Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Hosting Paling Hampeh Pernah Saya Jumpa

Hosting Paling Hampeh Pernah Saya Jumpa

13 July 2012 by Cikgu Hairul

Cerita pasal hosting lagi. Tak habis-habis dengan hosting. Iyelah, selagi duduk di selfhosting macam ni la ceritanya. Terpaksa melayan kerenah penyedia hosting yang sangat hampeh.

Ini cerita peribadi, saya yang kena. Mungkin tak sama cerita dengan orang lain. Setiap orang ada pengalaman sendiri berkenaan hosting. Bukan berniat memburukkan, cuma sekadar memberi peringatan untuk semua.

Hostemo.

Hosting ni saya sewa tahun 2005 tak silap. Waktu awal-awal semuanya ok. Tapi masuk bulan kedua hampir setiap minggu down. Kalau down mesti 3-4 hari. Sapa tahan? Kadang-kadang tengah update tetiba down. Tak ke gila camtu. Klimaxnya bila ip hosting tu disekat oleh TM. Bila saya call hostemo, mereka cakap masalah TM, bila call TM mereka kata ip mereka ada masalah. Taknak pening kepala, terminate la.

Mercumaya.

Lepas terminate hostemo saya ambil pakej dari syarikat ni. Masa order dah ada masalah. Berhari-hari domain tak boleh nak up. Call servis center tiada yang jawab. Ok takpe la. Ia bertahan selama setahun. Dalam masa setahun kalau ada masalah, punya la susah nak hubungi. Support tiket langsung tak ada balasan. Tak tahan dengan syarikat tu, saya tukar ke sealserver sampailah sekarang.

Jiwahost.

Namanya je dah buat saya sakit jiwa. Saya sewa hosting di sini untuk shopping shop yang saya kendalikan. Terjebak sebab promosi murah gila. RM20 siap dengan hosting dan domain setahun.

Lepas setahun saya renew. Sebulan lepas tu mereka hantar email kata domain dah expired. Aik! Dah renew tapi domain expired. Rupanya syarikatnya bankrup. So saya terlepas domain tu. Nak transfer tak boleh, apa pun tak boleh. Mereka sujjestkan tunggu 3 bulan baru boleh beli semula domain tu dengan syarikat lain dan pointkan ke hosting mereka. Apa!!!! Ini sudah bikin panas.

Saya tunggu je domain tu dijual semula dipasaran. Nak beli ikut jalan belakang punya la mahal. Sebab domain tu domain premium. Ok, lepas tiga bulan saya check di godaddy. Alhamdulillah saya dapat domain tu semula dengan nilai USD0.99.

Saya masih berada di sini sambil memendam rasa. Mungkin bila dah habis tahun nanti saya pindahkan ke tempat lain. Nak share dengan blog peribadi, saya takut bandwith tak cukup.

Inilah 3 syarikat hosting yang pernah saya jumpa. Pengajaran untuk saya, kalau nak sewa hosting tu, carilah yang dipercayai ramai akan kehebatannya. Dari segi uptime dan juga support service. Memanglah tiada satu hosting dalam dunia ni yang kebal, tapi at least support tu kena bagus. Barulah mereka tidak dilabelkan sebagai Hosting Paling Hampeh…

3.173813101.738055

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. anif says

    13 July 2012 at 01:37

    Pengalaman ngeri ni! Kalau tak diceritakan tentu ramai yang akan terkena..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 July 2012 at 08:50

      bila difikirkan semula, rasa macam nak guna blogspot berdomain sendiri je..

      Reply
      • hafizmd says

        13 July 2012 at 12:16

        cikgu, serius tak pernah dgr nama2 hosting ni =)

        apaun, mmg sakit kepala bila blog down tanpa apa2 amaran dan berita dr pihak hosting..

        baik cikgu pindahkan ke hosting2 yg mmg boleh dieprcayai…

        Reply
        • Cikgu Hairul says

          13 July 2012 at 16:10

          Hahaha… kena rajin mencari. Ni hosting2 yg mendakwa hosting terbaik di Malaysia. Harganya pulak memang murah. Kalaupun mahal tapi spesifikasinya lagi power dari hosting2 ternama yang lain. Kalau tak masakan ramai yang terjebak. Takpe sekarang saya dah dok dalam hosting yang agak mesra alam juga la.

          Reply
          • hafizmd says

            26 March 2014 at 07:27

            hohoho…promosi mesti mau gempak…baru ramai yg terjebak =)

    • kakiblog says

      16 January 2014 at 00:59

      bagus juga ada perkongsian begini biar semua orang tahu!

      Reply
  2. rahman says

    13 July 2012 at 03:32

    memang ngeri ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 July 2012 at 08:53

      hehehe.. Hati2 sblm terkena.

      Reply
  3. Mister Joe says

    13 July 2012 at 04:42

    ini mesti hosting yang murah-murah mcm rm10 – rm 30 stahun tu kan??

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 July 2012 at 08:52

      betul tu bro. Tapi yg no 1 dan 2 tu takde la murah. Cuma yg sakit jiwa tu je super murah.

      Reply
  4. Fasha Bienda says

    13 July 2012 at 09:00

    kesemua hosting yg tuan pilih mmg x glamer pun dikalangan blogger…

    jd, bila kurang permintaan, selalu la buat hal sbb permintaan kurang, produktiviti pun jatuh jugak le…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 July 2012 at 14:55

      Mungkin sebab tak glamer atau baru nak stat bisnes. Kira bertuah juga la dapat jumpa hosting camtu. Sebab tak ramai yang jumpa. Tu yg kena bagitau satu malaya. Hehehe

      Reply
  5. mak lagenda says

    13 July 2012 at 09:47

    Betul tu..mmg 1 pengalaman ngeri sungguh kalo berhadapan dgn pihak hosting yang hampeh. Klu service x okey pun,tp derang ada support team yg bagus,tidak la sakit sgt hati kita nih kan?? Byr sewa utk 360 hari tapi klo down berhari2 dlm seminggu,sape nak tahan..

    Depa nak bg discount ka?? tak kan..

    P/s: Hosting perlu sediakan support team yg sedia berkhidmat 24 jam..baru lahg bagus service depa tuh. Jangan la main lepas tgn jep

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 July 2012 at 15:54

      Susah nak cari yg support 24jam. Mereka juga manusia yg perlu tidur. Tapi takkan dari pukul 9 pagi sampai 6 petang masih tak dapat nak jawab call gak. Support tu yg no 1. Support hancus, dapat taraf hampeh la jawabnya.

      Reply
  6. Blog Asyraf says

    13 July 2012 at 11:22

    Wah, banyak betul hosting yang bermasalah. Sekarang saya pakai internet_webhosting, harap-2 bagus lah.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 July 2012 at 15:59

      internet webhosting saya pernah juga berurusan utk clien. Support memang A. Call malam2 utk confirmkan pembayaran pun dia layan.

      Reply
      • Blog Asyraf says

        14 July 2012 at 14:35

        Tak sia-sia la saya guna hosting provider tu yer.. ekeke..

        Reply
  7. keretahitam says

    13 July 2012 at 14:43

    Ramai blogger lain menghadapi masalah seperti ini. Di sarankan kepada mereka yang nak selfhosted sendiri pastikan hosting provider anda adalah syarikat yang kukuh. Boleh semak profil hosting provider dan juga rekomendasi dari rakan blogger yang lain sebelum terkena.

    Kesian cikgu kita…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 July 2012 at 16:03

      Ingatkan hosting yg tak fames je ada masalah camni. Rupanya bila cari review2 tentang hosting fames pun jadi masalah camni. Ikut nasib la. Kadang-kadang review pun susah juga nak caya. Dlm blog2 biasanya review ni cuma utk tarik trafik dan dapatkan komisyen jualan. Kena baca banyak review utk buat keputusan.

      Reply
  8. titan says

    13 July 2012 at 18:43

    pakai aje netkl atau hostgator. semua ni kaki makan cendol..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 July 2012 at 22:35

      Hosting cap buaya tu memang terbaik. tapi tak mampu sehh..

      Reply
    • tehr says

      17 July 2012 at 00:42

      aku masuk geng titan dalam bab ni
      hehe

      Reply
      • Cikgu Hairul says

        17 July 2012 at 00:52

        titan dah dapat geng.

        Reply
  9. Ibu Mifzal Arsyad says

    13 July 2012 at 19:01

    nasib x pnh berhosting dgn penghosting yg bermasalah…stakt guna anjungcafehosting ni msh ok…support pun cepat if ada problem…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 July 2012 at 22:36

      Bernasib baik sugguh Ibu ni kan.

      Reply
  10. LilyNrman says

    13 July 2012 at 19:03

    Saya guna Hostgator paling best. Apa jua masalah, petik jari, dah sampai assistant akan tolong saya, online chat. Support memang power dan disokong oleh banyak review positif. Saya memang puas hatilah guna HG. (in case kalau try HG, pm saya. Ada tawaran murah. promote ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 July 2012 at 22:39

      Bertuah la kalau dapat hosting yang macam tu. saya je yg agak tak bernasib baik. rasa macam taknak guna hosting malaysia pun ada bila selalu jadi camni.

      Reply
  11. puanbee says

    13 July 2012 at 19:08

    Mimpi ngeri bila blog down 3-4 hari , lagi ngeri bila domain expired , susah nak dapat balik uuuu…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 July 2012 at 22:41

      Domain saya yg expired tu nasib baik boleh dapat semula.

      Reply
  12. alieza dayasari says

    13 July 2012 at 23:55

    kiranya cikgu ni mahir juga yer dlm dunia ict ni. pasti cikgu ada buat web utk sek? hehehehehe…..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      14 July 2012 at 00:12

      tak la pandai sangat. nak wat web sekolah? hehehe.. kan sekolah dah ada guru it. mereka la yg buat.

      Reply
  13. Amar says

    13 July 2012 at 23:55

    Salam..

    Maknanya kalau beli domain yang mahal seringgit dari kengkawan kita beli pun tape, asalkan tak pening. Tak gitu?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      14 July 2012 at 00:11

      tak la camtu. domain jarang ada masalah. yang biasa masalah adalah hosting.

      Reply
  14. Jebeng Otaiโ„ข says

    14 July 2012 at 01:02

    mangsa mercumaya gak ker?..huhu

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      14 July 2012 at 10:03

      Nak wat camna.. Jadikan pengajaran je la bro. Gatal sangat nak sewa kat situ haritu. Heheh

      Reply
      • Jebeng Otaiโ„ข says

        14 July 2012 at 21:12

        sama la..camne lak leh terpedaya..huhu

        Reply
  15. halim says

    14 July 2012 at 17:21

    cikgu, satu perkongsian yang baik kepada yang nak mencari hosting. moral of story jgn tgk pada harga murah saja

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2012 at 17:17

      support sangat penting. buat apa murah tapi jiwa sakit.

      Reply
  16. daddydee says

    15 July 2012 at 11:54

    Saya tak pernah guna yg cikgu listkan tu. Setakat ini saya pakai netkl. Alhamdulillah… Setakat ni ok.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2012 at 17:25

      netkl pun ok. dah nak terkena nak buat camna.

      Reply
  17. suri says

    15 July 2012 at 20:40

    net kl sati lgi lupa nama hosting terbaik tu huhu…pasni pindah ar bro..nak berblog tak syok huhu..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2012 at 17:41

      Sekarang dah agak selesa. Ini cerita dolu-dolu. Hehehe

      Reply
  18. suri says

    15 July 2012 at 20:41

    yg masalah pasal hosting satu hal..yg hack dek haru gak aduh…sabar yg bro..hrp nnti bt dpt kesimpulan pilih yg terbaik nnti.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2012 at 17:39

      Hosting yang selalu kena hack tu tak boleh nak kata apa la. Dah dia punya owner taknak beringat. Walau kita letak rantai besar gajah sekalipun, tak boleh nak halang punya.

      Reply
  19. Shah Zairul says

    18 July 2012 at 12:00

    satu lg Malaysia Hosting 2u . aduhhh yg ni memang sakit kepala, jgn cuba host lah ngan diorang ni .

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2012 at 17:36

      Bro dah terkono ke? hehehe. sabo je la.

      Reply
  20. Kazen says

    18 July 2012 at 16:14

    begitulah kalu pakej murah jdinya mcm2 tak kena. yg terbaik sy guna xpenah down adalah netkl.. klik banner dkat sy punye blog utk tgok pakej dia…support ticket sy hantar tak sampai 5 minit berbalas. kalau renew domain lak tak yah tggu shari.. 10 minit domain dah aktif setting2 smua trus leh gune…laju dan terbaik punya servis ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2012 at 17:34

      murah = confirm tak bagus. Mahal = tak semestinya bagus. Kena try berurusan dengan pihak hosting dulu sebelum membeli. kalau lambat balas sms/ email maknanya memang hampeh.

      Reply
  21. putera malam says

    19 July 2012 at 00:44

    Nasib baik aku pakai blogspot berdomain sendiri.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 01:41

      Itu lebih selamat buat masa ni.

      Reply
  22. Zida says

    20 July 2012 at 12:24

    scary nya. tapi tak pernah pulak dengar nama-nama syarikat hosting ni. hurmm~

    entri ni bagus untuk rujukan sesape nak baru nak mula, elok-elok la dalam memilih hosting. beli kat serverfreak jela. netkl pun okay #eh hehe ๐Ÿ˜‰

    Reply
  23. nurlyla says

    22 July 2012 at 11:00

    sy surf dulu berkaitan hosting ni sebelum ganti, bukan sekejap.. lama gak.. so, ambik keputusan beli dari netkl. ok jugak..

    Reply
  24. ecadwinkyasha says

    24 July 2012 at 21:29

    wahhh..mcm tu pun ada?.cuba la inform awal2 klu bankrup ke apa kan cikgu?!…buat sakit hati……..eca beli domain je.ihosterz.com.So far,xde masalah =)

    Reply
  25. iAwani says

    25 July 2012 at 00:09

    saya sewa shared hosting dari Sempoi Hosting, sbeba kenal dengan owner syarikat ni . sejak start mengehos blog di situ dari tahun 2008, tidak ada masalah. Alhamdulillah. Kekadang terlambat bayar, dia bagi kelonggaran.

    Reply
  26. Oh! budu says

    10 August 2012 at 11:11

    nasib baik ada org cerita pasal ni. kurang sikit blogger buat pilihan salah

    Reply
  27. moor couture says

    11 August 2012 at 15:27

    Saya pun tgh mengalami masalah sama ngn jiwa host. Histing kene hack plak..sib baiklah beli just untuk trial buat e-commerce.tapi yang tak bestnya nak renew domain masalah sekrg.tgh dok cari hosting lain nak transfer domain.semua domain saya transfer kat jiwa host hari tu sebab murah.nampaknya sekrang kene transfer kepada comp.lain dah..Nak try NetKL lah kalo semua cakap oky..harga pun ok

    Reply
  28. Naziman says

    10 November 2012 at 16:33

    Kena berpindah dengan Serverfreak tu, memang terbaik. hehe

    Reply
  29. Mus says

    15 November 2012 at 08:02

    saya juga pernah mengalaminya.
    sekarang saya bersama BaitulBytes

    Reply
  30. Abdur says

    20 November 2012 at 17:56

    Sila coba hosting yang ada dalam link nama saya,spesifikasi server boleh dilihat dalam laman mereka.Testimonia pelanggan berpuas hati semua

    Reply
  31. Asyrof Asri says

    2 April 2013 at 09:11

    Mimpi ngeri la jika servis down.

    Bab-bab hosting memang saya akan pilih berdasarkan pengalaman blogger otai malaysia. ๐Ÿ˜‰

    Reply
  32. Rizuan says

    10 July 2013 at 20:15

    Sy guna serverfreak. setakat ni oklah. kalau ada masalah memang dorang cepat balas emailnya…

    Reply
  33. waiman takwa says

    15 July 2013 at 10:45

    Kadang-kadang kita nak sokong bisnis tempatan tapi mereka pula buat sakit kepala..

    Reply
  34. Mak Lagenda says

    11 November 2013 at 14:49

    mak dah pernah kena gak ngan hosting lama. Sakit gile jiwa bila langsung xde feedbxk or respond bila kita buzz support team. Mmg hampeh…!!

    Now, mak sikit happy bila dah tukau hosting baru. setakat ni, prestasi pihak hosting baru adalah good

    Reply
    • Amran says

      2 May 2014 at 09:53

      teruskan berblogging mak walau apa jua cabaran yang datang. ๐Ÿ™‚

      Reply
  35. AUC says

    6 February 2014 at 01:12

    pernah kat syokhost dgn fivoi hampeh sunggguh
    skrg still guna serverfreak dan netkl, puas hati 2 ni utk 2 blog saya…

    Reply
    • Amran says

      6 February 2014 at 01:28

      Kadang2 ngeri bila dgr pengalaman berhostingkan penjenayah. Duit nak, servis tak nak bagi. Huh!

      Reply
  36. alongxp says

    25 April 2014 at 10:27

    saya dengan rasa rendah diri nak bagitahu yang saya dan rakan menjalankan bisnes hosting gak… baru nak masuk 2 tahun… kalau nak cuba, boleh ke http://klbytes.com.

    apa-apa hal boleh emel saya.

    Reply
    • Amran says

      25 April 2014 at 10:36

      Insyallaah saya g survey dulu.

      Reply
  37. Rozak says

    25 April 2014 at 15:53

    Jadikan semuanya sebagai pengalaman,ada kalanya kita perlu upgrade ke VPS daripada mendapat kesusahan akibat down.

    Reply
    • Amran says

      2 May 2014 at 09:52

      VPS kena manage sendiri kan? Masih tak mampu la bang.

      Reply
      • Alongxp says

        13 January 2015 at 22:49

        memula menag rasa susah bang, rasa cam nak nangis, tambah2 kalau dh otai ngan cpanel, tp bile dh pandai, xpandang dh cpanel hhahahah…

        tutorial kat internet belambak… paling sll jd rujukan adalah kat comunity digital ocean

        Reply
  38. AUC says

    25 April 2014 at 20:36

    perjalanan biasa bagi seorang blogger… dah kena jg sebelum ni dgn 3 hosting semua hampeh… sekarang kekak dgn SF..

    Reply
    • Amran says

      2 May 2014 at 09:51

      Uit.. terkono juga.. sabo je la. Proses belajar ni kalau takde benda2 camni tak la menarik sangat.

      Reply
  39. ieta says

    2 May 2014 at 09:31

    Saya takde hosting. domain je berbayar. saya rasa lepas tamat tempoh nak kembali ke domain asal lah nanti kalo mati, takde sape nk renew domain. kan?

    Reply
    • Amran says

      2 May 2014 at 09:50

      sayang tu kalau dah bina jenama dengan domain sendiri pastu nak tukar ke asal. Baru terfikir, kalau kita mati domain tak renew, camna ye.. kalau automatik ke domain asal ok gak.

      Reply
  40. myrujukan says

    22 May 2014 at 15:15

    saya pakai netkl dan serverfreak, dua dua ok bagi saya

    Reply
  41. adi says

    28 June 2014 at 03:42

    informasi yang menarik..bisa dibeli dari indo ?

    https://www.youtube.com/watch?v=K-T72H6w_zw

    Reply
  42. Ikhwan Fahmi says

    19 January 2015 at 00:43

    jiwa kacau kalau hosting sasau ๐Ÿ™

    Reply
  43. Zaini says

    27 January 2015 at 21:57

    Setakat ini guna hosting tiada masalah lagi. Alhamdulillah semuanya baik. Tapi banyak dengar cerita hosting bermasalah ni.

    Reply
  44. imah says

    13 December 2015 at 23:02

    Geram je bila baca….entry panas, kene jaga2 beli bershoping…:)

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      25 December 2015 at 12:29

      Tapi ni cerita lama puan. Apa condition sekarang saya tak pasti.

      Reply
  45. permohonan upu says

    9 February 2016 at 01:28

    jiwahost ni pernah la juga dengar..ada yang siap rekomenkan lagi..tapi tak tahu la jadi macam mana bila kita sendiri yang guna kan.

    Reply
  46. hair color salons in bradenton fl says

    25 February 2017 at 15:06

    Good poั•t. I certainly appreciate this site.
    Kแฅฑep writing!

    Reply

Leave a Reply to keretahitam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in