudah. Ada juga yang jawab, tak buat azam ikut kiraan masihi, dia guna tahun hijrah. Mana-manapun tak mengapalah. Asal ada keinginan untuk jadi lebih baik dari hari sebelumnya. Ye tak?

2018 ialah dua tahun sebelum menjelangnya 2020. Sempat ke tidak dalam masa dua tahun ni nak cipta kereta atas jalan tanpa roda? Sempat ke tak nak cipta robot yang menggantikan pembantu rumah, cuci pinggan. Rasanya sempat kut, cuma mungkin dalam bentuk yang tak sama seperti apa yang kita bayangkan dulu.

Tak semestinya robot pembantu rumah tu rupanya macam manusia. IoT tu pun boleh jadi juga asalkan matlamatnya tercapai. Balik rumah, nasik dah siap masak. Tak pun kita boleh kawal aktiviti di rumah remote dari luar, sampai rumah semua pun dah sedia. Itulah pun idea dalam IoT.

Tak ada keperluan pun kereta boleh terapung tanpa roda. Yang ada roda ni pun ramai yang terbabas ke longkang. Cukuplah ada drone yang boleh hantar pesanan makanan. Cukuplah GPS yang maklumkan keadaan trafik untuk rancang perjalanan.

Hah, jauh melalut ke laut. Azam tahun baru? Tak ada. Recycle yang tahun sudah sudah saja sebab tak capai lagi. Aduhai… Hahaha… Asal boleh. Apapun tawakkaltu alallah. Semoga Allah perkenankan. Insya Allah.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Anuar says

    2 January 2018 at 15:33

    Selamat Tahun baru 2018 admin dan para pembaca semua… Semoga tahun 2018 lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya… Dan semoga lebih maju sehingga ke tahun 2020

    Reply
  2. Ira says

    4 January 2018 at 14:26

    selamat tahun baru 2018 kepada semua.semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya.semoga admin dan para pembaca yang terus berjaya dan gemilang.

    Reply

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in