Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Hampir Semua Backlink Nofollow.

Hampir Semua Backlink Nofollow.

19 February 2012 by Cikgu Hairul

Backlink mempengaruhi PR blog kita. Semua orang nakkan blognya duduk di ranking terbaik dalam carian google. Backlink boleh disemak di google webmaster, cpanel dan juga domain-pop. Kepentingan backlink ni tak ada sapa boleh pertikai. Semua mengakui kebenarannya.

Blog ini baru berusia 1 tahun 7 bulan dan 7 hari. Aku baru semak backlink yang aku dapat dari domain-pop. Walla.. hampir semua backlink yang aku dapat berstatus Nofollow. Daripada 749 backlink hanya 7 sahaja yang berstatus Dofollow.

Memang aku tak salahkan sesiapa dalam hal ni. Ini kerana sapa nak blognya tak disukai oleh google sebab berstatus Dofollow. Ini kerana blog yang berstatus Dofollow akan memberikan link keluar yang banyak.

Bila google dah tak suka, maknanya ia satu mimpi ngeri untuk blogger. Kesan buruk pasti akan dirasai oleh penggiat SEO.

Patutlah blog ini berstatus PR1 je. Pernah dapat PR2 tapi dah turun semula awal tahun ni. Alexa Rank juga tak pernah mencapai ke angka 500 000. Masih di tahap 700 000 dan ke atas.

Persolan selama ni sudah terjawab. Bertukarlah theme macam mana pun, buatlah blog tu ringan macam kapas sekalipun, tapi bila backlink yang diperolehi tak berkualiti ianya tetap tak menjanjikan PR yang baik.

Terima kasih sahabat-sahabat yang memberikan semangat dalam berblogging ini. Lebih-lebih lagi kepada sahabat yang memberikan backlink berstatus Dofollow. Jasa kalian akan kukenang sampai bila-bila.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. anif says

    19 February 2012 at 02:11

    Mungkin perlu guna pendekatan lain dalam berblog. Apa pun masalahnya perlu sentiasa tenang menghadapi cabaran berblog.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 February 2012 at 07:51

      Menulis dan terus menulis. Apa yang penting adalah penulisan. Terima kasih bro atas nasihat itu.

      Reply
  2. b3njy says

    19 February 2012 at 23:55

    Nofollow dan dofollow benjy tak paham semua tu …. tetapi Benjy nengok alexa rangking cikgu dah bawah 700K sekerang ni … tahniah … ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 February 2012 at 09:14

      Saya pun masih belajar lagi Bang Benjy. Melalui pembacaan di blog kawan-kawan, macam tu la situasinya blog saya ni.

      Reply
  3. Juan says

    20 February 2012 at 09:58

    aku x berapa faham, ko boleh x check kan aku punya samada dofollow atau nofollow

    Reply
  4. Cikgu Hairul says

    20 February 2012 at 10:16

    Cuba install mozila firefox plugin.

    Reply
  5. auc dot com says

    20 February 2012 at 13:08

    angap semua ni sebagai cabaran
    samalah saya pun masih baru dlm ni ๐Ÿ™‚
    teruskan berblogging

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 February 2012 at 13:28

      Belajat dari pengalaman. Terima kasih atas nasihat.

      Reply
  6. yas says

    20 February 2012 at 15:38

    Komen luv kat blog aku status dofollow cikgu..nak cari blog yg status dofollow mmg payah…errr…komen luv cikgu pun nofollow kan?
    – aku guna add on mozila nk check dofollow atau sebaliknya…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 February 2012 at 21:53

      Baru je set ke dofollow. Tak perasan yang commentlove tu defult nofollow.

      Reply
      • yas says

        21 February 2012 at 07:59

        Yaa…dah dofollow dah…:)

        Reply
  7. suri says

    20 February 2012 at 17:06

    mana2 blh asal cara beblog bagus datangkan manfata pd blog admin bloger.asal jgb bergaduh ya gee

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 February 2012 at 21:19

      Tak gaduh la cik suri.. heheheh

      Reply
  8. titan says

    20 February 2012 at 21:24

    dofollow ke no follow kerr..aku tak kisah..komen je. haha..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 February 2012 at 21:30

      Ko memang kacak. Tak kesah semua tu. Janji masyuk. Tahniah la bro. Dah sehat ke?

      Reply
  9. Dulu Lain Sekarang Lain says

    20 February 2012 at 21:36

    I follow jer ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 February 2012 at 21:59

      i pun follow jugak lah macam ni. Banyak nak belajar pasal photograpi dari blog lain dari yang lain ni. hehehe

      Reply
  10. rahman says

    21 February 2012 at 00:38

    tak berapa faham ke pentingan benda ni, camna pun aku follow aje ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 February 2012 at 00:45

      Google cuma nilai backlink yang datang dari link berstatus dofollow. Takpe kalau tak faham. Cuba cari penerangan dari blog kengkawan lain. Saya pun tak berapa reti nak menerangkan tentang ni. Follow je.. hhehehe

      Reply
  11. lazaac says

    24 February 2012 at 22:11

    blog lazaac dofollow kalau tak silap, cuba cikgu tolong checkkan…

    Reply
  12. obat tradisioanl berbagai macam luka says

    9 March 2012 at 18:54

    wahh informasinya sangat bermanfaat sekali gan…terimakasih.

    Reply
  13. syzn says

    17 December 2012 at 12:41

    info menarik.. boleh cuba praktikkan.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 December 2012 at 12:47

      dapat sesuatu dari blog ni? terus praktikkan apa yg diperolehi. terima kasih kerana sudi bertandang.

      Reply

Leave a Reply to auc dot com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in