Bulan Ramadhan dam masuk hari yang ke 9. Harap-harap tubuh badan dah dapat menerima cara hidup yang baru. Satu cara hidup yang lebih baik dan lebih teratur. Begitu juga dengan ibadat kita. Moga-moga berjemaah di masjid, solat sunat, tadarus al Quran dan amalan-amalan lain akan sebati dengan jiwa kita. Itulah dia bulan Ramadhan, masa yang paling sesuai untuk mentarbiah diri menjadi manusia sempurna.
Sedang umat islam di Malaysia khusyuk berpuasa, satu pengumuman yang ditunggu-tunggu telah tiba. Bonus setengah bulan atau RM500 akan dinikmati oleh kakitangan kerajaan. Setakat ini pihak kerajaan je yang dah umumkan bonus. Syarikat swasta masih berdolak dalik. Tahniah kepada kakitangan kerajaan.
Dengan pengurniaan bonus tersebut, kesan yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai ialah kenaikkan harga barang. Percayalah, akan ada kenaikkan harga barang menjelang musim perayaan ini. Para peniaga yang berhati busuk dan tidak berhati perut akan sentiasa mengambil peluang itu. Mereka seboleh-bolehnya memeras dan menghenyak pengguna sewenang-wenangnya tanpa belas kesian. Apa yang mereka tahu hanyalah keuntungan.
Kesian pada orang kampung yang kerjanya menoreh getah atau para nelayan. Tak pasal-pasal mereka juga akan menerima akibat dari pemberian bonus tersebut. Alah, peniaga bukan kira. Tak kira la kau duduk kampung ke, duduk bandar ke, naik tetap naik. Mangsa keadaan la kita semua ni.
Leave a Reply