Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Alahai Tertipu Lagi Dengan Skim Cepat Kayap

Alahai Tertipu Lagi Dengan Skim Cepat Kayap

20 September 2017 by admin

Beginilah ceritanya.. Mula-mula ramai yang promosi program tersebut. Ramai juga yang tayang kekayaan. Ramai orang mengimpikan nak cepat kaya. Ramai juga yang terpesona, lalu mengeluarkan semua duit simpanan yang ada.

Orang keliling memerhati, menasihati.. Mereka rancak dikeji, dikatakannya pula dengki. Skim nampak macam masuk akal, tapi tak mampu memasukki akal waras kami.

Macam-macam fatwa dan hujah diberi. Terkadang sampai sanggup memutarbelit ayat Quran demi menghalalkan apa yang mereka sertai. Hujjah lawan hujah. Tapi kalau hujah lawan Allah, manusia dah tak perlu beriya melawan semula. Tinggalkan je program macam tu.

Episod terakhir cerita.. eh.. belum berakhir lagi, masih di peringkat awal pengakhiran.. Skim disahkan menipu. Pejabat diserbu, pihak berkuasa istihar asset yang tinggal dibeku. Penganjur dah lari bawa kekayaan. Peserta papa kedana sampai tak cukup tanah meligan. Penganjur remote dari jauh cuma kata, tunggu dulu, ini masih dalam siasatan.

Hakikatnya, hari demi hari, bulan demi bulan siasatan tinggal siasatan. Penganjur ligat create skim lain mencari kekayaan. Duit burn tanpa tinggal se sen pun dalam tangan. Akhirnya sendiri yang meroyan. Salahkan orang, salahkan kerajaan. Merayu jiran-jiran tolong dapatkan harta rampasan. Mana mungkin penganjur dan pihak berkuasa nak pulangkan.

Begitulah cerita ini akan berulang dan berulang. Selagi manusia mahukan kekayaan dengan cara yang paling cepat dan senang , perkara ini akan sentiasa berlaku. Mangsanya kadang-kadang tu orang yang sama. Samada tak ambik pengajaran atau mereka dicipta untuk menjadi si tertipu selamanya, wallahuaalam..

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Azwan says

    21 September 2017 at 09:51

    Memang ada orang yang mengaut keuntungan atas janji manis macam ni. Kadang kala dari orang yang dipercayai, sebab orang yang dipercayai itu pun dah ditipu oleh mastermind.
    Berhati-hati dengan apa jua skim yang menawarkan keuntungan terlampau banyk dalam masa terlampau singkat.

    Reply
    • Khairul Amran says

      30 September 2017 at 07:12

      Pelik juga bila ramai sangat tertipu sebab dah banyak kali keluar berita, kat whatsapp dan fb pun banyak cerita-cerita penipuan macam ni.

      Reply
  2. sabree hussin says

    21 September 2017 at 19:50

    Hal macam ni memang akan terus berlaku dan terus berlaku. Player melibatkan orang yang sama atau orang yang pernah kena. Formulanya… “kalau nak join skim skim macam ni memang ada risiko. Tapi kalau jadi yang terawal, potensi income dia juga tinggi…”

    Berani betul lawan Allah.

    Reply
    • Khairul Amran says

      30 September 2017 at 07:14

      Kalau difikirkan memang untung jadi orang terawal. Risikonya juga tinggi. Biasanya mereka ni yang lari dulu bila skim bermasalah. Jadi buruan downline sampai tak cukup tanah berlari. Tapi kalau dah tamak, nak buat camna. Allah pun sanggup dia lawan.

      Reply
  3. Amar says

    23 September 2017 at 22:02

    Skim pelaburan emas nampak menarik walaupun emas tu disimpan balik kepada pengeluar. Jika pengeluar enggan emas yang ditawarkan disimpan sendiri oleh pembeli, di situ ada keraguan munasabah.

    Jika skim melombong emas bitcoin, cuba tanyakan… Satu bitcoin itu berapa byte kah saiznya? Jika emas tulen boleh digubah menjadi barang elektronik, hiasan, jongkong, syiling dll, bitcoin boleh jadi apa? adakah hanya bit+coin, atau boleh juga jadi kerangka cloud server virus bersaiz 3 juta nod yang bertebaran seluruh dunia? boleh jadi kerangka eagle eyes digital?

    Reply
  4. Gum Arabic Al-Manna says

    25 September 2017 at 09:54

    Ada juga skim yang memaparkan ikon seni seperti artis. Tujuan nak raih penyokong artis melalui skim tertentu. Akhirnya didakwa dan gelabah. Berhati-hati lah.

    Reply
    • Khairul Amran says

      30 September 2017 at 07:20

      Orang ada nama, mudah juga memperguna dan diperguna. Kalau kita jenis taksub, haruslah terpedaya juga.

      Reply
  5. Anuar says

    29 September 2017 at 18:18

    Zaman sekarang ni kita kena lebih berhati-hati…. huhuhu

    Reply
    • Khairul Amran says

      30 September 2017 at 07:18

      Tu la kan, kita yang ada tangan menulis ni selalu-selalu la ingatkan.

      Reply
  6. titan says

    27 October 2017 at 15:14

    itulah itu.

    dah banyak kes macam ni.

    masih lagi yang mahu wang segera dan mahu terus ditipu.

    i kenot brain dis.

    Reply

Leave a Reply to Amar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in