Seminggu dua ni saya aktifkan diri dengan aktiviti yang agak extreem. Apa yang saya lakukan ialah jogging dan berbasikal setiap hari. Malahan untuk ke tempat kerja juga saya berjalan kaki.
Di samping itu saya juga mengawal pemakanan dengan agak ketat. Cuma makan mengikut keperluan tenaga sahaja. Selama hampir dua minggu saya tak makan nasi. Cuma makan roti, susu, ikan dan sayur-sayuran.
Akhirnya tak cukup dua minggu, badan mula rasa lain macam. Otot mula sakit-sakit. Tekak perit akhirnya demam.
Ternyata program diet dengan mengawal pemakanan yang keterlaluan juga antara penyebab saya tak tahan.
Mungkin perut terkejut dengan perubahan yang mendadak. Tapi saya banyak baca tips rakan-rakan yang berdiet tak ambik nasi berbulan lamanya. Mereka ok je. Kenapa tidak saya?
Saya juga dapat rasakan, aktiviti extreem tersebut bila dilakukan tanpa mengawal sangat pemakanan, semuanya berjalan lancar. Buktinya sebaik saja saya kebah dari demam saya cuba makan nasi semula dan lakukan aktiviti extreem, otot tak sakit, tekak tak perit dan Alhamdulillah tak demam.
Nasihat saya, sebelum melakukan diet pastikan kita cukup ilmu untuk itu. Jangan main ikut-ikut je. Walaupun saya ambik kursus kesihatan sebelum memulakan aktiviti ni, tapi tak semuanya berkesan. Jadi cuba dulu sehari dua sesuatu aktiviti diet tu. Bila dah rasa ok bolehla teruskan untuk ke fasa seterusnya.
Leeza Dayasari says
leeza kalau makan, mmg balun jer wooo….
Cikgu Hairul says
leeza dah cute takpe.. hehe 🙂
anif says
Apa kata lepas ni cuba gunakan keadah kiraan kalori pula. Kena tahu jumlah pengambilan kalori dalam sehari.
Untuk turunkan berat badan kena kurangkan sedikit jumlah kalori yang diambil. 😀 Guna kaedah ini tiada pantang dalam pengambilan makanan.
Cikgu Hairul says
sebelum ni memang buat pengiraan kalori dulu sblm mula. cuma karbohidrat tu je saya ambik terlalu sikit. tapi orang kata makanan lain cth roti pun dah cukup utk tenaga.
lewisdotmy says
betul tu, nak diet kena plan dulu utk dptkan hasil terbaik
arrizz says
perubahan mendadak sampai badan pon terkejut..tue yang jadi lain tue..perlahan2 bro..cukup usaha sampai masa akan nampak hasilnya juga..
Cikgu Hairul says
tu la.. kena istikomah. tak boleh terus mendadak camni kot.
hatiputera says
Cikgu hairul boleh amalkan meminum susu alpha lipid sd 2 untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar.
Cikgu Hairul says
tak daya dengan harganya bro.. yang ni pun dah try dua minggu. berat tak turun cuma poket je makin turun..
Hazmin Hamudin says
Rasanya cara ni salah… Diet bermaksud bukan tak makan langsung, tapi makan dalam kuantiti yang betul. Senaman pun kena buat.
Cikgu Hairul says
sebenarnya tak salah pun. makanan memang cukup sebab ada karbo, protein dan serat. cuma mungkin juga senaman tu yang keterlaluan.
auc dot com says
baru bercadang dgn geng2 nak carik basikal utk riadah sebegini ramai2 🙂
Cikgu Hairul says
seronok kalau ramai-ramai berbasikal. kat sini ada juga group yang invite berbasikal malam-malam ronda-ronda KL. Mencabar jugak tu..
Jebeng Otai™ says
mmg kene dpt nasihat yg pakar..
Cikgu Hairul says
Insyallah saya akan dapatkan.
tehr says
apa pun perlu sederhana
bila berlebihan pasti mendatangkan kesan buruk
wandisini says
badan kita tak sama dengan orang lain. bahaya bro diet tanpa pemantaun pakar ni. memang boleh buat badan lemah
akubiomed says
Lain macam rejim diet bro. Saya sarankan bro dapat ebook mengenai diet yang betul daripada Kevin Zahri.
Achik Ezz says
Senaman tu yang salah- terlalu extreme…badan terkejut la tu.
Diet tu dah ok. Senaman tak bleh melampau sgt. Badan baru nak belajar tak terima karbo, pastu cikgu paksa badan buat aktiviti lasak…memberontak la badan.
Badan pun ada hak. Makan adalah hak perut. Hehehe
titan says
boleh aje. cara ko tu dah ok. tapi MAKE SURE, sebelum ko jog waktu pagi tu atau petang..ambil makanan sikit. kalau nak makan nasi..pun boleh. ambil dalam 1 kali sehari. biasa aku ambil samada waktu pagi..atau waktu petang sebelum malam..
dari berat aku 75 kg. jatuh ke 63 kg sekarang. berat asal aku masa muda-muda dulu..55 kg. hoho..lagi 8 kg aje nak achieve..tapi aku rasa dah ok berat sekarang. ada rasa bertenaga sikit. masa muda dulu..memang badan ringan dan rasa laju aje berlari. tapi kalau nak angkat barang berat..tak larat. kuasa ada. tapi kekuatan tak cukup. so, tak guna gak..
tips bersenam..jogging aje dah cukup. tapi kalau rajin, buat latihan kardio selalu. bagus untuk otot, badan dan juga jantung. isteri hang juga suka nanti. haha..konsisten la setiap hari. dan bab pemakanan..mu tak nak makan nasi ke apa..terpulang..tapi portion nasi tu..biarlah separuh..dan banyakkan makan buah dan ulam.