Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Belajar Perkara Jahat Untuk Tak Jadi Jahat

Belajar Perkara Jahat Untuk Tak Jadi Jahat

2 February 2013 by Cikgu Hairul

Pelik benar bunyinya. Itulah hakikat sebenar kehidupan. Ramai manusia belajar perkara yang baik untuk jadi baik. Tapi tak ramai belajar perkara yang jahat untuk jadi baik.

belajar ilmu sihir

Tak salah mempelajari ilmu sihir. Yang salahnya mengamalkan sihir tersebut untuk menganiyaia orang. Tak salah belajar ilmu hacking website, yang salahnya hack blog orang. Tak salah belajar ilmu rompak-merompak, yang salahnya rompak harta intelek orang lain.

Kalau iman tidak kuat, jangan cuba-cuba belajar perkara jahat. Syaitan akan sentiasa menggoda kita untuk mencuba ilmu baru itu. Mungkin pada mulanya niat kita nak belajar perkara jahat ni untuk jadi baik, tapi kerana iman yang tipis langsung hanyut.

Ilmu Allah itu sangat luas. Sekiranya kita takut terjebak dengan perkara jahat, serahkan saja kepada yang pakar. Tak perlulah belajar sihir untuk mengelak sihir. Tak perlulah belajar hack blog orang untuk mengelak blog kita dihack. Cukup sekadar kita tahu siapa yang tahu ilmu tersebut untuk kita rujuk bila sesuatu perkara buruk terjadi kepada kita.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Sharafie says

    2 February 2013 at 11:32

    tak salahkan..kadang² ramai juga berpandangan seronag pada mereka yang belajar ilmu jahat padahal orang tu nak gunakan untuk kebaikan..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 February 2013 at 18:01

      Mau tak serong.. Kebiasaannya memang camtu.

      Reply
  2. UmmiKami says

    2 February 2013 at 15:38

    As salam..

    Bertemu sungai aur berlipat,
    Muara tersekat airnya naik,
    Ilmu dipakai biar bertempat,
    Perkara jahat jadinya baik. =D

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 February 2013 at 18:03

      Wslm,
      Tak mungkin perkara jahat jadi baik. Tapi mungkin orang yang belajar buat jahat akan menggunakannya untuk mengelakkan dia jadi jahat..

      Reply
      • UmmiKami says

        5 February 2013 at 16:07

        Salam hormat buat cikgu budiman 🙂

        Perkara jahat maksud Kak Ummi di sini adalah niatnya yang jahat atau serong kalau berilmu dan diguna sesuai bertempat akan bertukar menjadi niat baik…kalau kak Ummi salah tolong betulkan ya 😀

        Reply
  3. Aya says

    2 February 2013 at 22:35

    Cukup mendalam maksud disebalik post C.hairul ni.. tapi apa yang penting.. kita perlu lakukan perkara yang baik2 je.. jangan yang jahat tau..

    Reply
  4. Hadi Hanafee says

    3 February 2013 at 10:36

    Setuju dengan pendapat cikgu. Sama juga seperti ingin menangkap perompak kita kena tahu cara untuk merompak terlebih dahulu, barulah boleh mengesan tindakan perompak.

    Reply
  5. portal kssr says

    3 February 2013 at 12:05

    ilmu yg salah boleh kalo nak blaja tp bioa dah masuk,kena pandai keluar.kalo x,kekal la dlm ilmu tu.

    Reply
  6. Cikgu Makmal says

    3 February 2013 at 20:41

    Orang tua PokCIk pernah berkata….jangan dirisaukan orang yang jahat ni sangat…kerana apabila mereka kenal erti baik mereka sudah susah untuk kembali ke jalan yang jahat…tetapi risaukanlah kepada mereka yang sememangnya baik kerana apabila mereka kenal erti jahat mereka sudah sudah untuk kembali ke baik semula…..

    Reply
  7. Proactol Cost says

    5 February 2013 at 00:08

    Nak belajar tu boleh…tapi biarlah ilmu yg kita nak belajar tu bermanfaat….itu yg dituntut oleh agama…..

    Reply
  8. hairulafiz says

    5 February 2013 at 18:21

    pernah dgr, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali…

    Reply

Leave a Reply to Aya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in