Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Bestnya Bila Cetak Rompak Dah Berleluasa!

Bestnya Bila Cetak Rompak Dah Berleluasa!

12 July 2011 by Cikgu Hairul

Bestnya Bila Cetak Rompak Dah Berleluasa!, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN.

Saya bukanlah seorang yang suka tengok movie di panggung. Kalau ada kat tv saya tengoklah. Kalau tak ada tunggu je hari raya. Tengok free hati happy.

Sejak kebelakangan ni saya teringin nak tengok movie hangat di pasaran. Katanya untung juta-juta. Nak pegi panggung, jauh sekali. Nak tunggu raya entah ditayang entah tidak.

Semalam pegi pasar sambil cari orang jual cd. Wow.. Ada 3 tempat orang jual cd cetak rompak secara terbuka. Saya mencari cd kl gangster, kongsi, transformer, 3 2 1 cinta, khurafat dan kungfu panda. Beli semua sekali.

Seronok juga tengok cd cetak rompak ni. Dengan RM30 boleh tengok 6 movie. Jimat giler. Kualiti pulak memang best. Copy dari astrofirst ni. Terima kasih la astro.

Ni la dia cara nak jimat. Dalam masa semua barang naik harga, kita masih banyak pilihan. Tak payah fikir sangat mereka yang buat filem tu. Mereka dah untung juta-juta. Biarlah mereka yang mampu je mengayakan produser filem. Kita yang tak mampu ni tengok yang piret pun tak apa.

Bodohlah kita kalau masih tak guna teknologi sebaiknya. Ada astro first kita copy movie. Beyond juga teknologi yang sangat membantu orang yang suka jimat macam saya. Boleh buat duit pada mereka yang suka ambik peluang.

Memang seronok kalau aktiviti cetak rompak tak dibenteras. Alah, pegawai tu pun perlu produk murah. Biarlah ada movie cetak rompak. Takkan rugi punya negara ni. Selagi ada pengeluaran insyallah ada orang yang nak beli.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Amar says

    20 July 2011 at 00:00

    Jimatkan duit sikit-sikit dengan beli CD cetak rompak, jangan beli yang ori. Duit yang dapat dijimatkan tu sikit-sikit lama-lama jadi banyak juga. Boleh buat bekalan pergi haji.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 July 2011 at 09:07

      Itu idea bagus. penyucian jiwa dan harta. macam ahli perniagaan sekarang ni. kan ramai yang makan rasuah. cara nak sucikan harta macam tu la kan.. hehehe

      Reply
  2. Fahmi Raazali says

    25 July 2011 at 04:02

    hehe… aku jarang gila beli dvd ataupun cd cetak rompak… sama ada dload dari internet or ambil dari kawan… 😀

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      25 July 2011 at 08:53

      takpe.. janji save budjet.

      Reply
  3. kuga says

    21 June 2012 at 03:28

    haha idea ko mmg cun la…aku ske cetak rompak..depa bt rush pun cd amik bawak balik rumah kasi sanak saudara gak tgk waktu raya…saje je…lagi cilaka xpayah beli…rampas je..semua movie dapat setiap set…setiap seorang pegawai…mcm xbesa tgk…aku pun sokong cetak rompak..sapa mampu nk bali 1 dvd melayu smpi rm20-30 1 movie…rm100++ utk bluray…nk tgk skali je pun…klu kaya duit byk mcm menteri2 lain la…kita ni gaji takat 1.5k je….sadis…klu xdownload…sedut…klu xde gak bru bli cetak rompak…kita yg bayar peh…hahaha…jji dpt tgk…yeah

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 June 2012 at 08:48

      kalau depa letak harga cd ori sama macam cetak rompak, baru ada ati nak beli kot.. ni nak untung juta-juta. last-last kena rompak. hahahah

      Reply

Leave a Reply to kuga Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in