Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Kalau Jauh Dekatkanlah

Kalau Jauh Dekatkanlah

17 May 2014 by admin

OLYMPUS DIGITAL CAMERABismillahhirrahmanirrahim.

Satu pesan orang tua-tua yang saya selalu bawa, tentang rezeki dan tentang penawar.

Kalau jauh kita mencari masih tak jumpa, maknanya ia dekat.

1. Dulu emak saya menderita kerana sakit gaut. Puas cari ubat cari penawar tak jumpa yang serasi. Ketika minum dengan Paktih dan kawan-kawannya sampai gerak saya bertanya. Seorang kawan Paktih beritahu supaya rebus akar senduduk dan minum secawan setiap pagi selama 60 hari. In syaa Allah gaut tu akan nyah terus. Pokok senduduk di kampung saya ni, orang buta saja cari tak jumpa. Sangatlah banyaknya pokok senduduk tu.

2. Saya dulu cari calon isteri yang sesuai tak jumpa-jumpa walhal orang yang sudi tu ada depan mata. Hampir setiap minggu saya ulang balik kampung melalui Pekan Karak. Di situlah kami bertemu.

3. Anak sulong saya (Jibril) berbulan-bulan menangis malam terkena gangguan. Habis akal baru terlintas bawa kepada Abang Ngah saya. Alhamdulillah selesai.

4. Jibril derita angin pasang berbulan-bulan. Hospital kira nak bedah. Bidan dan mudim juga tenggelam punca. Cari penawar merata negeri. Sudahnya makcik yang hari-hari lalu lalang depan rumah kami itu penawarnya.

5. Jibril sembelit sejak umur 1 tahun setengah hingga umur 3 tahun setengah. Puas berubat. Rupanya penawar ialah Minyak Kelapa Dara dari kelapa dekat keliling rumah Mak. Saya belajar cara buat dari kawan sekopi.

6. Anak kedua saya (Altamis) alah sungguh kulitnya. Macam-macam ubat tak lut. Minyak kelapa dara juga penawarnya.

7. Berpuluh tahun saya cari jawapan tentang agama. Ustaz ustazah pun sampai tak sudi jawab. Dituduh saya confirm masuk neraka. Dilabel gila. Sudahnya kawan sekole yang lama dulu saya tinggalkan yang beri jawapan. Tunjukkan jalan.

Alhamdulillah. Innalillahi wa inna ilayhi raaji’un..

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. zik says

    18 May 2014 at 15:05

    setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.. mungkin kita tak tahu bila akan selesainya.. jangan berhenti berdoa..

    Reply
  2. titan says

    20 May 2014 at 00:54

    betul.

    kita selalu tak nampak apa yang didepan mata.

    Reply
    • Amar says

      26 May 2014 at 02:11

      Itulah yang selalu berlaku.

      Reply
  3. NOREHAN SAAD says

    28 May 2014 at 22:43

    allah mahu kita berusaha dan berdoa dgn bersungguh-sungguh…in shaa allah akan menemui jalannya….

    Reply

Leave a Reply to zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in