Bismillahhirrahmanirrahim.
Dua member baik saya di sekolah dulu dah jadi janda. Ada juga berbual dengar kisah diorang ni. Rupanya lebih rumit dari yang dijangka.
Seorang tu ada anak seorang. Selepas beberapa tahun dapatlah bertemu pengganti. Lelaki bujang sebaya. Tapi workaholic, tunda dan tunda saja tarikhnya. Dan kalau jadi duduk berjauhan juga.
Seorang lagi janda tak ada anak. Lama mencari ganti akhirnya dapat suami orang. Mati hidup semula isteri pertama lelaki tu tak bagi. Keluarga kawan saya ni pulak taklah menghalang tapi juga tak menyokong. Menjanda di usia 30-an nak cari lelaki bujang yang berkaliber boleh jaga dia memang payah lah.
Bukan dua contoh ni saja. Banyak lagi kes lain yang sampai ke pengetahuan saya. Dari semua cerita tu kesimpulannya janda ni memang payah likunya. Kena struggle sorang-sorang. Jumpa lelaki yang baik dah laki orang pulak. Jumpa yang bujang famili lelaki tu tak berkenan pulak. Kena lagi malang jumpa dengan buaya tembaga, lagi haru.
Solusinya? Tak ada. Finally, menjanda jer lah sampai reput. Poligami tu satu dari caranya tapi di Malaysia ni poligami tu HARAM dan TERKUTUK. Jadi tak dapatlah nak dibuat.
Orang yang menyokong poligami pun suka pulak modify hukum tuhan ni dengan pelbagai “tapi…”, pelbagai “asalkan…” dan pelbagai “kenalah…” Jadi memandangkan masyarakat dah ambil alih urusan tuhan, memadailah kita ni sekadar menyatakan simpati saja. Dengan harapan suatu hari nanti adalah dari kalangan ahli keluarga kita yang jadi janda pulak. Kalau bukan mak, mungkin kak, mungkin adik, mungkin anak. Habuan sebab kita hebat sangat ambil alih urusan tuhan.
TehR says
sedihnya kaum perempuan juga yang banyak pandang serong pada janda
nak kata terlalu sayangkan laki sendiri pun tak juga
Amar says
Kalau bukan kerana terlalu sayangkan suami mungkin juga kerana bimbang dikutuk orang tak pandai jaga suami. 🙁
suri says
saya ada lebih seribu kisah tentang itu cuma tak berani nak buku mulut dalam blog kerana hal dan aib orang terlalu peribadi bagi saya. cuma larat balas email dan luahan medan fb moga sedikit usaha, luahan mereka dan pandagan saya akan mereka dapat teruskan kehidupan lebih baik.
serius agak sukar tapi harus terima hakikat.
Amar says
Ibaratnya suiz listrik kita telah dimati (switch off), cuma dapat lahirkan suatu rasa hiba dan tiup semangat mereka dengan kata-kata. Dengan harapan mereka akan redha dan lebih tabah. Dengan harapan mereka akan faham yang mereka perlu harungi semua tu sorang-sorang. Kita cuma boleh jadi pendengar dan pemberi nasihat… Kita suka jadi NATO (No Action Talk Only).
Amar says
Secara radikal saya cadangkan sahabat saya tu supaya nikah secara diam. Bakal suami boleh buat permohonan nikah di pejabat agama tanpa pengetahuan isteri pertama. Izin isteri pertama tak diperlukan, yang diperlukan hanyalah izin mahkamah. Dengan cara ni tak perlu lari ke Siam. Jika pendapatan bakal suami cukup untuk menampung keperluan minima dua keluarga, hakim tak ada sebab untuk menolak permohonan tu. Untuk poligami tak perlu kaya raya. Orang Islam tak ramai yang kaya. Suami cuma perlu selaraskan perbelanjaan kepada yang perlu dan bersederhana dah cukup untuk poligami. Bantulah janda.
Seorang dari sahabat saya sebelum ni dah berjaya kahwin dua pun. Saya guide dia ke pejabat agama. Sungguh lancar. Tindakan radikal diperlukan untuk menongkah arus masyarakat. Sebagai ketua keluarga suami perlu ada sifat Kahhar.