Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Lengkap Sudah Cuti Sekolah Jun 2011

Lengkap Sudah Cuti Sekolah Jun 2011

12 June 2011 by Cikgu Hairul

Lengkap sudah dua minggu percutian sekolah Jun 2011. Cherita Journey kali  ini berakhir di Tanah Tinggi Cameron. Walaupun dah banyak kali bercuti di sini tapi entah kenapa rasa jemu tu belum ada. Mungkin juga suasananya yang nyaman dan tenang menyebabkan aku terpanggil ke sini tiap kali musim cuti. Lepas balik dari percutian di Pulau Pinang minggu lepas, aku singgah di Cameron. Hajat di hati taknak menginap tapi apakan daya, permintaan isteri mesti ditunaikan. Lagipun dia dah beri kejutan sempena birthday aku. Apa salahnya aku tunaikan pulak permintaannya.

Macam biasa, lawatan tak lengkap kalau tak shopping di pasar malam Brinchang. Teh perisa strawberi menjadi favourate aku. Dapat sekotak dua untuk dibawa pulang pun jadi la.

Keesokan harinya tempat pertama yang dituju adalah ladang strawberi dan ladang sayur. Beli sayur segar kat sini memang berbaloi. Sebungkus seringgit. Tak dapat semurah tu kat KL.

Sayur Segar Terbaik Dari ladang

Percutian di Cameron Highlands tak lengkap kalau tak menikmati buah strawberi fresh. Buah yang baru dipetik sedap sangat kalau dimakan bersama aiskrim.

Jom Makan

 

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. ohcikgu says

    13 August 2011 at 16:57

    wahhh..puas makan tu…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in