Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Aku Tiada Apa-Apa

Aku Tiada Apa-Apa

29 April 2011 by Cikgu Hairul

Lepas solat Jumaat tadi ada satu jenazah untuk disembahyangkan. Alhamdulillah ramai juga jemaah yang menyembahyangkan jenazah itu. Mungkin kalau dilihat secara zahir tidak ada apa-apa yang peliknya kejadian tu. Tapi ada sesuatu yang mengusik jiwaku.

Apa yang ada pada jenazah itu hanyalah kain kapan yang menyalut tubuh. Selain dari itu adalah amalannya. Jika baik masa hidupnya, banyaklah amalannya. Aku menginsafi diri sendiri. Apakah amalan yang ada mencukupi untuk kubawa kesana nanti?

Sedar akan hakikat itu, aku terfikir lagi akan sesuatu. Kita sebenarnya tak punya apa-apa. Nyawa, tubuh badan, harta, isteri, anak-anak, rakan taulan semuanya adalah pinjaman. Allah pinjamkan sementara untuk kita gunakan sebaiknya di dunia.

Anggota badan yang kita ada ini cumalah pinjaman. Harta pinjam ini bila-bila masa boleh ditarik balik oleh yang empunya. Dari atas sampai bawah semuanya pinjam. Maknanya kita tiada apa-apa. Miskin kan kita?

Justru apakah kita tidak malu melakukan sesuatu yang dimurkai Empunya dengan barang yang cuma pinjaman ini? Patutkah kita merasa bongkak dengan segala kemewahan yang kita pinjam? Patutkah kita takabur dengan kecantikkan yang cuma dipinjamkan? Patutkah kita bangga dengan harta yang juga pinjaman?

Sekadar renungan di hari Jumaat.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Amar says

    15 May 2011 at 22:21

    Jika kita selalu menghitung apa yang kita ada, kita akan tahu yang kita ni tak punya apa-apa.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 May 2011 at 22:39

      Hitung satu-satu sampai rasa tiada. Kosong semata.

      Reply
      • Amar says

        15 May 2011 at 23:40

        Mengosongkan bekas yang kosong bukan perkara mudah.

        Reply

Leave a Reply to Cikgu Hairul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in