Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Apalah Guna Kawan Yang Ramai

Apalah Guna Kawan Yang Ramai

29 September 2011 by Cikgu Hairul

Alhamdulillah Rakan Facebook telah mencecah angka 1111. No cantik, tapi aktiviti kurang cantik. Nak ikutkan kuantiti, 1111 tu memang ramai. Tapi adakah semuanya berkualiti. Kualiti yang aku maksudkan ialah interaksi dan sejauh mana kita kenal akan rakan-rakan facebook kita.

Aku percaya, dalam ramai-ramai kawan ni mesti ada yang langsung tak perasan aku. Samala juga aku. Dalam 1111 orang tu, cuma beberapa orang je yang perasan kewujudannya. Itu pun mereka yang selalu update status. Kalau yang menyepi seribu bahasa, tanpa kata, tanpa nota, tanpa status terkini… Insyallah kurang dikenali.

Bila rakan facebook dah mencecah angka ribu, aku terfikir sesuatu. Adakah semua rakan-rakan itu benar-benar mengenali aku? Adakah mereka akan balas email, hai, woi atau apa-apa sapaan aku? Terus terang aku pernah buat beberapa ujian sapaan. Aku cuba menyapa friendlist yang sedang online menggunakan fbchat. Hasilnya… Hanya rakan-rakan yang kenal di dunia sebenar sahaja yang akan membalas sapaan itu. So? Apa guna bersosial di alam maya? Facebook dah lari jauh dari matlamat asalnya iaitu bersosial.

Facebook dah tak boleh dijadikan tempat mencari kawan bersembang minat yang sama. Facebook cuma boleh dijadikan alat untuk komunikasi diantara insan yang dah pun mengenali. Facebook juga dijadikan alat untuk menghentam rakan yang kita tak puas hati. Facebook dijadikan meluahkan kemarahan suami isteri. Facebook dijadikan tempat mencerca sesama insani. Mana kebaikkannya? Benarlah… apa yang direncana Yahudi kini benar-benar menjadi. Porak peranda umat kerana facebook.

Apalah gunanya kawan yang ramai kalau kita tak dapat membina ukhwah sebenar. Aku nak berazam, mulai sekarang cuba berintraksi dalam facebook samada yang dikenali rapat atau yang tak berapa kenal. Bukankah kita dijadikan untuk sering kenal mengenali?

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Amar says

    29 September 2011 at 08:04

    Orang boleh leka di alam maya berjam-jam, berhari-hari, malah berminggu-minggu. Tapi tak seteruk orang yang leka di alam fana berdekad-dekad.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 September 2011 at 09:10

      Alam fana? Huhuhu ramai yang terpana..

      Reply
  2. azman says

    6 October 2011 at 01:14

    Biasanya begitulah,ada beberapa orang sahaja yg benar2 berinteraksi dengan kita.Saya rasa kita pun begitu juga,bila rakan yg kita tidak kenali posting sesuatu di wall kita pun jadi serba salah nak sampuk atau tidak hehehehe…kadang2 bila kita sampuk tak berjawab pulak.:)

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      6 October 2011 at 07:23

      Hehehe..

      Reply
    • Ara says

      1 February 2012 at 00:54

      kalau sy, sy sampuk je..kalau dorg nk pelik sgt, sy ckp je ‘aik? kate kwn?’ :p

      Reply
  3. Hans says

    6 October 2011 at 23:36

    betul2
    memang akhirnya nanti kita akan berbual dengan orang yg kita kenal je
    🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      7 October 2011 at 15:45

      So… Apa guna fb kan? Hehehe

      Reply
  4. yusri says

    11 October 2011 at 19:05

    aku jarang update facebbok…baca wall org dan komen

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 October 2011 at 23:21

      Ok la tu.. At least kita aktif menyapa orang..heheh

      Reply

Leave a Reply to yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in