Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Cikgu

Cikgu

29 April 2013 by Cikgu Hairul

cikguSebenarnya pekerjaan sebagai guru yang bergelar guru bukanlah susah sangat, hanya masuk kelas mengajar mengikut sukatan yang diberikan. Bagi homework, denda siapa yang nakal. Habis waktu sekolah balik. Bila tiba musim peperiksaan buat soalan, kemudian semak kertas bagi markah. Sampai masa pelajar cuti, kita pun cuti.

Tapi untuk menjadi pendidik yaang cemerlang, gemilang dan terbilang di sisi Allah, ternyata bukan mudah. Proses didikan manusia adalah satu proses yang sangat mencabar, perlukan hikmah yang banyak, pengorbanan diri dari setiap aspek, tenaga, wang ringgit, masa dan semua yang ada pada kita.

Untuk memampukan diri melahirkan semua kebaikkan itu perlukan iman yang mantap dan kesabaran yang tinggi, serta ilmu yang pelbagai dan mendalam. Dan semuanya ini bila dilaksanakan Lillahitaala maka insya Allah syurgalah jaminannya.

Patutlah ada seorang Sahabat Nabi yang meminta nyawanya melebihi satu! kerana kenikmatan bekerja di jalan Allah ini hanya akan dirasai oleh mereka-mereka yang hanya menyerahkan dirinya semata-mata kerana Allah sahaja.

Nak menyentuh hati pelajar agar mereka memahami matlamat kehidupan dan memberi kefahaman yang jelas kepada mereka bukanlah mudah. Tetapi insya Allah ianya bukan kerja yang mustahil bila Allah berkehendak. Yang penting hubungan kita dengan Allah perlu dijaga dan niat kita perlu jelas dan perlu sentiasa dibaharui. Ingatlah tugas kita bekerja dan berusaha natijahnya serah pada Allah. Jangan sesekali wahai diri, engkau putus asa dalam jalan ini.

Mendengar Tazkirah ustaz pagi tadi telah menjawab satu persoalan dalam diri ini. Telah menamatkan satu kekecewaan dalam diri ini,

yang dikatakan menasihat, memberitahu, menegur itu bukan cukup sekali atau 10 kali atau 40 kali, tapi sekurang-kurangnya  200 kali.

Itu yang dikatakan salah satu dari pengorbanan dalam berdakwah.

Cuba ingat kesah Nabi Noh. Beratus-ratus tahun pun isteri dan anaknya tidak mengikut apa yang dihajati. Inikan pula kita, baru 2-3 kali dah give up. Terus menuduh pelajar  tak faham, pelajar malas lalu kita merajuk. Aduh!!! ampunilah hambamu ini Ya Allah. Bantulah kekuranganku dengan kekuatan sehingga aku merasai nikmat hidup dlm perjuangan yang mencabar ini.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. hafiz says

    29 April 2013 at 01:13

    memang berat tanggungjawab guru…
    wah dah tukar theme…cantik

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 April 2013 at 08:39

      Masih ada error theme ni. tak dapat dibuka guna iPad. Masih pening memikirkan.

      Reply
  2. anip says

    29 April 2013 at 01:15

    terima kasih cikgu…tanpa tunjuk ajar daripada cikgu mungkin saya sendiri tak dapat membaca atau menulis…memang cikgu banyak berjasa…tapi masih ada yang nak pertikai kerjaya cikgu ni..sedih pulak tengok

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 April 2013 at 08:36

      Alhamdulillah, ramai yang memahami.

      Reply
  3. fiezaradzi says

    29 April 2013 at 14:46

    betullah tu, bukan mudah nak didik anak2, nak2 anak2 org ni.. macam2 peel ada kan…

    tapi niat betul, ikhlaskan hati,in shaa Allah de jalan di luar sana.. ye, fighting.. all d best cikgu2 semua..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 May 2013 at 00:45

      Berusaha menjadi guru yang baik.

      Reply
  4. Suhairi Alias says

    29 April 2013 at 15:32

    tak suka cikgu yang pilih kasih..haha

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 May 2013 at 00:47

      Ada ke yg pilih kasih lagi sekarang? Dulu2 biasa dengar. Sekarang dah kurang

      Reply
  5. hanafi abdullah says

    29 April 2013 at 18:00

    dulu cita-cita nak jadi cikgu tapi tak jadi…sekarang jadi blogger.Dulu tak ada jawatan ini masa sekolah.Cikgu pun tak ada cakap.

    Reply
  6. Oneblogsocial says

    30 April 2013 at 06:15

    Berbbanggalah menjadi cikgu sebab darinyalah wujud seorang PM,tak kan PM dapat ilmu bila tak dari cikgu.

    Betulkan cikgu?

    Reply
  7. Hazmin Hamudin says

    30 April 2013 at 16:17

    Memang berat tugas guru ni sebenarnyakan cikgu. Nak bagi pelajar faham tu bukan mudah. Saya sendiripun tak pandai nak ajar orang ni.

    Reply
  8. titan says

    2 May 2013 at 19:13

    betul. jangan putus asa. hoho..

    Reply

Leave a Reply to fiezaradzi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in