Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Campakkan Saja Azam 2014 ke Bakul Sampah

Campakkan Saja Azam 2014 ke Bakul Sampah

7 January 2014 by admin

Sudah seminggu tahun 2014 menemui kita. Saya percaya, kebanyakkan dari kita yang punya deretan azam tercatat dalam diary, facebook, twitter, dan blog hampir melupakannya. Sebelum masuk tahun baru haritu, berkobar-kobar semangat nak berubah. Sekarang masih ada lagi semangat tu?

Menulis azam seolah-olah satu kewajipan. Ada yang berteleku depan PC memikirkan senarai azam yang nak dibuat tahun baru. Berminggu-minggu memikirkan.. Akhirnya tertulislah senarai panjang azam yang entah akan tercapai entah tidak. Yang penting, tulis dan beritahu seluruh alam.

Terus terang saya kata, azam yang disenarai berdasarkan pemikiran kritis sekalipun akan terkubur di minggu pertama awal tahun. Ini kerana azam tu tak terlahir dari hati. Tapi ia lahir dari kepala. Azam tu tak terlahir daripada pengalaman lalu. Azam itu tak lahir dari kesedaran daripada apa yang telah kita alami tahun-tahun lepas.

Bakul sampahkan azam 2014
Bakul sampahkan azam 2014

Masuk minggu-minggu seterusnya, tahun baru jadi lama. Semangat pudar, azam berkubur. Jadi, buat apa berazam di awal tahun. Kan elok buang azam 2014 tu dalam tong sampah. Buat penat memikir, buat semak kepala otak mencipta azam baru yang semestinya tak akan dilaksana.

Bagus cara kita dengan sentiasa memandang ke depan. Itu konsep atau teori pakar reset minda nak berjaya. Sentiasa memandang ke depan. Tapi saban tahun kita buat azam. Menulis senari azam. Sampai akhir tahun, azam entah ke mana, kejayaan entah ke mana. Semuanya tercicir di tengah jalan. Pandang ke depan saja tak guna. Sebab kita lebih cenderung melakukan kesilapan. Benda kita buat berulang-ulang dan dibuktikan tak berjaya bukan namanya kesilapan. Itu namanya kesalahan.

Inilah bahananya kalau tak menoleh kebelakang. Konsep muhasabah langsung ditinggal. Sedangkan azam itu bermula dari muhasabah. Azam itu bermula dari kesedaran. Jadi, tak payah tunggu tahun baru, muhasabah diri, jumpa kesedaran dan berazam memperbaikinya. Barulah tak ada senarai panjang azam yang cuma layak duduk dalam tong sampah.

Perkara lama jangan dikenang.. Eh salah tu. Kita dalam melakukan sesuatu perkara, apa salahnya mengutip kenangan lalu untuk dibawa bersama menjadi bekal memperbaiki diri pada masa akan datang? Bukan untuk diratap dan dikenang-kenang, tapi jadikan sejarah sebagai semangat untuk mengukuhkan lagi perlaksanaan azam yang tercipta hasil dari kesedaran itu.

Berazamlah pada bila-bila masa kita suka. Jangan jadikan azam itu cuma sempena peristiwa sesuatu. Berazam sebab masuk tahun baru, berazam sebab masuk umur baru dan berazam sempena dapat aweks baru. Berazamlah bila timbul kesedaran supaya senarai azam tak panjang berjela lalu menjadikannya sampah.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. titan says

    7 January 2014 at 13:13

    hehe..

    ramai yang azamnya dah masuk tong sampah dah. hehe..

    Reply
    • Amran says

      13 January 2014 at 11:45

      termasuklah aku.. hahaha.

      Reply
  2. NC says

    7 January 2014 at 13:51

    azam sekadar omong kosong jer kebanyakkannya…tak perlu tunggu 1 januari utk buat azam..teruskan melangkah ke jalan pilihan.. ekekeke..

    Reply
    • Amran says

      13 January 2014 at 11:46

      Bukan setakat omong kosong. Cuma penyeri tahun baru la.

      Reply
  3. mancai says

    7 January 2014 at 23:27

    berazam kena ada disiplin diri…

    Reply
    • Amran says

      13 January 2014 at 11:47

      Masalahnya faktor yang tu kita malas nak ambik kira. Main buat je.. pastu ke tong sampah la jawabnya.

      Reply
  4. Mak lagenda says

    8 January 2014 at 10:13

    Tak pernah sepanjang hayat mak nak berazam2 ni sempenan tahun baru. Dan mak setuju dgn cikgu..berazam bila kita benar2 berkehendakkan dan berusaha utk menjadikan ianya berjaya

    Reply
    • Amran says

      13 January 2014 at 11:48

      tu la yang terbaik mak.. azam bersempena ni cenderung gagal.

      Reply
  5. Hazmin Hamudin says

    8 January 2014 at 11:55

    Tak pernah nak ada azam menggunungpun tiap tahun. Tiap masa boleh plan apa. Takkan nak tunggu tahun baru je.

    Reply
    • Amran says

      13 January 2014 at 11:50

      Kalau hari ni kita terasa nak buat sesuatu, plan tahun depan nak buat. pastu azam nak berjaya.. kan lebih baik plan terus buat.. la la tu gak. takdela orang kata kita suka bertangguh.

      Reply
  6. Dkna Abza says

    8 January 2014 at 14:09

    tak pernah tulis azam setiap tahun baru hehehehe

    Reply
    • Amran says

      13 January 2014 at 11:51

      betul ke ni? heheheh.. check balik kat diary, blog dan kertas-kertas atas meja tuh. 🙂

      Reply
  7. kakiblog says

    9 January 2014 at 10:11

    azam tak semestinya dibuang..kadang-kadang simpan untuk kenangan pun boleh maa..

    Reply
    • Amran says

      13 January 2014 at 11:52

      menarik jugak. jadikan muzium azam..

      Reply
  8. Rina says

    9 January 2014 at 11:37

    Berazam selalu identik dengan hari khusus seperti pergantian tahun baru, hari lahir atau hari yang bersejarah dalam hidup. Padahal bisa kita lakukan kapanpun dan semuanya harus benar2 lahir dari hati dan dikerjakan secara ikhlas agar dapat berjalan lancar dan tak masuk ke tong sampah
    Nice share, sangat motivatif 🙂

    Reply
    • Amran says

      13 January 2014 at 11:53

      tq kak rina.. iklas juga penting supaya azam cepat tercapai.

      Reply
  9. Firdaus Azizi says

    9 January 2014 at 15:26

    Kadang² memang nampak buat azam nih macam membazir, tapi kalau azam itu kita tulis dan tampal supaya hari² kita tengok dan muhasabah diri, insya-Allah berkesan.

    Azam nih macam target atau KPI (key performance indicator) yang kita kena selalu muhasabah tengok on track ke tak.

    Kalau berazam dalam hati jer lebih, memang dah di bakul sampah kan la.

    Reply
    • Amran says

      13 January 2014 at 11:55

      yup. macam spm dulu. cikgu selalu pesan suruh letak azam / target kat depan almari supaya ia dapat memacu momentum kita. itu juga satu cara agar azam tak ke tongsampah.

      Reply
  10. Amar says

    13 January 2014 at 11:20

    Azam ni kenalah ada. Cuma kalau nak mulakan azam tu siap tunggu peralihan tahun baru, tak kenalah.

    Azam ni asal terdetik jer, segera usahakan dengan plan-plan yang teratur. Contohnya azam kahwin lagi satu.

    Isteri yang sedia ada ni kena didik dulu supaya Open Minded. Alasan nak beri kepada keluarga kena rancang siap-siap. Ekonomi bagi kukuh. Dan yang utama akidah kena perkemas. Macam-macam lagi lah.

    Untung siapa dapat isteri ustazah. Ustazah lebih memahami keperluan suami. Lebih bersyukur dengan ketentuan Allah. Jika suaminya kahwin lagi, dia akan segera bersyukur dan menerimanya sebagai kurniaan yang tak terkata. Amin ya rabbal alamin.

    Reply
    • Amran says

      13 January 2014 at 11:56

      wakakakakaka.. tak semua ustazah camtu.

      Reply
  11. guliroket says

    13 January 2014 at 16:00

    masih lagi berusaha mencapai azam-azam itu.

    Reply
  12. Hafizul says

    14 January 2014 at 11:23

    Setakat ni masih dalam keadaan ok lagi..harap tak ditongkan..haha

    Reply

Leave a Reply to Amran Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in