Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Gagal SPM nak buat apa?

Gagal SPM nak buat apa?

23 March 2013 by Cikgu Hairul

sukses-atau-gagalRamai pembaca hard feeling bila baca entry nasib tak baik sapa yang gagal SPM. Maklumlah ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang berjaya dan jadi jutawan tanpa ambik SPM pun. Betul atau tidak, entahlah.. Kalaulah benar bagai dikata, halanglah anak kalian dari ambil SPM. Mungkin pengalaman dan kejayaan kalian tanpa SPM dapat membantu anak kalian berjaya dalam hidup.

Pelajar yang telah berjaya dalam SPM dah tentu tahu ke mana nak pergi selepas ini. Kalau masih di dalam dilema mungkin entry lepasan SPM nak buat apa dapat membantu. Walaupun tak 100% membantu, saya harap ia dapat memberi gambaran awal untuk kita membuat pilihan.

Tiada siapa memilih untuk gagal. Itu semua adalah ketentuan Allah. Saya sangat percaya, semua yang ambil SPM tentu sudah bekerja keras. Tapi dah nak gagal, nak buat macam mana.

Dapatkan Tips Lusus Peperiksaan MUET Dengan Cemerlang Di Sini
Dapatkan Tips Lusus Peperiksaan MUET Dengan Cemerlang Di Sini

Pertama sekali, kena terima kenyataan. Kegagalan hari ini bukan titik noktah hidup anda. Bukan mudah menerima kenyataan kan? Mesti dalam hati macam-macam perasaan ada. Apa yang takut mak bapak mengata, kawan-kawan pandang sebelah mata, masyarakat buat tak peduli dan bila nak mintak kerja SPM juga diminta. Buangkan semua prasangka tersebut.

Jika hati terasa nak perbaiki diri, usahakan ambil SPM semula. Sekolah swasta pun banyak. Kalau tak mampu, ambiklah sebagai calon persendirian.

Seterusnya, sambung belajar di peringkat sijil yang tak memerlukan lulus cemerlang dalam SPM. Carilah di kolej-kolej komuniti, IKM, IKBN dan banyak lagi kolej swasta yang menawarkan kursus sijil. Di sini, latihan kemahiran menjadi teras pelajaran. Pilihlah kursus yang diminati. Di sini nanti, tekadkan hati untuk menjadi yang terbaik.

Kalau dah malas sangat nak belajar, apa salahnya terus cari kerja. Takkan seumur hidup nak menyusahkan mak bapak kan?

Ok, dah ada idea apa nak buat bila gagal SPM? Harap-harap anda menjadi asset negara yang berguna walau tanpa kecemerlangan dalam SPM. Dah itu yang terbaik buat kalian.. terimalah dengan redha.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Datin Tyka says

    24 March 2013 at 01:43

    cerita kita hampir sama lah di entri. he he..
    kalau dulu bapak cakap, kalau gagal spm terus kahwin… hahhaha..
    masalahnya lulus pulak semua.. tak bole la kahwin.. sambung belajar

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      24 March 2013 at 07:46

      owh ye ke.. kebetulan pulak.
      takpe kawin nanti dah abis master pun takpe. masa tu bolehla cari dokter2 sebagai calon. hehehe

      Reply
  2. Amar says

    24 March 2013 at 08:02

    Gagal SPM kalau tinggal di Kampung Pisang, bukanlah jadi mudarat pun. Yang lulus SPM pun Sopi dan Husin jer. Husin ambik SPM dua kali selepas ada wawasan.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      24 March 2013 at 10:54

      Kampung pisang? Hahahaha.. usin2..

      Reply
  3. Hazmin Hamudin says

    24 March 2013 at 11:25

    Banyak jalan dan cara untuk berjaya. Cuma rajin dengan tak je…

    Reply
  4. anif says

    25 March 2013 at 09:55

    Lebih cepat terima kenyataan, lebih cepat hidup dapat diteruskan dan merangka strategi lain. ๐Ÿ˜€

    Reply
  5. Mak lagenda says

    25 March 2013 at 10:54

    Mujur mak lulus SPM..eh tak. Dolu2 mak amik SPMV..ada tambahan V kat blakang tuh.

    Reply
  6. hafiz says

    25 March 2013 at 11:22

    kena cuba lagi jangan berputus asa…masih banyak peluang lagi..

    Reply
  7. ohcikgu says

    26 March 2013 at 06:50

    kahwin pun bagus gak. ada orang nak jaga..daripada buat maksiat lepas tu..

    Reply
  8. nazray says

    26 March 2013 at 13:43

    dimana ada kemahuan disitu ada jalan ๐Ÿ˜€

    Reply
  9. budak felda says

    26 March 2013 at 17:51

    duduk rumah tolong mak ayah beniaga jela. boleh mewarisi perniagaan tu nanti. siapa tahu.

    Reply
  10. chii says

    27 March 2013 at 18:21

    kawen? erhh…x leh settle masalah gak..nnt byk plk masalah timbul..eheheh..gagal spm bukan masalah besar pun..as long pandai rebut peluang..dan bijak..insya Allah..mampu je berjaya ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 March 2013 at 08:33

      Kawin la seronok. Dok rumah diam2 jaga suami elok2.. mati masuk syurga apa.

      Reply
  11. Hairul Azni says

    28 March 2013 at 00:09

    Kalau gagal SPM,cari jalan untuk berniaga kecil-kecilan..mana tahu daripada kecil-kecilan boleh berkembang maju..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 March 2013 at 08:30

      Bagus juga cara tu. Tapi sampai satu tahap, SPM juga dicari.. terutamanya masa nak sambung studi lepas dapat kesedaran. Dah jumpa beberapa orang macam tu. Berniaga kecil-kecilan sebab SPM kantoi, tapi bila dah nak berjaya halangan utamanya SPM gagal. Kesian jugak..

      Reply
  12. iOS Gear says

    28 March 2013 at 00:13

    Kalau boleh,belajar la rajin2 jangan sampai gagal SPM..kalau dah usaha tapi gagal jugak jangan kecewa..mungkin ada hikmah di sebaliknya..mungkin rezeki kita dari arah yang lain..yang penting jangan terus mengalah..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 March 2013 at 08:27

      Kalau dah belajar, tapi masih juga gagal takpe. Masalah yang berlaku sekarang, mereka taknak belajar dan mengharap lulus cemerlang. Kat kelas main, kat padang main-main, kat luar sekolah main je.

      Reply
      • khloe says

        9 September 2014 at 19:19

        Ble tnya

        Reply
      • khloe says

        9 September 2014 at 19:20

        Klau x pernah sekolah mcm mne pulak??? Ble jg ambk spm

        Reply
        • KHAIRUL AMRAN says

          10 September 2014 at 06:41

          tak boleh.

          Reply
  13. Aya says

    1 April 2013 at 15:30

    sekali gagal, tak semestinya akan terus gagal.. jadi kegagalan yang ada sebagai pengalaman dan pengajaran.. gud luck buat adik-adik lepasan SPM

    Reply
  14. Rina says

    22 May 2013 at 16:38

    Semoga bagi yang mengalami kegagalan dalam menghadapi SPM mendapatkan kekuatan hingga bisa kembali bangkit dari keterpurukan..

    Reply
  15. mia says

    25 May 2013 at 12:57

    kalau spm stakat 4 kredit and malas nak sambung belajar lagi,, nk cari kerja. kerja apa yang boleh eyk?? hummmmmm. ..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      26 May 2013 at 21:26

      Banyak je kerja yang boleh dibuat. Tapi semua guna tenaga la.

      Reply
  16. amira says

    30 May 2013 at 13:53

    Slm,
    Sy nak tanya. Kalau saya dulu cuma ambil 8 subjek dan kini selepas 11 tahun saya ingin menambah subjek, boleh kah? Dulu saya aliran sains, saya dapat 3A1, yang lain B. Saya nak ambil balik subjek yang B ni sbb saya yakin boleh dpt A, dan saya nak tambah 3 subjek lain. Skrang saya sdang buat master, dan saya ingin ambil satu lagi degree dan kali ni saya nak dptkan biasiswa. Bolehkah saya guna result spm terbaru utk apply biasiswa? Tq

    Reply
  17. cerita best says

    15 August 2013 at 20:48

    kerjakan kelapa sawit kalau gagal SPM bg anak peneroka…

    Reply
  18. Asyrof Asri says

    6 December 2013 at 11:01

    Kepada adik adik lepasan SPM, dengarlah nasihat abang Asyrof ni.

    Heheheh …

    1. Jika dah tamat exam SPM, carilah kerja yang mungkin ia tidak lagi membebankan ibu bapa.

    2. Jika dapat belajar ke Universiti, sambunglah belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Kerana masa depan sekarang, kita semua perlu ada sijil diploma @ ijazah.

    3. Buatlah apa sahaja, niat WAJIB ikhlas.

    Terima kasih. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Amran says

      6 December 2013 at 21:41

      silalah ambil nasihat dari Abe Asyrof ni ye dik.

      Reply
  19. Putri says

    12 November 2014 at 08:07

    Rasanya gagal SPM ni perasaan nya lebih teruk sebab kita tinggal di Malaysia.

    Semua depend on exam, and kalau anak nak sambung jurusan muzik, NAK KENA PENGGAL KEPALA?

    Pengalaman saya belajar di Melbourne, sejak kecil kanak-kanak dah didedahkan dengan pelbagai cara belajar. Dibawa keluar kelas untuk mengira batu, melihat tumbuhan, dan appreciate alam sekitar.

    Malahan, pelajar jurusan seni sama banyak dengan pelajar jurusan kejuruteraan.

    Mungkin nanti satu hari bila kita ada anak sendiri, kita yang perlu keep an open mind and instill in our children yang – Getting good grades in exam is important, but being an independent, compassionate and confident individual is much more important.

    Reply
  20. carlos says

    1 March 2016 at 17:32

    spm saye dapat 1B,3C,3G.
    so saye gagal sejarah. dah tu saye pun tak jangkaKan. saye ada blajar sejarah, sye sasaran untuk lulus sejarah. tpi sye gagal. cikgu matapelajaran sejarah pun xnak tegur sye. sebab sye fair sejarah. adoh?? sye xpercaye.. menitis air mata ku. dan sye nak ambik keputusan untuk berkerje., sampai sekarang lah sye berkerje di kilang roti.

    Reply
  21. Mohd Firdaus says

    5 April 2017 at 06:15

    Tumpang Tanya…saya gagal math umur saya 20 tahun apa yang harus saya lakukan…

    Reply
  22. logasunthari nadarajan says

    4 September 2017 at 13:54

    Saya gagal spm tetapi saya Ada 3 credit, saya sambung diploma pendidikan awal kanak kanak. Apa saya nak buat?

    Reply

Trackbacks

  1. Blog Lebih Selamat Dengan SSL says:
    29 March 2017 at 00:19

    […] yang sudi cari maklumat dalam blog tak seberapa ni. Banyak juga yang mencari info dengan keyword gagal spm nak buat apa?. Hahahah, ramai ke yang kantoi spm tahun ni? Sabar je la […]

    Reply

Leave a Reply to carlos Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in