Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Kenapa Bangsa Arab Taknak Bersatu?

Kenapa Bangsa Arab Taknak Bersatu?

7 August 2014 by admin

20140806-173116-63076990.jpg
Riuh rendah bunyi keybord bila israel menyerang Palestin. Wajar sekali kita bising. Bising juga la sebahagian besar dari kita bila tengok pemimpin negara Arab membisu. Diam tak terkata, malahan ada sebahagian besar dari tok arab ni membantu lagi penyuburan kezaliman Zionis.

Lantas, kelantangan kita mengutuk orang Arab menjadi berlebih-lebihan. Habis semua keturunan Arab dapat nama busuk. Bukan setakat itu, orang Malayu yang menggunakan istilah Arab dalam beberapa perkataan juga jadi pertikaian. Tanpa sedar, Nabi Muhammad juga orang Arab. Tanpa sedar, Nabi juga dihina.

Memanglah orang Arab susah nak bersatu. Tak guna kita mencerca sedemikian rupa. Bangsa Arab memang bangsa yang susah nak bersatu. Sejarah telah membuktikan. Sirah Nabi juga banyak menceritakan kesah sedih ini. Setelah Nabi berjaya menyatukan Arab satu waktu dulu, bangsa ini berpecah semula selepas kewafatan Baginda. Justru, masihkah kita mahu menyalahkan mereka?

Sebelum mengata bangsa Arab, ada baiknya cermin diri dulu. Bersatu sangatkah kita? Tengok pada keluarga kecil kita. Dengan adik beradik kita mesra? Dengan sepupu-sepupu kita bersatu? Kalau dalam keluarga yang kecil macam tu pun kita tak boleh bersatu, salah sikit sanggup cekak pinggang dan maki hamun, layak ke kita nak tanya kenapa orang Arab tak bersatu?

Itu baru dalam peringkat keluarga yang tentu jumlahnya sedikit. Cuba tengok dalam masyarakat. Dalam sebuah kampung pun tak semua boleh bersatu. Berbeza parti dan pendapat sampai merasakan masing-masing berasal dari unsur berbeza. Hal kucing jiran mintak makan kat rumah kita pun boleh jadi isu besar. Maka, layakkah kita tanya kenapa orang Arab tak bersatu?

Menginjak sedikit ke ruang yang lebih besar. Isu agama yang timbul pun kita tak boleh bersatu. Pasal undang-undang yang jelas tertulis dalam quran pun manusia tak sepakat memahami dalam konteks yang betul, ada hati nak menyalak pada pak Arab.

Apa lagi yang boleh kita harapkan daripada mereka? Cuba kita perbaiki dulu kesatuan kita. Bermula dengan ahli keluarga, masyarakat, jemaah masjid, daerah, negeri dan negara kita rapatkan perpaduan. Itu sebenarnya yang sangat ditakuti oleh musuh Allah. Setakat kita berhimpun lepastu masing-masing yang ikut dan tak ikut mengutuk antara satu sama lain, musuh Allah cuma pandang sebelah mata je. Senyuman mereka melebar tengok kita berpecah dalam bersatu. Kononnya bersatu tapi berpecah.

Sudah, tak payah lagi kita menjerit pada orang Arab yang tak mahu bersatu. Menyalaklah pada bangsa sendiri supaya bersatu. Jika bangsa Arab ada peluang menjawab pertanyaan kita kenapa Arab tidak bersatu, sudah pasti mereka jawab bangsa engkau pun tak bersatu, jangan sekali-kali persoal kenapa bangsa Arab tak mahu bersatu. Fikirkan sendiri kenapa kita tak bersatu, begitu jugalah masalah dengan mereka.

10559917_10152363019089998_3730132772926162567_n

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. titan says

    7 August 2014 at 00:41

    dah tahu lama sebab pernah baca sirah dan ustaz sekolah rendah pun dulu cite benda sama.

    Bab nak bersatu ni..memang payah. Bukan aje orang arab..orang negara dan bangsa lain pun susah..

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      7 August 2014 at 06:41

      Yup.. masalah dia sama macam masalah kita. Kalau dipersoal, maknanya soalan tu kembali semula ke batang hidung kita. So, muhasabahla diri kan…

      Reply
  2. Halim Brothers says

    7 August 2014 at 01:51

    #Deep

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      7 August 2014 at 06:38

      untuk yang mahu simpan ia di dalam hati.. 🙂

      Reply
  3. Denaihati says

    7 August 2014 at 12:38

    benar cikgu, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak…heee

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      7 August 2014 at 22:37

      Itu kan masalah semua orang.. Satu jari tunjuk kat orang, 3 lagi tuju pada kita..

      Reply
  4. Ammar says

    7 August 2014 at 20:50

    Melayu sendiri pun tak bersatu. Susah sungguh nak satukan puak puak.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      7 August 2014 at 22:36

      Kena mula kat diri sendiri. Rapatkan saf dalam solat. Insyallah Allah akan merapatkan hati-hati kita.

      Reply
  5. Raihanah Ahmad says

    8 August 2014 at 10:41

    saya rasa inilah akibatnya dgn dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan bertahun2 dulu.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      12 August 2014 at 11:10

      Ada yang ambil manafaat dengan dasar penjajah tu. Bila dah parah, susah nak baiki.

      Reply
  6. Amar says

    9 August 2014 at 01:36

    Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua;
    Jebik-jebik melayu islam, berlapang dada bercantumlah jiwa.

    Reply
  7. Ahmad Ijat says

    10 August 2014 at 15:23

    Susah nak cakap bab perangai orang Arab ni. Tak berubah-rubah sejak zaman nabi lagi.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      12 August 2014 at 11:11

      Kalau mereka tak mahu berubah juga, kita ambik inisiatif untuk ubah diri kita supaya mereka juga berubah.

      Reply

Leave a Reply to KHAIRUL AMRAN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in