Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / 5 tips shopping last minutes

5 tips shopping last minutes

15 August 2012 by Cikgu Hairul

Sekarang ni mesti ramai yang tengah sibuk shopping saat akhir. Biasa lah kan, orang Malaysia memang suka buat kerja last minute. Shopping pun nak buat last minit juga. Tunggu sampai malam raya baru nak keluar pegi jalan TAR.

5 tips ni saya cuma kongsikan dari Pn Hajjah Rohani di KLFM pagi tadi. Daripada kita menonong je pegi shopping, baik ambik sikit tips ni.

1. Semak- semak pembelian yang kita dah buat. Kadang-kadang apa yang kita perlukan masa sambut raya dah kita beli, tapi terlupa. Dek kerana banyak tawaran hebat yang kita jumpa, terbeli lagi satu. Kan membazir tu.

2. Senarai- Ini perkara perlu yang tak ramai orang buat. Senaraikan apa yang kita nak beli. Kalau boleh senaraikanlah seberapa banyak barang yang termampu kita fikir. Senarai ini yang kita akan analisa dalam tips berikutnya.

3. Select- pilih dari senarai yang kita dah buat tadi. Mana yang kita fikirkan ia menjadi keperluan, kita ambik. Manakala barang yang cuma satu kehendak kita buang. Berbelanja ikut kemampuan. Walaupun dapat bonus, tapi jangan habiskan. Simpan sebahagian untuk masa depan.

4. Spend time- masa sangat berharga. Jangan buang masa terlalu lama semasa shopping. Pastikan ada peruntukan masa tertentu untuk mencari keperluan hari raya ni. Ni kalau dah sampai tiap-tiap malam nak keluar shopping apa cerita? Kan elok gunakan masa malam tu untuk mencari lailatukqadar.

5. Selamat- tempat yang menjadi tumpuan orang biasanya tempat pencopet cari rezeki juga. Hati-hati dengan barangan berharga. Gelang emas tu kalau boleh tak payah pakai la pegi shopping. Kereta pulak pastikan diletakkan di tempat yang selamat. Kalau tak selamatttttt la kita.

Harap-harap tips ni berguna. Kalau ia berguna bolehla tekan butang share / like / tweet kat sebelah tu ye. Ok, jom shopping. Ingatkan nak pegi Masjid India petang ni. Esok pun dah tak sekolah. So bolehla shopping puas-puas.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. sweetkurma says

    15 August 2012 at 11:46

    alhamdulillah, akak dah shopping awal ramadhan sebab tak nak bersesak sesak

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 August 2012 at 11:49

      Itu yang sebaiknya. Masalahnya ramai yang shopping saat akhir ni, termasuk la saya. Baju melayu pun tak beli lagi. Ingatkan nak pakai yang tahun lepas punya. Tapi wife dah muncung sedepa tu. heheh

      Reply
      • Jebeng Otai™ says

        5 September 2012 at 00:31

        setuju..perangcangan rapi tu penting.. 🙂

        Reply
  2. onlajer says

    15 August 2012 at 14:32

    test

    Reply
  3. suri says

    15 August 2012 at 15:48

    aeon mmg sah penuh heee, klu tar ramai kena sabar hee ths store pilihn terakhir kami..berbaloi sgt2.. asal dpt beli sorg sehelai dua ok heee

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 August 2012 at 22:08

      Aeon agak mahal la kak..

      Reply
  4. suri says

    15 August 2012 at 15:50

    serbu potongan harga yg 70% tu lebih menguntungkan hee… kelmarin sy sale aeon pra ramadan mmg murh baju tu rm 40 hinggit,mlm tdi pi tgok rega baju tu naik rm70.00 heeee mujut dh grab siang2

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 August 2012 at 22:09

      S yang ke enam.. SERBU… hehehehe

      Reply
  5. titan says

    15 August 2012 at 17:22

    aku shopping bila perlu aje. lepas jumpa barang, terus balik. tak singgah mana dahh..dan memang kalau shopping, aku tak ajak orang pempuan. ain maisarah pun aku tak bagi ekot..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 August 2012 at 18:08

      Lelaki memang camtu. Pompuan ni yang agak bermasalah. Ko punya ain maisarah bila nak bawak g jalan TAR? Hahaha

      Reply

Leave a Reply to sweetkurma Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in