Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Jangan Buat 8 Perkara Ni Bila Putus Cinta Tau

Jangan Buat 8 Perkara Ni Bila Putus Cinta Tau

17 June 2012 by Cikgu Hairul

20120617-222227.jpg

Sapa pernah putus cinta? Frust menonggeng la orang kata. Tak sekali mesti dua kali. Apa yang korang buat? Yang ni tips dari saya. Dari pengalaman sendiri, juga rakan-rakan sekerja. Nah terimalah 8 perkara yang tak perlu anda buat bila frust menonggeng.

Meratap dan Menangis.

Orang kata menangislah sepuas-puasnya. Gila apa.. Si dia gembira dengan pakwa baru, kita nak meratap tak kira masa. Sudah-sudah la tu. Tak payah menangis lagi. Simpan air mata tu untuk dosa yang pernah kita lakukan. Bukan untuk si dia yang tak sudi berkahwin dengan kita tu. Buruk benar seorang jejaka kacak menangis sebab seorang perempuan gedik.

Curahkan Pada Sahabat.

Ni pun satu perkara yang biasa orang buat. Bila frust nongeng, mulalah nak cerita kat sahabat. Kalau saya, saya akan gelakkan je. Sebabnya saya dulu pun kena gelak dengan member bila cerita pasal frust.. Kejam! Hehehe.. Apa pulak kejam. Betula tu. Sapa suruh cerita kesengsaraan diri pada sahabat? Dia bukan boleh buat apa pun. Ceritalah pada Allah yang maha berkuasa. Pasti Dia akan bantu.

Tulis di facebook.

Zaman ni semua nak tulis kat dinding. Habislah dicanang keaiban diri tu. maka orang yang tak suka dengan kita pun ambiklah kesempatan. Di api-apikan lagi suasana. Elok-elok ramai kawan, habis semua diunfriend sebab sakit hati. Saya tak nafikan, menulis boleh melegakan tekanan. Tapi facebook bukan tempatnya. Atas kertas takpe. Lepas tulis jangan simpan. Sila bakar dan jangan sampai jatuh ke tangan sesiapa.

Berfoya-foya tak ingat dunia.

Jangan berfoya-foya, minum arak dan layan GRO di kelab malam. Kunun nak lupakan kekasih lama. Tapi dosa yang dapat. Orang kata bila putus cinta kenalah ajak kawan bergembira. Ni pun akan buat orang curiga. Sebelum ni asik berkepit dengan makwe. Tiba-tiba bila dah putus cinta, cari pulak kawan-kawan untuk bergembira. Mana nak letak muka. Kan elok duduk sendiri-sendiri, beribadah, baca quran, hadiri tazkirah, gotong royong. Untung-untung ada pak imam nak jodohkan anaknya dengan kita.

Lari.

lari dari masalah, lari dari tempat kenangan. Hahaha itu sesuatu yang bodoh beb. Dah elok-elok bekerja kat KL, tiba-tiba putus cinta dan kita buat keputusan untuk lari ke Kuantan. Tak ke kena gelak je dengan kengkawan. Ingat dengan lari ke tempt lain, kenangan mengusik jiwa tu boleh terpadam? Mustahil der. Teruskan hidupmu di tempatmu. Jangan sekali-kali lari. Itu menunjukkan lemahnya jati diri.

Berubah Jadi Playboy.

Dendam dalam jiwa jangan diikut sangat. Apa guna belajar tinggi-tinggi tapi tak dapat mengawal diri. Kita boleh berubah, tapi jangan berubah jadi playboy sudah. Cari perempuan sana sini lepas tu dinoda. Kurang ajar kamu! Masalah kamu ialah dengan si dia, bukan dengan perempuan lain yang tak berdosa.

Ubah Penampilan.

Ramai juga jejaka kacak putus cinta mengubah penampilan. Sebelum ni punyalah hendsome dan kacak. Bila aweks tinggal, terus je nak ubah penampilan. Selekeh pulak tu. Rambut serabai, baju compang camping sebijik macam orang gila. Tapi kalau sebelum ni memang jenis busuk gila, ubahlah diri menjadi wangi. Mungkin sebab tu dia lari.

Tak Cari Pengganti.

Jangan tak cari pengganti. Jumpa… terus je masuk meminang. Jangan tunggu-tunggu lagi. Ada sesetengah orang tu terlalu serik nak cari jodoh. Membujanglah sampai tua.

p/s: untukmu sahabat, teman dan yang teristemewa.. Bercintalah kerana Allah. Letakkan Dia di depan berbanding dengan sesiapa jua. Usah berkasih, kalau sekadar nak mengecewakan orang. Pasti satu hari nanti ada balasan yang seumpamanya berkat doa orang teranianya.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Jebeng Otai™ says

    17 June 2012 at 22:14

    yg penting jgn putus asa..cuba dan cuba ag .. 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 June 2012 at 22:39

      betul tu bro. kalau putus asa, melepas seumur hidup nak merasa kawin. hehehe

      Reply
  2. ohcikgu says

    17 June 2012 at 22:20

    ekk..berubah jadi playboy? wahh..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 June 2012 at 22:42

      ada yg terfikir di luar batas bro. jadi playboy.. nak balas dendam katanya.

      Reply
  3. anif says

    17 June 2012 at 23:39

    Berdasarkan kepada pengalaman sendiri ke? 😀 hehe..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 June 2012 at 23:53

      Sikit ler.. Hehehe

      Reply
  4. tehr says

    18 June 2012 at 03:29

    memang kena cari pengganti
    yang lepas, yang terlepas
    biar je dia bebas

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 June 2012 at 08:03

      Biarlah dia pergi. Hehehe. Tak rugi ditinggalkan orang yang tak menyayangi kita. Dialah yg lebih rugi sebab meninggalkan orang yang menyayanginya sepenuh hati. Ayat karat…

      Reply
  5. alieza dayasari says

    18 June 2012 at 06:51

    berubah ke arah kebaikan tak per….
    ermmm contoh.. menjadi seorang insan yang lebih cekal dan tabah…. terus bangkit dan berfikiran utk majukan diri sendiri.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 June 2012 at 10:18

      betul3.. 🙂

      Reply
  6. mak lagenda says

    18 June 2012 at 08:02

    8 tips yg cikgu bagi..kebetulan plak mak tgk dah ada 8 komen kat sini. :). Tips yg paling mak suka is jgn meratap menangis..xde gunanya langsung. Baru putus cinta je..bukan penamat segalanya

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 June 2012 at 10:19

      dunia belum berakhir..

      Reply
  7. Hafizul says

    19 June 2012 at 00:57

    masa bercinta dulu,pernah juga meratap danmenangis..haha..bila diingatkan balik, rasa macam org bodo jer..hehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 June 2012 at 10:20

      woit.. lelaki menangis! tak macho weh.. hahahah

      Reply
  8. donnyien says

    19 June 2012 at 01:16

    Saya pun pernah putus cinta masa dilamun dulu hehe.. tapi semua tu mematangkan diri ku yang ada sekarang ini.. bagus info ni, share to fb

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 June 2012 at 10:21

      pengalaman mendewasakan kita. harap lepas ni takde la patah hati lagi

      Reply
  9. Amar says

    20 June 2012 at 17:16

    Cikgu Hairul tak pernah putus cinta senang lah cakap. Patut tulis lagi satu. Yang kesembilan. Jangan duduk atas tebing beranda julur kaki ke bawah tenung kereta Wira kat bawah tu sambil fikir, “Mati ke idak ni?”

    Huhuhu…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 June 2012 at 21:56

      Hahahahahahah… 🙁 tengok bawah dari tingkat 3 takpe lg. kalau dari atas batu caves lagi bahaya.

      Reply
      • Amar says

        21 January 2014 at 22:15

        Pulang paku buah keras ni… Hahahahah…

        Reply
  10. aimannajmy says

    21 June 2012 at 14:40

    wah point last sekali tu cam ada kaitan dengan saya ja huhu.. serik nak bercinta lagi huhu.. pasni sy mungkin terus ajak kawin kalo berkenan.. malas dah alami alam percintaan huhu.. dah tua haha

    Reply
  11. suri says

    5 July 2012 at 13:15

    lebih selesa jauhkan dir dir org hee..take time dh lama sikit blh biasaklan diri cma biasa. buat apa yg tak blh buat masa cinta dulu hee…shoping jalan2 sama rakan karib best gak

    Reply
  12. suri says

    5 July 2012 at 13:16

    bila frust mmg sedih susah nak lupakan tu mmg perit dlm alam cinta huu..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 July 2012 at 15:29

      tak sanggup frust lagi.

      Reply
  13. Amar says

    21 January 2014 at 22:13

    Kena cari pengganti eh? Kalau cari pengganti, kemudian dia yang lama tu datang balik cemana? Kalau yang datang kembali tu tinggal sekerat pun, sayang lagi kan? kan kan kan..? Cemana nak buat? Nak ambil balik? Kena hukum masuk neraka oleh manusia pulak nanti. Teruk kena tohmah dek orang sekeliling.

    Reply

Leave a Reply to Cikgu Hairul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in