Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Murid

Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Murid

30 August 2013 by Cikgu Hairul

Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Kalau cikgu tak masuk kelas, itulah kemerdekaan sebenar bagi mereka. Alah… kita dulu pun macam tu juga. Pantang je cikgu ada meeting atau tak masuk kelas, macam-macam permainan kita main bagi menyambut “kemerdekaan” itu.

erti kemerdekaan

Pernah main tak permainan ni? Main bola sepak atas meja. Rupa-rupanya inilah permainan turun temurun. Permainan ini diwarisi dari genetik. Bukan diwarisi secara diperturunkan oleh generasi sebelumnya.

Kalau perasan la, banyak permainan yang murid-murid main di sekolah semasa ketiadaan cikgu adalah permainan yang pernah kita main satu waktu dulu. Sapa yang ajar? Kat mana diorang dapat tahu?  Semuanya jadi persoalan. Sebab tu la saya katakan ia diwarisi secara genetik.

Jadi, awas la mak abah yang pernah ada permainan yang pelik-pelik masa kat sekolah dulu. Mungkin anak-anak anda akan mewarisinya secara semulajadi. Baik intai anak kat sekolah sekarang.. hehehe.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Amar says

    30 August 2013 at 10:45

    Main wau bulan dari tingkap kelas. Bila cikgu masuk kelas, benang wau tu tambat di besi naco. Habis kelas boleh sambung semula.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 August 2013 at 12:29

      Hebat.. siap main wau lg tu. Wau khayalan ke betul2 punya? Hahaha

      Reply
  2. Hazmin Hamudin says

    30 August 2013 at 11:12

    Haha.. Lawan pemadam pun ada jugak cikgu.. Macam-macam lagi permainan boleh main masa cikgu tak masuk kelas. Tutup botol pun boleh.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 August 2013 at 12:30

      Memang sangat banyak. Kalau dikumpulkan boleh jadi satu buku nih.

      Reply
  3. titan says

    30 August 2013 at 12:19

    pernah main 6 meja. hoho..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 August 2013 at 12:32

      Pastu cikgu masuk berterabur.. hahah. Memasing buat tak reti je. Macam tak bersalah langsung.

      Reply
  4. cikmatahariku says

    30 August 2013 at 12:25

    betul sgt tu cikgu.. merdeka bgi murid kl cikgu tak bagi kerja sekolah.. hehe..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 August 2013 at 12:34

      Sekarang pun ramai cikgu tak bagi kerja rumah. Bawak balik pun bukannya siap. Tapi…. kena siapkan kat sekolah la. Merdeka sakan la kat umah.

      Reply
  5. TehR says

    30 August 2013 at 19:18

    erti merdeka bagi seorang cikgu bagaimana pula?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      31 August 2013 at 07:24

      Merdeka bagi seorang cikgu bila bebas dari kerja-kerja bukan hakiki. Nak tumpu sepenuhnya pada P&P.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in