Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Kebaikkan Duit Baru

Kebaikkan Duit Baru

17 July 2012 by Cikgu Hairul

Sapa dah dapat pegang duit baru? Saya tadi cuba dapatkan note baru RM20 di bank. Tak ada pun. Mungkin esok lusa baru ada stok kot. Tengok dari gambar Cantik, canggih dan lebih berkualiti. Itu first impression saya. Tak tau la macam mana kalau dah digunakan nanti.

Saya mula la terfikir benda ni. Ada baiknya BNM keluarkan duit baru dekat-dekat nak raya ni. Dapatlah budak-budak merasa duit baru nanti. Duit yang cantik-cantik tu mesti dia sayang nak guna. Selamat…

Bukan setakat budak-budak, saya pun rasa sayang nak belanjakan. Baik untuk kesihatan ekonomi kita. Simpan la duit yang cantik tu sampai bila-bila kan. Terima kasih kerajaan. Duit baru menggalakkan kita berjimat cermat.

Duit syiling pun cantik-canti belaka. Malangnya tak boleh masuk mesin parking. Selamat duit kita. Simpan je la.

Saya suka pada duit RM5 dan RM1 yang dibuat dari polimer. Ia tak mudah rosak bila terkena air. Kadang-kadang terlupa nak keluarkan duit dari poket masuk mesin basuh. Keluar-keluar dah jadi debu. Duit polimer ni kurang sikitla jadi debu.

Apapun fenomena tu tak lama. Bila dah banyak duit tu di pasaran rasa sayang mula hilang. Kembalilah kepada tabiat berbelanja seperti dulu. Wal hasil balik asal..

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. alieza dayasari says

    17 July 2012 at 17:22

    haaaaaaaaa kojap jew kot. hehehehehe
    mari menabung sehari rm1.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2012 at 08:03

      Singgit je? Hehe

      Reply
      • Zida says

        20 July 2012 at 12:20

        sikit-sikit lama lama jadi bukit. kan? hehe 😛

        Reply
  2. Nazri says

    17 July 2012 at 23:41

    kaler wang RM50 & RM1 tu masih dekat-dekat nak sama. harap-harap tak tersilap boh sampul raya tahun ni..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2012 at 08:05

      Kaler sama mungkin bau lain kot. Sebab bnm kata memudahkan oku pengelihatan mengecam duit tu. hehe

      Reply
  3. daddydee says

    17 July 2012 at 23:52

    cantik duit baru ni…
    saya pun tak pegang lagi..
    tapi agak malang apabila duit syiling selalu mengelirukan saya…hurm…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2012 at 08:07

      Duit syiling bukan setakat mengelirukan, buat orang sesak nafas. Nak parking tak blh guna.

      Reply
  4. Jebeng Otaiâ„¢ says

    18 July 2012 at 02:19

    tp kalo dpt siri yg cantik kompem x guna 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2012 at 08:07

      Terdesak sebat je bro..

      Reply
  5. sollehahn says

    18 July 2012 at 13:34

    yeah..tahun ni mesti banyak duit baru masuk sampul raya…huhuh

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2012 at 17:45

      tu pun kalau ada stok. kena cari awal-awal ni bro.

      Reply
  6. maza says

    18 July 2012 at 16:13

    wah!

    maza teringin nak merasa duit RM20 sekeping tu..
    macam best jerk kalau diframekan tu..

    hehehehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2012 at 17:47

      aik.. cuma nak framekan je? untuk kegunaan masa sesak boleh la kot. hehehe

      Reply
  7. ApplePurple says

    18 July 2012 at 22:28

    Rata2 memang ramai yang dah buat perancangan untuk sumbat duit-duit baru ni ke dalam sampul duit raya untuk raya tahun ni…tapi pastikan dapatkan cepat ye..takut kehabisan stok je nanti..hheehh..hheeehh..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 01:44

      Kena awal la tempah kat bank.

      Reply
  8. Norizwan says

    19 July 2012 at 09:24

    hehe…betul gak bro…duit baru ni sayang pula nak guna huhu…nak belai2 kannya….cantik sangat…lagi2 yang 20 rggt paling cantik….:). nak bagi duit raya pun was2 haha…..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 10:48

      Duit raya bagi syiling 50sen baru pun lawa jugak.

      Reply
  9. Hafizul says

    19 July 2012 at 09:51

    Emm memang betul tu cikgu..masa baru ni jer sayang nyer..dan lama, sayang jadi melayang dah..hahaha..rm 20 memang cantik..suka3!!!

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 10:47

      Dah dapat pegang RM20? Saya masih mencari. Nak masukkan dalam album. Hehehe

      Reply
  10. Amar says

    19 July 2012 at 14:29

    RM50 baru sekadar takde dalam gambar ni atau memang tak buat dah? Agak-agak mudah koyak tak duit ni cam RM5 sekarang… macam daun pisang mudah koyaknya.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 18:15

      Duit 50 takde dalam gambar. Kat bank pun susah nak carik. Rasanya semudah sama cam RM5 yg mudah koyak tu kot.

      Reply
  11. yas says

    19 July 2012 at 15:28

    Saya ngan org rumah dh pakat2 nk simpan duit yg lama tu lak…jadikan sbg kenangan….:)

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 18:19

      Boleh jadi duit antik satu masa nanti. Sama macam duit RM2 yang dah takde tu.

      Reply
  12. shraqs says

    19 July 2012 at 15:43

    Penggunaan bahan polimer memang terbaik… tak mudah rosak.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 18:20

      Tak rosak kalau kena air. Tapi cuba tengok RM5 sekarang, banyak yang dah koyak. Rasanya kelemahan duit polimer ni, tak boleh dilipat la. kalau lipat dia akan koyak.

      Reply
  13. sweetkurma says

    19 July 2012 at 19:22

    yer lah nampak cantik, akak pun belum rasa pegang lagi

    Reply
  14. tehr says

    19 July 2012 at 22:11

    wal hasil balik asal
    harapnya kemudian hari tak menyesal

    aku belum dapat pegang lagi duit baru ni

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 July 2012 at 08:24

      Ramai juga yang kebank kecewa. Duit tak sampai lagi kot.

      Reply
  15. Zida says

    20 July 2012 at 12:21

    Yeayy dapat merasa duit baru raya nanti! Heheh #eh layak lagi ke budak 20 tahun dapat duit raya? haha 😀

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 July 2012 at 14:17

      Apa lak tak layaknya? Selagi ada yg nakmbagi kira layak je..

      Reply
  16. titan says

    21 July 2012 at 04:03

    aku memang suka. nampak lebih kacak.

    Reply
  17. chii says

    23 July 2012 at 21:07

    chii da dpt merasa duit RM 5 ngn RM10. erm..bleh tahan la..tp chii prefer duit lama..duit baru ni mcm duit saidina la plak

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      24 July 2012 at 00:38

      Mana chii dapat? Susah juga nak jumpa kat sini. Mungkin masuk bulan kedua kot baru senang jumpa.

      Reply
  18. Mus says

    24 July 2012 at 10:11

    duit syiling masih mengelirukan saya..

    Reply
    • shaharil says

      24 July 2012 at 15:55

      Terutamanya duit syiling 50 sen dan 20 sen.. hehe

      Reply
  19. Izwanyusof says

    24 July 2012 at 17:27

    tak dapat lagi duit baru ni. tapi saya tak minat duit syiling baru tu. menyusahkan bila nak guna kat mesin2.

    Reply
  20. iAwani says

    25 July 2012 at 00:21

    warna RM1 tu sungguh cantik! saya suka kaler birunya.

    Reply
  21. Hazmin Hamudin says

    26 July 2012 at 23:04

    Mula-mula je sayang nak guna, bila dah takda duit lain terpaksa la guna jugakkan. Nanti dah berlambak dekat pasaran, dah takda apa yang nak dihairankan lagi dengan duit baru ni.

    Reply
  22. yusri says

    29 July 2012 at 06:16

    betul ke ejaan ‘kebaikkan’ tu cikgu?Rasanya 1 ‘k’ jer kan?

    Reply
  23. Oh! budu says

    10 August 2012 at 11:28

    a’ah.. macam plastik kan.. rasa nk gunting2 je.

    Reply

Leave a Reply to sweetkurma Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in