
Ada yang cadangkan pusat zakat kena jugak buat pusat pengagihan zakat drive thru macam kaunter pungutan zakat. Ini bagi memudahkan orang ambik duit zakat macam ambik duit kat tabung abah dia. Idea tu datang bila pusat pungutan zakat mempelbagaikan cara kutipan zakat. Nak mudahkan orang bayar zakat katanya. Rentetan daripada itu, ada la pihak yang nakkan cara pengagihan juga dibuat dengan mudah. Nak tergelak pun ada dengan idea kreatif tu.
BR1M yang orang kena isi borang dan istihar berapa jumlah pendapatan isi rumah, supaya kerajaan dapat agihkan duit bantuan kepada yang benar-benar layak tu pun ada yang menipu. Inikan pulak kaunter agih duit drive thru.
Dalam kerajaan dok suruh isi borang mohon BR1M RM650 tu pun dah ramai yang mengaku miskin, laki bini kerja gaji 10K pun sanggup tipu mohon BR1M, inikan pulak duit zakat. Mungkin lepas ni ramai la yang mengaku papa kedana.
Bab duit, duit pulak duit zakat, bukan senang-senang nak bagi kat orang yang tak layak. Terlalu ramai penipu dalam dunia ini. Kalau senang-senang nak bagi, dah tentu ramai yang ambik kesempatan. Bab duit, orang kaya pun kelapaq. Sikap tamak tu memang dah ada dalam setiap jiwa manusia. Nak tak nak memang tak boleh kita nafikan.
Nilailah sendiri dengan pemberian duit BR1M haritu. Ramai yang tak layak cuba-cuba mohon kan? Itulah indikator kepada kejujuran kita. Itulah buktinya ramai yang nak ambik kesempatan. Dah kaya nak lagi kaya. Dah dapat bantuan zakat asnaf miskin, nak lagi tuntut asnaf fakir, asnaf riqab, asnaf gharimin dan kalau boleh tuntut semua jenis asnaf la dia nak balun. Macam tak cukup-cukup.
Pusat zakat kena teliti dalam pemilihan asnaf ni. Duit tu duit semua orang. Kalau lepas ke tangan penipu, sia-sia je la kita bayar zakat. Tak sampai kepada yang sepatutnya. Idea pengagihan zakat melalui drive tu memang brilliant, tapi tak relevant. Maaf cakap la..
brim..memang aku tak apply.
Alhamdulillah.. Maknanya bro masih belum benar tak cukup makan. Macam ni la bagus. Masih ada tulang yang mampu dibanting utk sesuap nasi kannnn…
Yang ramai tuntut tak dpt mesti ramai dr yang poket lebih .
Kalau difikir sekali imbas guna akal yang waras macam tu la. Takkan la orang lhdn tu buta tak reti menilai mana yang layak dan yang cuba2 melayakkan diri.
saya hampir2 layak dapat br1m..hihi. btw, susah nak cakap ttg pengurusan zakat di malaysia ni..sampai ada yg kata, malah pernah berlaku “lagi mudah minta bantuan di gereja dari di pusat zakat..”. taknak lah saya ulas lebih-lebih…
Heheheh.. hampir2 layak? camna tu..
Mintak bantuan di gereja memang mudah. Sebab mereka tak tengok kelayakkan si pemohon. Dalam islam, pemberian zakat hanya untuk mereka yang benar-benar layak je. Bukan boleh suka-suka hati bagi macam kat gereja.
Idea tu not bad. memudahkan tapi yang tenat sikit tu bab kejujuran..semuanya bergantung kepada hatikan…apa sistem sekalipun kalau tak betul jalannya, pasti kecundang…
Betul tu. Kejujuran tu memang perlu diterapkan sebaik mungkin. Banyak juga kes asnaf menipu. Contohnya macam yang kita dengar berita pasal perempuan yang kononnya pegi ke gereja sebab tak cukup duit tu. Cerita sebenarnya, dia ada suami yang bekerja di pusat zakat di sebuah negeri di semenanjung. Dia juga dah dapat zakat asnaf miskin. Lepas tu meroyan kata tak dapat zakat sebab permohonan zakat untuk asnaf lain tak diluluskan. Bab duit, memang susah nak jujur.
zaman nabi dulu wang kutipan zakat diagihkan secara terus dan amil sendiri yang turun padang cari orang yang layak.Tapi kini,pusat zakat dok goyang kaki,orang miskin kena datang sendiri menagih wang zakat.itupun kalau dapat.kebanyakannya tak dapat atas alasan yg tertentu.Yang dapat sapa yang ada kenalan sahaja.
Oleh kerana nama pun pusat pungutan zakat, mungkin sebab tu mereka tak agihkan zakat. Dalam hal ni, ketua kampung atau masyarakat kena peka. Mana2 ahli kariah yang dirasakan layak, hantar nama pada pusat zakat. Dalam dok goyang kaki tu pun, kat kl dan selangor 90% asnaf dapat diagihkan zakat. Kalau masyarakat main peranan, tak mustahil boleh capai 100%.
Benda ni mudah saja. Jika method pengagihan zakat yang digunakan sekarang tak sampai kepada asnaf, kenalah guna method yang lain. Cari method lain. Cari jalan. Cari jalan. DO SOMETHING AND SOLVE IT. Bukan dengan cipta alasan dan goyang kaki dalam office.
Apa hang ingat senang nak cari method yang berkesan?
Peduli apa aku… Cari jalan. Hang dipertanggung jawab untuk agih duit zakat. Carilah jalan. Carilah. Sampai buleh.
BULEH KA TAK BULEH KA, KENA BULEH!
Ambik zakatpun nak drive thru ke. Apa punya malas la sampai benda macam tu pun nak dipermudahkan secara drive thru.
Kadang-kadang berfikir di luar kotak pemikiran ni nampak macam kelakar.. Bila difikirkan baik2, ada juga betulnya cadangan tu. Cuma… itulah, mungkin ada penambahbaikkan lagi yang boleh dibuat untuk mengelakkan sebarang masalah.
kalau boleh la
elok saja sebarang duit untuk orang miskin yang layak
disampaikan saja terus ke rumah mereka
mereka orang miskin, orang susah
Mungkin tugas orang yang senang macam kita ni cuba salurkan kepada mereka. Nak harap pihak berwajib, tunggu kucing bertanduk la jawabnya.