Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Berhenti Merokok Dalam 3 Minggu? Kencing lah..

Berhenti Merokok Dalam 3 Minggu? Kencing lah..

10 February 2012 by Cikgu Hairul

Perokok tegar jangan marah ye.. Ini cuma luahan rasa dari seorang yang tak pernah merokok.

Ada orang kata, kita boleh berhenti merokok dalam masa 3 minggu. Ahhh! mana mungkin! Itu sesuatu yang mustahil. Mana mungkin perokok tegar boleh berhenti merokok. Tunggu mati la baru boleh berhenti.

Perokok kalau dah tahap naga memang banyak alasannya untuk taknak berhenti.

Hukum?- Mufti pun merokok..
Fastwa?- Pegi jahanam dengan Fatwa.
Kesihatan?- Ramai lagi orang mati eksiden dari mati isap rokok.

Pendek kata taknak berhenti la.

Banyak jugak produk-produk yang mendakwa boleh menghentikan tabiat merokok. Kencing la…

Banyak jugak tips-tips yang diberi oleh bekas-bekas perokok untuk berhenti merokok. Kencing la..

Berjuta ringgit kerajaan habiskan untuk kempen taknak merokok.. Mengarut semua tu..

Apa nak buat dengan orang macam ni? Bukan saja yang tua bangka taknak berhenti merokok. Remaja juga ramai dah terjebak. Nak salahkan siapa. Mak bapak sendiri kaki rokok. Takkan anak-anak boleh diajar untuk tak merokok.

Nak berhenti merokok? Oh tidak! Mungkin tunggu isteri melahirkan anak tak cukup sifat. Mungkin tunggu jantung terhenti. Mungkin tunggu paru-paru kena buang sebab rosak.. Barulah nak insaf. Waktu tu semuanya dah terlambat.

Ada baiknya pihak berkuasa kuatkuasakan undang-undang menghalang orang hisap rokok. Tak kesah la dengan apa cara sekalipun. Lebih baik dikatakan zalim dan kejam menguatkuasakan undang-undang macam tu daripada dikatakan kejam menaikkan harga minyak sesuka hati.

Macam tak logik je berhenti merokok dalam masa 3 minggu. Tapi tak mustahil kan?

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. anif says

    10 February 2012 at 07:08

    Sebenarnya boleh.. Cuma mahu atau tidak sahaja.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      10 February 2012 at 09:55

      Nak seribu daya, kalau dah tak nak sejuta alasan diberi.

      Reply
  2. Amar says

    10 February 2012 at 15:25

    Org yg tak terjebak boleh la cakap camni. Org yg dah terjebak bukan senang nak keluar dari cengkaman rokok ni. Rokok dah ibarat sahabat dunia akhirat. Bersahabat sampai hujung nyawa, sampai mati.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      10 February 2012 at 21:21

      Orang yang belum terjebak, jangan cuba-cuba ye.

      Reply
  3. titan says

    11 February 2012 at 23:10

    boleh aje. mahu atau tak mahu aje..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 February 2012 at 08:40

      Ramai org memang kata boleh.. Tak boleh tu cuma alasan.

      Reply
  4. Dulu Lain Sekarang Lain says

    13 February 2012 at 10:04

    Ada kawan kawe perokok. Dia cakap tahan lapar/makan (puasa) no problemo. Tapi tahan merokok sengsara.. he he..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 February 2012 at 12:46

      Tu la kan.. Semuanya nak berhenti merokok bila dah mati nanti. Waktu idup macam2 alasan.

      Reply
  5. Denaihati says

    15 February 2012 at 18:40

    ada juga kawan yg nak berhenti, hanya terus berhenti… tapi deman seminggu. dia berjaya dgn semangat yg betul2 kuat.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      16 February 2012 at 10:00

      Maknanya memang boleh berhenti, cuma kesungguhan tu perlu ada. Kita yang berada di persekitarannya perlu juga bagi semangat.

      Reply
  6. Terbelog says

    18 February 2012 at 22:10

    susah nak benti rokok wo

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 May 2012 at 17:23

      Memang susah.. tapi usaha itu tangga kejayaan.

      Reply
  7. Gezzeg says

    20 May 2012 at 22:00

    Mana boleh kerajaan nak hapuskan rokok on the spot, untung besar tu, cukai tinggi woooo! hahahaha

    Yakin boleh!

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 May 2012 at 17:24

      Penyumbang kepada ekonomi negara.. Hahaha. Boleh kalau kena caranya.

      Reply
  8. era says

    21 July 2012 at 08:27

    Salam…hehehe…………betul la apa yg awak cakap………….boleh kongsi x? nt boleh ubah sikit nak masuk dalam blog PPDa sekolah…tq, kalau sudi.moga Allah swt boleh membalasnya.http://juarakuimpian.blogspot.com/

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 July 2012 at 09:16

      Boleh je nak kongsikan cikgu era.. 🙂

      Reply

Leave a Reply to Denaihati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in