Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / iOS 8

iOS 8

5 June 2014 by admin

Bismillahhirrahmanirrahim.

Dua hari lepas, 03 jun 2014 melalui WWDC Apple mengumumkan sistem operasi terbaru iPhone yang akan datang iaitu iOS 8. Pengumuman itu buat ramai blogger jadi sibuk untuk menulis.

Pada hari yang sama saya sibuk di Kuantan untuk bentangkan idea dalam program Superb. Dah selesai semua barulah baca segala bagai tentang iOS 8 dan OSX Yosemite tu.

Dari pembacaan itu dan pengalaman menggunakan produk Apple sukalah saya satu tulis semula apa yang ada dengan iOS 8 di sini dari satu perspektif yang lain.

1. Keperluan minima iOS 8 ialah iPhone 4S. Pengguna iPhone 4 kenalah upgrade ke model yang lebih baru sebab iPhone 4 dah sampai hujung. Boleh sampai iOS 7 sahaja.

2. iOS 8 dibangunkan untuk lebih mudah berkolaberasi dengan OS X Yosemite. Ia beri kelebihan kepada pengguna yang ada iPhone dan ada komputer Mac. Ada banyak kerja yang boleh dibuat di iPhone yang juga boleh dibuat di Mac dan ia seperti satu device yang sama. Jadi, siapa yang cuma ada satu device bolehlah beli lagi satu produk Apple. Teknik pemasaran yang bagus nampaknya.

3. Apple sediakan yuran tahunan untuk developer iOS dan Mac pada harga yang sama; masing-masing USD 99.

4. Features dalam iOS 8 menghakis keinginan pengguna untuk jailbreak iPhone mereka. Kurangnya jailbroken iPhone maka bertambahlah minat developer untuk menghasilkan app yang inovatif.

5. Semua app dalam iOS terawal; sehingga iOS 7 ditulis dalam bahasa Objective-C. Untuk iOS 8, Apple beri peluang kepada developer untuk menulis app menggunakan bahasa Objective-C dan Swift; bahasa pengaturcaraan baru dari Apple.

Kesimpulannya ialah, bagi menyambut kedatangan iOS 8 pada “this fall”…

1. Apple perlu sediakan model iPhone yang baru.

2. Pengguna perlu sedia untuk beli iPhone yang baru. Khasnya orang macam saya yang masih guna iPhone 4 ni.

3. Developer perlu belajar bahasa pengaturcaraan yang baru; Swift.

20140605-074319-27799909.jpg

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. [email protected] says

    11 June 2014 at 14:28

    Tak sabar nak tunggu kemaskini iOS 8 ni. Lambat pulak lagi.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      15 June 2014 at 19:26

      Sampai masa nanti kita upgrade la. Sekarang masa utk cari sebanyak info.

      Reply
  2. Hafizul says

    16 June 2014 at 10:26

    Hehe..bila lah agaknya nak pakai iphone ni…teringin gak sebenarnya..hehe

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      16 June 2014 at 11:05

      Kalau satu keperluan berbaloi la bro nak bersengkang mata kumpul duit. Kalau tak, guna je la apa yg ada.

      Reply
  3. faizal says

    17 June 2014 at 12:25

    saya pakai iphone 4s boleh lagi kot terima ios8..lepas ni xtaulah

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      18 June 2014 at 02:54

      Insyallah boleh. iPhone 4 kebawah tak boleh rasanya.

      Reply
  4. Brader Kecik says

    19 June 2014 at 18:26

    Memang menarik iOS 8 bila boleh diintegrasikan dengan OSX Yosemite..

    Reply

Leave a Reply to [email protected] Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in