Alhamdulillah, semua muka berseri-seri lepas cuti raya yang panjang. Ada lagi yang masih dalam mod raya? Takpe, balik kerja nanti boleh sambung pegi open house. Eh, sudah-sudah la makan tu. Kesian kat perut.
Banyak sangat makan pun tak elok juga. Elok-elok perut tu rehat sebulan, hari ni kita bantai makan tak berhenti-henti. Tu yang jadi cerita kali ni.
Sepanjang cuti raya, sebanyak-banyak RnR dan kedai Petronas malahan stesen minyak juga fenomena ni terjadi.
Beratur menunggu giliran nak masuk tandas.
Ni pengalaman saya sendiri. Masa nak balik KL, kat Petronas sebelum tol Air Hitam juga sesak. Terpaksa batalkan niat melepaskan hajat. Tahan selagi boleh tahan.
p/s: Terima kasih Petronas kerana menyediakan kemudahan ini. Sanggup ke nak teruskan kempen boikot Petronas? Sudah-sudah la tu…
Amar says
Awek Petronas lawa-lawa. Pilih-pilih ambil seorang buat teman hidup. Hehehe…
KHAIRUL AMRAN says
Pengalaman mengajar kita..hehehe
paan says
Hoho.. Nasib baik tidak perlu melalui keadaan macam ni..
KHAIRUL AMRAN says
Camno buleh gitu bro? Bawak botol siap2 ke? 🙂
titan says
ehh..
petronas pun nak kena boikot ker??
KHAIRUL AMRAN says
Ada bro. Sekumpulan anak muda yang melaung-laungkan boikot Petronas. Entah apa yang tak berkenan di hati, tak tau la. Nampak gambar mereka kat fb aritu.
Fadhil says
situasi ni memang biasa kalau ada cuti raya, cuti sekolah dan cuti panjang yang lain. tapi yang respeknya, orang sanggup beratur tu. kalau kat atas highway atau tol, semua tak reti nak beratur.
KHAIRUL AMRAN says
Kena beratur, sebab masing2 tgh stress masa tu. Silap langkah, kena terajang terberak depan tandas tu.. Heheheh