Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Godam vs Helah

Godam vs Helah

6 February 2016 by admin

Godam
Godam

Ada banyak juga org bertanya tentang godam ni dengan pelbagai keinginan dan harapan. Terlebih dahulu saya bukan penggodam. Cuma ada beberapa helah tu tahulah saya ikhtiarkan.

1. Nak save gambar dari web tapi tak boleh keluarkan menu save.

Ada sesetengah web memang sengaja lumpuhkan menu save ni.

Jadi, pergi ke Play Store, dan pasanglah android tu dgn app Firefox. Firefox ada feature add-ons, jadi dgn add-ons pasang pula View Source Mobile. Add-ons ni membolehkan kita tengok kod HTML. Gunakan menu Find In Page, cari extension .css dan buka pula url .css tu utk cari extension .jpg atau .jpeg. Lepas tu tap lama untuk save.

Kalau rasa tak rajin, inche2 boleh screenshot jer. Lepas tu crop.

2. Nak download video Youtube untuk tontonan offline.

Youtube ada sediakan feature utk tontonan offline. Dlm app Youtube tu tap saja button save for offline.

Tapi ada juga antara kita nakkan video tu boleh dikopipes simpan dlm SD card. Itu sebetulnya Youtube tak benarkan sebab video tu harta intelek.

Helah utk tujuan ni ada. Saya cerita utk pengetahuan dan pembelajaran, apa-apahal inche2 sendiri tanggung.

Gunakan Firefox. Pasang lagi satu add-ons, savefrom (savefrom.net). Kemudian browse semula ke youtube.com dengan Firefox. Video yg ada di situ nanti akan ada satu button tambahan iaitu download. Bingo.

3. Nak akses web atau blog yg disekat.

Memang banyak web dan blog yg berupa hasutan yg tidak memihak kepada pemerintah telah disekat.

Kalau inche2 nak tengok juga ada helahnya. Apa-apahal sendiri tanggung. Sekatan tu biasanya hanya dlm negara saja. Kalau kita connected ke VPN luar negara, kita akan terkecuali dari sekatan tu.

Jadi, pasanglah app VPN ni. Paling mudah pasanglah Onavo Extend. Onavo ni bila diaktifkan akan buat seolah2 inche2 tidak berada di Malaysia. Jadi sekatan tu tak berkesan.

Bila Onavo ni dah berjalan dalam phone, inche2 buka saja browser dan terus ke blog tu dengan lancar.

4. Internet slow, nak godam bagi laju.

Cara paling mudah belilah data. Telco kuning tu ada tawarkan 2GB utk 2 hari pada harga RM9 (promo semasa artikel ni ditulis).

Cara kedekut taik hidung masin pun ada. Apa-apahal tanggung sendiri yer. Mula2 kena ada android. iPhone punya helah saya tak sempat selongkar lagi.

Kemudian dapatkan simcard telco kuning tu. Pack “Smart” yg ada internet asas percuma tu. Work around ni perlu ada internet asas, slow pun takpe.

Kalau tak dapat WiFi yg laju, guna sajalah internet asas tu utk download app “Asia Life” dari PlayStore. App ni ialah app utk streaming radio dan tv. Bagi warga Indonesia, Bangladesh yg rindu nak dengar radio sana boleh la hilangkan rindu tu dgn app ni. Radio Malaysia tentulah ada. Buka saja app ni dan terus subscribe.

App ni sangat menghauskan data, adalah mustahil utk streaming audio dan video dgn data asas 64kbps, jadi telco kuning ni benarkan data kelajuan penuh utk app ni. Data yg laju terbabas ni hanya untuk app ni. Bukan untuk kegunaan lain.

Tapi kalau kita tebuk lubang kat app ni dan kelajuan penuh tu mengalir keluar, app lain seperti Firefox, Youtube, Facebook, Twitter, Play Store juga dapat manfaatnya. Google lah dan download app penebuk lubang tu. Namanya “Psiphon Official [v8]”.

App ni pula bergantung kepada sokongan proxy dari beberapa negara, antara yg berkesan ialah proxy di Japan. Dengan app ni, connect ke Japan. Proses ni agak ambil masa, tapi bila connected saja, internet phone tu terus berdesup pada kelajuan penuh. Cuma pastikan inche2 berada dalam liputan 3G atau yg lebih pantas.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. permohonan upu says

    9 February 2016 at 01:26

    yup..godam dan helah tu 2 benda beza..ada kadang-kadang kita tahu certain trick tapi orang cakap kita hack la pula..haha

    Reply
    • Amar says

      11 February 2016 at 08:23

      betul tu. godam tu ialah kemahiran profesional. bila mana kita buat guna helah tertentu atau tools (app) tertentu yg dibuat oleh hackers, kita ni bukanlah hackers. kita ni kira title pengguna saja… naif, noob, org biasa saja.

      Reply
  2. Raihanah Ahmad says

    10 February 2016 at 09:45

    macam2 helah sekarang ni

    Reply
  3. Khairul Zamri says

    17 February 2016 at 23:42

    Salam bos, blog ini guna thema apa ya?

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      7 April 2016 at 10:25

      wslm, blog ni guna theme Presso.

      Reply
  4. ira says

    7 December 2016 at 11:22

    ohh, thanks for sharing

    Reply

Leave a Reply to Raihanah Ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in