Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Hidup tanpa iPhone

Hidup tanpa iPhone

22 July 2014 by admin

iPhone 5S- Gambar dari AppleSelama beberapa tahun terikat dengan iPhone akhirnya iPhone 4 saya tu kena hantar baiki juga. Gara-gara gagal dlm ujian “drop test” saya.

Dek kerana terkulat-kulat tak ada smartphone di tangan, android ninetology isteri ni lah jadi mangsa untuk tweet dan blog.

Mana lagi best? iPhone atau android. Jawapannya…

1. Adalah sangat bengap jika bergaduh dlm membandingkan mana lagi best sedangkan tak untung sekupang rabit pun. Apple tak bagi upah. Google pun tak bagi upah.

2. Mana-mana yg kita suka dan selesa beli jer lah. Ikut selera masing-masing. Apa yg iPhone boleh buat, android pun boleh. Begitu jugalah sebaliknya. Caranya saja yg berbeza.

3. Penilaian lain ialah kualiti hardware dan design. Bandingkan dengan harga yg perlu dibayar. Sanggup?… Kalau jenis yg tak suka telefon body plastik kena beli iPhone 4s atau iPhone 5 atau iPhone 5s lah. iPhone 5c pun tak mau. iPhone 5c body plastik. Dah beli iPhone tu pulak tak pakai cover tambahan apa dah. Naked camtu jer. Macam saya dan Cikgu Hairul ni. Guna iPhone naked camtu jer sebab suka body besi dan kaca tu. Sedialah berdepan peristiwa drop test tak sengaja tu. Kalau tak kisah dengan body plastik tu, serius banyak pilihan dari android.

4. Begitu juga dengan Operating System. Kalau yg rajin customize tu android lah best. Kalau JailBreak iOS tu banyak kerja lah sebab Apple buat macam2 untuk combat dgn jailbrraker ni. Tak aman langsung.

5. Selama saya guna iPhone saya jailbreak sebab nak tahu. Lepas tu restore balik ke asal. App yg saya perlu saya beli. Yg penting tak ada iklan menyemak. Guna iPhone tanpa aksesori, iPhone tu naked camtu jer.

6. Android ni beli untuk isteri sebab dia memang rajin buat drop test tak sengaja. RM 450 boleh la buat drop test camtu. Fungsi smartphone utama pun tak kurang. Lebih dari OK la. Kalau android harga sampai RM2000, saya tak beli kut. Lainlah kalau dah customize siap2 oleh pengeluar; tak ada iklan dan utiliti merepek yg tak berguna, dan design body eksklusif cam blackberry dolu-dolu tu. Nak jual mahal, penampilan kenalah nampak mahal. Sebab tu kut 5c kurang sambutan.

Jadi mana best. Saya pakai jer mana pun. Tapi untuk kerja saya banyak lebih mudah dengan iPhone. Bab membaca buku PDF saya baca di iPad atau komputer jer.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Hazmin Hamudin says

    24 July 2014 at 14:43

    Sekali dah terjebak dengan Apple ni, memang tak tak pandang Android dah. Hehe. Tak kiralah iPhone tau Macbook.

    Reply
    • Amar says

      26 July 2014 at 05:09

      Memang susah nak lepaskan diri. huhuh

      Reply

Leave a Reply to Hazmin Hamudin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in