Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Dua Cara Hajat Cepat Ditunaikan

Dua Cara Hajat Cepat Ditunaikan

24 August 2011 by Cikgu Hairul

Berdoa Memohon Hanya Kepada Allah

Aku punya hajat yang menggunung tinggi. Nak di gapai, tangan tak sampai. Mengharapkan galah menjolok hajat sesuatu yang mustahil.

Semua orang ada hajat. Tak kira besar kecil pasti ada hajat. Pelajar berhajat agar keputusan examnya cemerlang, ibu bapa menghajatkan anaknya menjadi orang berguna, pemimpin berhajat menambah kekuasaannya. Semua orang juga mengharap hajatnya tertunai.

Pernahkah kita terfikir siapakah yang memperkenankan hajat kita? Adakah semua hajat kita itu tertunai atas usaha kita semata-mata? Ada caranya hajat cepat ditunaikan.

1. Berdoa dan minta pada Allah.
Sudah pasti Allah itu pemberi rezeki. Allah maha mengetahui isi hati hambanya. Dalam alQuran Allah telah berfirman yang maksudnya “mintalah padaKu, nescaya akanKu perkenankan”.

Mintalah pada Allah agar hajat kita tercapai. Jangan malu, jangan segan. Apakah kita masih tidak percaya dengan firman Allah? Jangan jadi orang sombong dengan tidak berdoa.

Doa itu senjata umat Islam. Gunakanlah ia sebaiknya.

2. Menyempurnakan hajat orang lain.
Indahnya dalam Islam pabila tolong menolong menjadi keutamaan. Cantiknya Islam bila kita sempurnakan hajat orang lain, hajat kita akan tercapai.

Rasulullah telah bersabda yang bermaksud ” Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya pula”.

Kedua-dua cara itu mudah diungkapkan tapi amat payah dilaksanakan. Biasalah benda mudah pasti tak ramai yang nak buat. Tiada cabaran katanya. Pandanglah, renunglah.. Insyallah hajat kita akan tercapai

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. wandisini says

    24 August 2011 at 10:43

    perkongsian yang menarik untuk renungan diri sendiri

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      24 August 2011 at 15:35

      Sesekali kena ingat mengingati juga kan..

      Reply
  2. Pacifista says

    26 August 2011 at 02:59

    benda mudah tapi susah untuk diamalkan bagi mereka yang lemah imannya…

    Reply
  3. ohcikgu says

    3 September 2011 at 13:47

    wahh, betul tu. Tapi ramai yang masih leka dan tidak mahu berdoa..bila tak dapat apa yang dihajati, mulalah salahkan orang lain..

    Reply
  4. adele says

    9 September 2011 at 20:39

    mudah diungkapkan sukar dilaksanakan..biasalah tu..kita manusia mmg bgitu..

    Reply
  5. ciksembang says

    13 September 2011 at 08:41

    kita dipesan supaya jgn cepat meninggalkan tikar sembahyang.. berzikir dan berdoalah

    Reply

Leave a Reply to Pacifista Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in