Banyak bantuan dan duit kerajaan beri pada rakyat. Misi utamanya untuk bantu rakyat. Bantu hadapi krisis ekonomi. Berikan duit untuk beli barang-barang kehendak. Tetapi tidaklah pulak mahu mengajar rakyat dan pemimpin berjimat cermat.
Dari satu sudut ada baiknya, tapi dari sudut yang lain sangat menjengkelkan.
Dari budak kecik sampai orang tua ganyot akan dapat manafaat. Orang miskin dan jutawan akan dapat manafaat. Mereka akan dapat habuan masing-masing. Yang dah dapat gelak besar, tapi yang tak dapat turut kena tempiasnya.
Golongan yang tak dapat bukannya sedikit. Sangat besar.. Sebesar kepala pemunya idea. Golongan yang tak dapat apa-apa ni adalah golongan yang berpendapatan RM2501, berkahwin tapi belum ada anak, pasangan bekerja dan dipaksa bayar cukai.
Ya! golongan ini bukanlah orang susah. Bukan juga orang senang. Cukup bulan duit habis bayar keperluan bukan kehendak. Pendek kata cukup-cukup makan aje lah. Tapi golongan ini tiada peruntukkan untuknya. Disaat orang atasan dan orang bawahannya dapat duit terpijak, golongan ini cuma mampu memandang duitnya diagih-agihkan kepada orang susah.
Syukur kerana terpilih menjadi orang yang berkecukupan. Walaupun tiada apa pun bantuan diberikan, namun masih mampu memberi sedekah kepada golongan susah. Walaupun macam-macam cukai dikenakan kepada golongan yang tak dapat bantuan ini, tapi duitnya masih mampu dicari. Bekerjalah siang malam pagi petang sampai lupa rumah untuk bagi kawan-kawan yang susah ni nikmat sementara.
Namun… hati kecil mereka terdetik..
Ambillah wahai golongan susah duit aku ini. Untuk beli hendfon anak-anak kamu yang gilakan gadjet. Untuk tambah kasut anak-anakmu yang selalu balik rumah dengan kasut kotor. Untuk beli novel anak remajamu yang tengah hangat bercinta di universiti. Untuk bagi makan pada anak bujangmu yang gaji kecik dan untuk seisi keluargamu shopping di pasar malam setiap hari.
Aku tidak marah.. Ini semua idea gila. Idea yang akan menjahanamkan bangsaku. Aku sangat berterima kasih kepada engineer yang merancang segalanya. Nanti bila bangsaku pupus akan muncul satu bangsa lain yang lebih baik ataupun lebih bebal dari ini. Itu kan yang kalian mahu?
Lizz says
entry macam marah tapi ditulis dalam bahasa yang cukup tersirat.hehehehe. perlu ke hp untuk semua anak2 sebenarnya? ntahlah, aku tetap risau dengan penggunaan hp berleluasa zaman skrg. byk buruk dr kebaikan. duit tu buat bina mesjid ok gak.hehehehe
Cikgu Hairul says
Tak marah la kak. Cuba menyelami hati mereka yang terpinggir. Rupanya di kalangan rakan-rakan ramai juga yang terpinggir.
Ibu Mifzal Arsyad says
mendalam maksud tu.. betul juga. pada saya rebat hp itu bukan la satu keperluan…tak bagi pun x pe..
Cikgu Hairul says
bijak merancang bagi mendapat laba. untung kita, lagi untung mereka.
Hairul Azni says
Tersirat di sebalik tersurat..
titan says
selagi boleh ambik..ambikkk..hehe
UmmiKami says
Salam hurmat,
Zaman sekarang ni perlukan hp, penting untuk komunikasi…
tapi disebabkan terlampau canggih maka nampaknya kebaikan dilindungi oleh keburukan..even budak kecil dah terlebih advance…bukan pe, alir arus kecanggihan technology mengalir begitu deras….pendapat saya. 😀
Achik Ezz says
Betul apa yg diluahkan tu..golongan pertengahan adalah kelompok manusia yg dianiaya dan tak terbela. Merekalah antara orang pertama yg rasa ‘nikmat’ kenaikan harga minyak,harga barang,cukai pun kena bayar,tapi bantuan tak layak diterima..segala rebat tak ada kaitan!
Yang kaya boleh ketawa bedekah-dekah 7hari tanpa henti..yang bawahan boleh senyum sampai lekang rahang..golongan pertengahan kerja sampai bersimpul urat…
Bersyukur,memang aku sangat bersyukur..walaupun aku tak kaya,tapi aku tak miskin…aku tak mengemis dan yang paling utama aku mohon agar Allah terus memberkati rezqi aku.
Jauhkan aku dari terperangkap dalam kelompok manusia yang MEROMPAK hak orang lain..sanggup menipu dan rela melabelkan diri sebagai pengemis!