Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Cara Memproses Air Bersih

Cara Memproses Air Bersih

23 June 2011 by Cikgu Hairul

Oleh kerana semalam, hari ini dan esok bekalan air di Lembah Kelang terputus akibat daripada proses penyelenggaraan, saya tergerak untuk berkongsi sedikit pengetahuan tentang cara memproses air bersih. Air yang keluar dari kepala paip di rumah tu asalnya tersangatlah kotor. Kalaulah kita tahu punca air yang diambil, mesti kita taknak minum walaupun air tu dah di masak. Ini adalah air yang diambil dari Sungai Selangor. Di Malaysia kebanyakkan air yang masuk ke logi rawatan warnanya lebih kurang macam ni la. Unit kekeruhan air diukur dalam unit NTU. Bukan semua air boleh dirawat tau. Air yang boleh di rawat mestilah mempunyai NTU kurang dari 3000NTU. Kementerian kesihatan telah menetapkan air terawat mesti mempunyai bacaan NTU di bawah 5NTU. Itulah bacaan maksimum yang dibenarkan untuk air diagihkan ke rumah-rumah. Sesuatu yang membanggakan kita ialah air terawat dari Logi Rawatan Air Sg Selangor ni ialah 0.2 NTU. Bayangkanlah daripada 3000NTU air yang diperolehi di sungai nak dijadikan sehingga 0.2NTU. Prosesnya mestilah memakan belanja yang besar. Oleh itu mari kita tengok proses-proses yang terlibat.

Air yang diambil dari punca seperti sungai ini akan ditakung dan dibiarkan untuk menghilangkan bau, rasa, pengoksidaan serta mengasingkan iron dan manganase. Proses ini dinamakan Aerator.

Air ini kemudian akan dialirkan kepada 5 aliran. Dalam masa yang sama, bahan Lime (untuk mengawal PH ) dan alum (untuk pengogulan) dicampurkan. Proses ini adalah untuk memastikan keladak dan kotoran akan mendap. Bagi sesetengah logi yang berteknologi tinggi, penambahan microsand dan polimer digunakan bagi mempercepatkan lagi proses pemendakan. Cuba tengok gambar di bawah. Air yang keruh pada asalnya bertukar agak jernih dengan penambahan microsand (macam pasir). Lumpur yang berat akan mendap ke bawah, dan sampah-sampah ringan akan terapung. Buih-buih ni adalah sampah dan habuk yang ringan.

Selepas itu air yang bercampur pasir tadi akan ditapis. Penapis dibuat daripada pasir biasa setebal satu meter. Tak caya ke? percayalah! penapisnya adalah pasir biasa je.

Air bertapis kemudian akan dimasukkan ke dalam kawasan yang dinamakan Clear Water Tank. Di sini, air akan ditambah dengan lime untuk menstabilkan pH diantara 6.5-9pH.

 

Tengoklah air yang dihasilkan di sini. Air yang pada mulanya keruh bertukar menjadi jernih. Sangat teruja untuk mandi dan berenang-renang di dalamnya.

Air yang jernih ni akan ditambah dengan klorin dan florida. Klorin adalah bahan yang perlu untuk membunuh kuman dan bakteria manakala florida untuk menguatkan tulang dan gigi. Air yang telah dirawat akan disalurkan ke kolam takungan sebelum disalurkan ke seluruh penduduk Lembah Kelang, Selangor dan Putrajaya.

Sebenarnya ada proses yang lebih penting dalam rawatan air. Proses membuat ujikaji. Ujikaji dibuat di dalam makmal bagi menentukan berapa bahan yang saya sebutkan tadi macam alum, microsand, klorin, flourida diperlukan dalam proses rawatan tersebut. Simulasi juga digunakan di dalam makmal untuk mendapatkan formula bahan tersebut untuk setiap kali proses rawatan. Bukan semua proses rawatan boleh letak bahan yang sama banyak. Ia bergantung kepada kekeruhan air yang diperolehi di sungai. Gambar kat bawah ni adalah simulasi pemprosesan air di dalam makmal.

Proses ni saya pelajari semasa membuat lawatan di Logi Rawatan Air Sg Selangor tempoh hari. Sedikit ilmu dan pengalaman dalam pemprosesan air ni bagus juga kalau dapat dikongsi. Kalau ada adik-adik nak buat asigmen berkenaan dengan proses rawatan air boleh la guna. Semoga bermanafaat untuk semua.

p/s : Musim-musim tak ada air ni kenalah berjimat cermat. Mandi jangan lama-lama

p/p/s : Jangan buang sampah dalam sungai kalau nak minum air yang bersih

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Kamarul Azri™ says

    23 June 2011 at 10:43

    ramia yang tak tahu lagi macam mana pepprosesan air ni… tapi itu la hakikatnya…

    p/s: senorok lawat loji air 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      23 June 2011 at 15:30

      Seronok dapat berkongsi..

      Reply
  2. Mr Rileks says

    25 June 2011 at 03:14

    mcm nie rupanya… kotor gak ek.. huhu.. sbb tu penapis air skrg laku klu tjuk gmb mcm nie.. tul x ckgu.. 😀

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      25 June 2011 at 22:18

      Sebenarnya air yang dikeluarkan di loji sangat bersih dan 0 kuman. Tapi bila lalu paip yang dah lama, sampai ke kita dah jadi macam air teh. Hahah.. penapis air memang laku kalau tunjuk gambar kotor camni. Saya pun dah terjebak beli penapis air harga RM2000..

      Reply
  3. titan says

    28 June 2011 at 03:31

    air kat loji tu..bila dah tapis, memang takde hal nak minum..tu la..paip kat rumah tu..berapa tahun dah guna..mahu tak berkarat..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      3 July 2011 at 00:09

      kadang-kadang bukan sebab paip je yang karat. tapi paip bocor kat jalan pun boleh menyebabkan air jadi kotor.

      Reply
  4. Sablon kaos says

    18 July 2011 at 09:24

    Saya mencari rssfeendya disebelah manaya

    Reply
  5. Abbymira Anak Ayah says

    30 July 2011 at 00:46

    salam cikgu..saya sekarang ni tengah buat thesis..
    saya nak tanye,if nak pegi pusat penapisan air tu kene buat ape2 appointment ker?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 July 2011 at 12:13

      kena buat surat kat syabas. Office di shah alam.

      Reply
  6. nani says

    15 August 2011 at 00:15

    wahhh..bestnyer tgk cara ckgu trgkn..ckgu saya nk tnya ni..ader x cara lain dri yg biasa tok kiter wt rawatan tok air bersih

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 August 2011 at 07:51

      Cara manual macam orang dulu2… masukkan tawas dalam kolam. Selain dari untuk elakkan air masam, dapat gak mendapkan sampah dan keladak. Itu pun satu cara juga.

      Reply
  7. Yuni Taufik Dk waluh says

    19 October 2011 at 20:31

    dimana aku bs beli Alum,microsand,klorin dan flourida ?

    Reply
  8. Nik Hazli says

    22 March 2015 at 08:16

    Assalaimulaikum wbt…
    Saya ada menggunakan telaga tiub (boring) air yang saya pam ke atas tangki memang jernih dan tidak berbau tapi apabila ditinggalkan seharian atau lebih maka warna air berubah kepada warna karat. Saya dan gunakan penapis jenis roket tapi tak berjaya. apa yang perlu saya lakukan lagi> tq

    Reply

Leave a Reply to Cikgu Hairul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in