Bismillah Pembuka Bicara, Kenapa Blog Kurang Pengunjung?
- Tiada tarikan
Masalah utama blogger ialah menarik pengunjung ke blog mereka. Kadang-kadang ada blogger yang buat blog sama macam orang lain. Tak ada bezanya. Ada setengah tu cuma copy dan paste artikel dari akhbar online untuk dibuat entry. Lepas ni kena la buat artikel sendiri yang betul-betul asli. Ada kaedah nak copy dan paste ni. Cuma kena ubah jadi ayat sendiri jer. - Tak canggih
Macam mana yang dikatakan blog tak canggih. Saya pun tak pasti. Tapi kalau pengunjung tengok dan dirasakan blog tu tak canggih dia takkan jenguk lagi la blog tu. Cangih ni satu yang abstrak. Lain orang lain penilaiannya.
- Design Malas
Ni lagi satu sebab kenapa blog anda tak dikunjungi. Blogger malas nak design. Main hentam keromo jer. Letak gambar pun yang bukan-bukan. Letak plugin yang macam-macam. Kalau malas design upah je profesional redesign blog kita. Sekarang ni tak sampai RM500 pun nak design sebuah blog yang canggih.
- Tiada maklumat yang berguna
Apa yang diharapkan oleh pengunjung ialah maklumat. Bila sampai kat blog anda, tiada maklumat yang dicari, pasti mereka angkat kaki. Jadinya belajarlah menulis sesuatu yang berguna. - Kurang menghiburkan
Tak kurang juga pengunjung yang berjalan-jalan ke blog anda untuk berhibur. Contohnya nak cari lagu, nak tengok video, nak tengok kartun dsb. Tiba-tiba bila sampai dalam blog anda tak ada yang mereka berkenan. So sekianlah saja kunjungan dia. - Poyo
Hahaha.. yang poyo tu blogger la. Blognye pun boleh nampak poyo. Cam mana tu? Ye la, kalau dalam setiap entri asik membangga diri maknanya anda poyo. Blog anda juga dikategorikan sebagai poyo. - Penulis tak berpengaruh
Pengaruh penulis juga penting dalam menentukan pengunjung. Siapa kita? Kalau kita seorang mantan PM dah tentu blognya menerima kunjungan beratus-ratus ribu sehari. Walau isi blog anda dan dia sama tapi sapa lagi berkeliber? - Lambat loading
Loading yang lambat juga amat menjengkelkan. Kebiasaan loading yang boleh diterima akal ialah di bawah 10s. Aku berusaha ke arah itu. Kena banyak membaca dan buat research macam mana nak bagi blog laju. Kadang-kadang ISP juga membuatkan loading blog kita sangat la lembap. - Penulisan skema
Bukan la maknanya tulisan yang skema tu tak ramai yang suka. Tapi orang lebih suka bacaan yang santai. Ikut pada konten blog la. Takkan blog catatan harian pun nak buat skema macam berita suratkaba. - Terlalu merapu
Tulisan yang merapu juga boleh jadi faktor orang malas nak lawat. Lagi-lagi kalau bahasa yang digunakan amatlah tak standard. Dahla merapu, tak faham pulak tu. Tulisan KEjaP KeCiX kEJaP BeSaR. - Tiada kespesialan
Apa yang specialnya blog korang? Semata-mata merapu atau ada info. Blog yang tak special pun orang malas nak layan. Kadang-kadang orang bukan nak tengok tulisan jer. Ada kalanya kosmetik juga penting. Buatlah blog yang sedap mata mamandang. - Tak ada fokus
Blog yang tak ada fokus contohnya macam blog cikgu hairul ni la. Kejap cita soksek, kejap cita bisnes, kejap cita lama. Bukannya apa… Nama pun blog peribadi kan. Korang jangan pulak tak nak baca. Aku sebolehnya akan fokus pada cerita untuk meluahkan rasa. Ada juga fokusnya tau. - Blog tak update
Ni la masalah utama blogger. Ada pasang surut. Kadang-kadang dah 5 bulan tak update. Pengunjung tengok last update bila. Kalau dah lama semacam maknanya banyaklah sawang. Habuk pun banyak. Silap-silap ada jin duduk. Tak selamat untuk dikunjungi. Sebab tu la tak de orang nak datang lagi. - Tak mesra pengguna
Macam mana blog yang tak mesra pengguna? Contohnya adalah tulisan yang terlalu kecik dan susah nak baca. Background ada rama-rama terbang, warna yang gelap dan macam-macam lagi la. Sekarang ni yang sangat ketara ialah terlalu banyak iklan terbang-terbang. Nak baca blog pun susah. Sekejap sekejap kena kacau dengan iklan. Last-last orang tak datang. - Warna tak sesuai
Warna juga memainkan peranan untuk pengunjung datang. Tengoklah blog otai-otai. Dia tak gunakan warna merapu. Biasanya warna putih je. Background terang dengan warna tulisan yang jelas dan tak menjolok mata. - Kurang pengiklanan.
Bila kurang pengiklanan maknanya kurang la orang tau. Nak iklankan keluar la modal sikit. Sebulan RM20 pun kira ok apa. Untuk kebaikkan juga. Tapi beriklan di blog yang ramai pengunjung la. Jangan beriklan kat tempat yang tak ada pengunjung. - Orang tak tau pun kewujudan blog kita..
Dan terakhir adalah memang orang tak tahu pun kewujudan blog kita. Antara faktornya adalah kita tak puat promosi tadi la. Kalau nak promosi percuma buatlah kaedah SEO. Belajar sikit dan dapat banyak. Selalu lawat blog orang dan tinggalkan komen bernas. Insyallah ada la yang buat kunjungan balas.
Amar says
Tajuk ke 17 tu mungkin tepat dengan aku. Hahahah…
Budakboy says
Wah baru nak tulis topik nie hehe…anyway apa yang cikgu perkatakan tue memang betul. Kalau boleh, sebelum mula buat blog tue survey betul2 tentang SEO, theme apa yg mesra, theme mana yang sesuai dan plugin apa yg ok. Jangan lupa tuliskan matlamat tentang halatuju blog kita samada untuk santai2 atau long term business. Kalau santai2 lantoklaa hehe..tapi kalau nak berniaga..kena buat kajian keyword dulu dan beberapa perkara lagi.
Bukan apa, berdasarkan pengalaman saya atas beberapa blog, bila dah buat banyak post, tup2 buat research, blog kita tak mesra SEO dan keyword tak sesuai dan sebagainya…nak ubah/edit dah tak boleh, dah banyak entry/post. So..nyesal jerlah yg boleh pun hehe…
Lagi satu, kalau boleh keep it simple and short…kalau panjang berjela pun tak best jugak (pandangan peribadi jer). Kadang2 bila kita termasuk kat blog tulisan panjang2 nie, belum sempat baca kita terus tutup…
ini semua pandangan jer…
Em anyway good to know you cikgu =)
Cikgu Hairul says
Takpe nak tulis, tulis je. Boleh kita dapat banyak pandangan. Kalau isi sama tapi ayat lain pun menarik gak. Bab SEO ni saya dah mula pening. Rangking alexa pun kejap naik kejap turun. Puas memasang dan mengkaji keyword. Sedang mencari-cari tutorial untuk menaikkan rang alexa pulak. Yang real punya.. bukan teori. Hheheh
Zil-el-Saif @ The Encik Saif says
Point no. 1 hingga no. 17 tu kena dengan blog saya…
Cikgu Hairul says
Takper.. berusaha dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan.
wan math says
blog saya guna hosting server freak.so dlm cpanel dia bagi seo tools.jadi seminggu skali kena ping.pastu cek di google.lepas ping,blog saya duduk di 1st page google wlapun bkn ranking no.1
Cikgu Hairul says
Pilihan terbaik. Bab ping tu saya masih belum praktik lagi. Nak cuba juga la.
Aya says
Aya tak suka tulisan yang terlalu skema.. heee…
website hosting review says
That is a good tip particularly to those fresh
to the blogosphere. Short but very precise information… Many thanks for sharing this one.
A must read post!
My weblog: website hosting review
rosyima kasim says
betul gak kan…apa yg cikgu cakap tu..terpikir juga nape orang jarang nak singgah blog akk ni..merapu lebih kot…
ikhwan says
kalau tak ada info memang orang pun tak nak baca.