Diam tak diam rangking alexia blog ni dah semakin baik. Ingat dulu masa mula baru dibuka. Rangking cikguhairul.com mencecah 11 996 986. kalau dibundarkan pada nilai genap terhampir ialah 12 Juta. Sekarang dah menjadi 1 713 748. Banyak penurunan tu. Apa rahsianya? Sebenarnya saya mengamalkan teknik SEO yang betul. Itu pun lepas saya belajar Teknik Asas SEO dari Bro Zamri Nanyan. Zamri ni seorang Pakar SEO tempatan. Tak rugi belajar dari dia.
Apa yang saya belajar dalam pengajaran yang disampaikan adalah menggunakan TOOLS yang betul untuk menaikkan rangking. Macam-macam tips disampaikan. Saya tak hadir kelas dia pun. Semua dalam bentuk video. Senang, mudah dan tak perlu keluar rumah. Saya cuma perlu download dan belajar.Ada beberapa tips saya nak sampaikan untuk menjadikan blog kita mesra SEO.
Apa itu SEO?
SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimization. Biasanya dikaitkan dengan kaedah pencarian spider dalam web untuk mengukur tahap kefemousan sesebuah web. Kiranya SEO ni la yang akan bertindak sebagai juri nak menentukan web mana layak dapat no 1, no 2 dan seterusnya. Secara teknikalnya macam mana SEO bekerja tak pulak saya faham. Tapi banyak formula yang dibincangkan dalam blog-blog otai SEO memang boleh digunakan. Mereka ni pakar dalam SEO. Mereka mengkaji dan membuat analisa. Kenapa? Sebab mereka nak meletakkan blog mereka di tempat teratas.
Letakkan Keyword Yang Betul
Ramai diantara kita (termasuklah saya) menulis sekadar ikut rasa. Tak nak fikirkan apakah keyword setiap tulisan yang dibuat. Keyword ni penting kerana pembaca akan mencari sesuatu di internet dengan menulis keyword-keyword tertentu. Kalau boleh tajuk mesti sesuai dengan isi. Jangan main letak je.
Gunakan Tools SEO
Satu kaedah yang biasa digunakan oleh blogger untuk menaikkan rangking blog mereka ialah dengan menggunakan tools SEO. Contoh yang boleh anda cuba ialah All In One SEO ( Untuk WP). Apa yang perlu anda lakukan adalah install dan isikan maklumat yang diperlukan. Itu saja.
Update blog sekerap mungkin
Kaedah ni bagi membuatkan spider mengindex blog dengan cepat. Ditmbah dengan keyword yang betul tak mustahil kalau tajuk yang anda buat berada di tangga teratas carian google. Penting untuk update blog ni. Sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau rajin buatlah 3 hari sekali. Macam mana tu nak buat? Senang jer. Masa anda tengah boring-boring menunggu tren, bas atau tengah b***k buatlah entry anda. Kalau ada idea terus tulis kat handphone. Sekarang kan dah canggih. Handphone pun hebat. Takkan menulis pun tak boleh. Cukupla 2-3 perenggan dengan 200-500 perkataan.
Kalau banyak artikel yang anda siapkan buat posting secara berkala. Setkan pos anda mengikut jadual. Mungkin seminggu sekali. Kalau ada 10 artikel dah 10 mingu anda tak perlu update blog. Semuanya dibuat secara automatik. Kan best gitu.
Rajin-rajin buat lawatan
Faktor lawatan ke blog sahabat lain juga penting dalam menaikkan rangking blog kita. Kenapa? sebabnya adalah kalau kita buat lawatan dan tinggalkan jejak ( buat komen), link blog kita juga akan diindex oleh spider. Itu namanya outbond link. Cuba buat kawanan 10 orang untuk saling kunjung mengunjungi dan komen mengomen. Nanti google akan tahu bahawa blog kita sering dikunjungi dan penting kepada mereka. Itu pun kreteria penting bagi menaikkan rangking blog kita.
Saya harap beberapa tips di atas dapat memberikan sedikit gambaran tentang SEO dan kepentingannya kepada blog kita. Untuk mampelajari secara mendalam bab SEO saya cadangkan anda cari panduan ini.
Azuan says
Secara peribadi, tajuk yg sesuai utk entry ni ialah “gambaran tentang SEO dan kepentingannya”.
Cikgu Hairul says
Teima kasih berikan cadangan tajuk. Ok saya tukar. Heehe
deCrewz says
Hu3.. Cukup memeningkan bab SEO ni bagi newbia macam jai ni.. Byk nak kena tau..
Cikgu Hairul says
seo memang pening..
zool says
bagus entri pasal SEO ni.. boleh belajar kat sini
Ayabizz says
Alhamdulillah ranking blog Aya pun di BloggerWanita.com semakin hari semakin meningkat..sebab Aya praktiskan SEO ni..tapi Aya takdalah expert sgt..hehehe
Ray ban Malaysia says
SEO pening TAPI penting
top 5 says
terima kasih lak cikgu dengan penjelasan pasal SEO kat atas ni, saya ni pun baru lagi dalam dunia blogger ni. sekarang tengah mencari idea meningkatkan populariti blog.
Cikgu Hairul says
Pelan-pelan kayuh
Akulah.com says
artikel yang manfaat 🙂
Nicholas Worman says
Hi to all, I am also really keen of learning PHP programming, but I am new one, I always used to read content related to PHP programming.
gumuruh says
kalau macam tu kita skrg boleh tak jadi kongsi lawat melawati website kita orang? nak juga naik PR website kat sini… 😀
salam kenal yow