Catatan sepanjang cuti raya yang paling panjang, dua minggu tu. Sampai tak tau nak buat apa. Ini kali kedua saya berkunjung ke Pulau Kapas. Kali ini bukan misi kurus, tapi santai raya di pulau tanpa penduduk itu.
Setelah beraya di kampung, kami meneruskan santai raya ke Kuantan, Pekan, Pulau Kapas dan Gong Badak. Kali ini cuti panjang, maka saya ambik saranan melancong di hari raya.
Jeti Pulau Kapas kosong. Cuma ada beberapa orang je yang ada di pulau ni. Raya ke7 yang sunyi sepi. Dikhabarkan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad barulah meriah.
Ini aktiviti yang sempat dilakukan. Round Island. Trip yang lepas bot tak ada, kali ni saya cuma melengkapkan semua aktiviti yang ditawarkan di Pulau Kapas. Laut pun tak de la bergelora sangat, kalau nak snokerling atau berkayak memang best. Tapi percutian sekejap ni macam tak sempat je nak buat semua tu. Puaskan hati dengan mandi manda je.
Lain dari yang lain ni beraya kat Pulau.
Cari kelainan. Tu pun lepas balik beraya dari kampung. Bawak mak sekali.
Tak der open hse ker kat sana?
Mana nak ada. Kat sana takde penempatan manusia pun. Cuma chalet2 dan khemah2 dari pengunjung je.
Fuh.. Beraya di pulau. Macam mana la keadaan pulau kapas ketika tiada orang tu ye.
Keadaannya sunyi sepi. Cuma bebrapa orang mat salleh bebas berjemur sambil bogel.. heheh. Cuma satu yang agak kurang menarik, servis memasak makanan agak lambat. Maklumlah kita cuma beberapa orang je kat situ. Pengusaha pun tak ramai yang bekerja. Jadi tingal mereka yang standby mungkin tak reti nak masak sangat.
Best yea beraya di pulau.
Sangat best. Tapi lagi best kalau ramai orang dan meriah. Sunyi sangat pun takut jugak.
x lepas lagi pulau ni, tengok dari jauh je masa gi mancing dulu…
Ada masa nanti boleh mencandat sotong pulak kat sini. Ada aktiviti mencandat sotong ditawarkan.