Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Apakah Alternatif Lain Siaran Astro

Apakah Alternatif Lain Siaran Astro

27 June 2011 by Cikgu Hairul

Jom Boikot Astro

Bulan Julai 2011 Astro nak naikkan yuran langganan walaupun Dato Sri Rais Yatim kata kenaikkan itu tidak sah dah tidak diperseutjui oleh SKMM. Persatuan Pengguna Islam Malaysia dah memulakan kempen boikot Astro. PPIM menyeru supaya ahli gabungannya tidak membayar bil Astro selama tiga bulan. Kalau sehari terlewat pun dah kena block, inikan tiga bulan.

Saya pernah melihat pengguna Astro yang tak bayar bil sampai sekarang. Alasannya ialah anak-anak mengadap TV 24jam kalau ada Astro. Alhamdulillah setelah perkhidmatan Astro dipotong, kurang la sikit anak-anaknya mengadap TV.

Zaman dulu semasa Astro belum wujud lagi kenapa kita  boleh hidup? Maknanya sekarang ni kalau tanpa Astro sekali pun kita boleh hidup. Kalau tak tengok TV pun kita boleh hidup. Saya pernah mendengar satu kuliah agama, ustaz tu kata perkara yang boleh melalaikan umat Islam zaman ini ialah TV. Siang dan malam mempromosikan maksiat. Pelik tetapi benar, ustaz itu tiada pun TV di rumahnya. Saya amat kagum dengannya.

Tak dapat dibayangkan bagaimana hidup tanpa TV. Bukan untuk hiburan, tetapi untuk informasi terkini. Walaupun kita tahu semua berita TV bukannya betul sangat, tapi sekurang-kurangnya taklah kita seperti katak di bawah tempurung. Kalau tanpa Astro insyallah saya boleh hidup, tapi kalau tanpa TV macam mana la agaknya?

Saluran percuma yang kerajaan beri tu pun dah mencukupi. Tak perlu pun Astro tu. Sekiranya TV sekarang dipasang tanpa piring Astro adakah siarannya memuaskan hati? Mesti pelik kan? Dulu sebelum ada Astro, siaran TV terang je. Tapi setelah ada Astro kenapa siaran TV percuma tu jadi blurr? Mungkinkah kerajaan juga memainkan peranan? Tiada dakwa dakwi, cuma prasangka jahat je yang menguasai diri.

Unifi Boleh Jadi Alternatif

Unifi menyediakan perkhidmatan jalurlebar yang boleh kita tengok TV. Sama macam astro. Boleh cucuk ke TV dan tengoklah TV sepuasnya. Tapi siaran tak la banyak macam astro.

Setakat ni, itu sajalah pesaing yang ada. Malangnya, unifi belum lagi meluas. Mungkin kelemahan itu diguna sebaiknya oleh Astro untuk melaba untung sebelum pasaran dikuasai oleh unifi.

Apapun bertindaklah secara bijak. Kalau kita rasa dengan kenaikkan yang astro umumkan tu boleh kita tanggung, teruskanlah langganan. Kalau rasa tak mampu, silalah potong.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. akubiomed says

    27 June 2011 at 23:26

    Inilah masalahnya kalau ada monopoli. Nak tunggu Unifi macam tunggu buah tidak jatuh sahaja

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 June 2011 at 09:32

      Unifi tu entah bila nak sampai kat ceruk tokkun. Kat area rumah saya ni kalau daftar sekarang, bulan Oktober baru boleh pasang. Ramai tengah tunggu giliran. Bab monopoli tu kita kan ada akta anti monopoli kan? kalau tak silap saya la.

      Reply
  2. titan says

    28 June 2011 at 03:36

    emm..setakat ni, masih mampu bayar astro lagi. 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 June 2011 at 08:02

      Kalau masih mampu, boleh la teruskan..

      Reply
  3. Dila.13 says

    28 June 2011 at 07:23

    Salam, Cikgu Hairul. Saya pun sedang mencari alternatif lain kepada Astro. Cuma satu je yang buatkan saya tak boleh nak batalkan langganan.. Liga bola sepak Eropah, baik BPL, La Liga, Serie A, dan UCL. Kalau jumpa langganan untuk tonton online, insyaAllah saya akan batalkan Astro. Huhu.. 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 June 2011 at 09:27

      Owh kalau itu masalahnya susah sikit la nak potong. Setakat ni belum ada syarikat yang mampu buat siaran online perlawanan bola tu.. heheh. Guna je la dulu.

      Reply
  4. Chipcoklat says

    28 June 2011 at 11:25

    Btul tu..bola punya psl la saya langgan Astro.. kalo la kat stesen TV kerajaan ade siaran bola Live..saya tak langgan Astro…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 June 2011 at 12:11

      ada siaran langsung kat tv kerajaan.. tapi liga tempatan lee.. tak dapek la nak nengok livepul lawan mencester..

      Reply
  5. juanita says

    28 June 2011 at 15:42

    Yer…saya masih berkira2 juga ni…..nak potong astro…

    Hi all,

    Help Me to Win House Make Over Worth 15K

    1st like this page, http://www.facebook.com/nipponpaintblobbies?ref=ts&sk=photos#!/nipponpaintblobbies?sk=wall

    Then search for Si Tikus Bisa Menulis at http://www.facebook.com/nipponpaintblobbies?sk=app_146717525397132 and click like 😉

    Please spread it!

    Thank you in advance. Really appreciate that 🙂

    100 lucky voter akan memenangi Limited Edition Blobby Plush Toy…so apa lagikk. Voting berakhir pada 10th July 2011

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 June 2011 at 21:21

      Potong jangan tak potong..

      Reply
  6. Sobri Mansor says

    29 June 2011 at 09:20

    Asto….. oh… Astro…. Kalau Abang Uchop, dah lama kena bako dah astro nih… hihihih

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 June 2011 at 09:22

      Dah jadi budaya bako membako ni.. hehehe.

      Reply
  7. dinsblog says

    29 June 2011 at 11:15

    Dulu kita ada MiTV sebagai persaing kepada Astro tapi sekarang apa dah jadi senyap jer.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 June 2011 at 11:17

      pesaing tu dah kena cantas awal-awal.

      Reply
  8. wandisini says

    29 June 2011 at 11:40

    bukan soal boleh hidup tanpa tv tak? tapi bolehkah pengguna di malaysia bersatu hati boikot astro?

    Reply
  9. Mr Rileks says

    30 June 2011 at 15:12

    nak potong astro jd serba salah gak, ksian kat anak2 nak tgok katun… alasan jer tu, sedangkan mak & bapak dia sndiri yg nak tgok astro.. 😛

    Reply
  10. Ayabizz says

    1 July 2011 at 15:19

    Saya pun bengang dengan Astro.. bayar lewat beberapa hari pun dah kena sekat siarannya. Tapi kualiti servis tak berapa bagus.. stress juga.. kan bagus kalo Astro banyak saingan..macam Celcom, Maxis vs Digi.. at last harga kredit dan bil telefon pun jadi murah..:)..

    Reply
    • Petani Muda says

      1 July 2011 at 17:02

      Astro dah bertindak ganas sekarang. Dia call hari-hari suruh kita tukar ke Beyond. Alasannya nanti dia akan upgrade ke beyond sepenuhnya. Macam memaksa je… rumah sahabat saya lagi best. ada orang astro / kontraktor datang terus ke rumah nak tukar ke beyond. Katanya astro dah upgrade ke beyond sepenuhnya. Tertipoo la sahabat tu.. Hish.. company macam ni tak boleh dibiarkan..

      Reply
  11. catzer says

    5 July 2011 at 01:50

    aku langgan astro sbb channel free tak elok kalau tak takde astro..aku rasa mcm nak pacak jerk galah tepi umah aku ni..tp ada kang kena halau plak dr apartment nanti..hahahaha…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 July 2011 at 08:18

      Sama la kita. Kat kg pun jadi camtu. Walau letak setinggi mana pun antena takder nyer siaran tu nak elok.

      Reply
  12. sonic says

    1 August 2011 at 11:16

    TV Satelit – Alternatif kepada Astro.

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=327

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      4 August 2011 at 12:32

      tv satelit susah nak cari kat sini.

      Reply
  13. Sharul says

    26 January 2012 at 09:05

    Pakai je Dreambox @ openbox . puas hati . bayar murah chanel banyak..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      26 January 2012 at 13:38

      Dreambox tu macam astro gak ke?

      Reply
      • Sharul says

        27 January 2012 at 09:51

        sama je .. cuma kita bayar paling mahal pun rm35 je bln2..tp dekoder le kena beli ..

        Reply
  14. jamil says

    22 March 2012 at 12:01

    senang ja cari ja aku kalo nak openbox

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 March 2012 at 16:29

      Insyallah

      Reply
  15. jamil says

    22 March 2012 at 12:01

    openbox kalo nak saya ada….kol 0138914449

    Reply
  16. Khai says

    6 August 2016 at 11:21

    Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD….Harga murah kasi. Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
    Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM…..
    Boleh Whatsapp sy 0109900880

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      9 September 2016 at 07:02

      Khai, android tv free satu.. Hehehe

      Reply

Leave a Reply to jamil Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in