Baru semalam aku menjejak kaki ke Bazar Ramadhan. Sebelum ni juadah berbuka puasa isteriku masak di rumah. Tapi entah kenapa semalam aku teringin nak tengok bazar AU1 Keramat Permai. Bazar yang bergabung dengan pasar malam hari Isnin tu nampak terlalu sesak dengan kenderaan keluar dan masuk. Agak menyesakkan.
Aku mula mencari-cari makanan. Biasalah, bila berpuasa ni nafsu makan mengalahkan naga kelaparan. Rasa macam semua nak beli. Kalau air tu, rasa macam nak buat mandi je.
Aku beli bubur lambuk dan isteriku beli rojak. Air soya yang RM2 tu aku beli juga. Cukuplah juadah tu untuk aku berbuka puasa. Pada perkiraan aku, itulah perbelanjaan yang jimat untuk berbuka puasa RM7 untuk 2 orang.
Sampai kat rumah hampir masuk waktu berbuka. Persiapan dibuat, makanan dibeli kami hidangkan. Azan je kat tv lepas baca doa aku mula menjamah. Ya Allah… apakah makanan yang aku makan ini? Terasa hangit, tawar dan tak rasa bubur lambuk. Kecewanya aku.
Isteriku menghulurkan sekeping rojak. Rasa rojak tak macam rojak. Dengan kuah yang ntah macam apa membantutkan seleraku nak makan. Penghabisnya air soya dan kurma je yang menjadi juadah berbuka kami.
Para peniaga di luar sana, janganlah masak macam nak bagi itik makan. Cuba ikhlaskan hati masa masak. Mentang-mentanglah korang tak makan masakan yang korang masak.. buat sambil lewa je. Kan dah hilang pelanggan. Itulah kali pertama dan terakhir aku beli kat gerai kamu.
Ada juga aku terbaca dari blog dan tweeter kawan-kawan yang merungut dengan makanan kat bazar Ramadhan ni. Ada tu lagi dahsyat, kuah laksa tisu. Yakk.. nak termuntah pun ada. Kalau ada pengalaman kengkawan bolehla sharekan kat sini ye.
Zara says
biasanya peniaga yg jual camni memang tak lama la…
bila orang dah tau mana yg sedap mana yg tak, pembeli akan buat belian yg terbaik aje…
Cikgu Hairul says
betul tu.. mungkin cuma minggu pertama je dia boleh berniaga. Minggu kedua orang dah tak datang. Minggu ketiga lari kena kejar along sebab tak bayar hutang. Rugiiiiii…
Mekar says
ee…geramnya kalu jadi macm ni kan?Esok cikgu xyah la jenguk lagi kat gerai tu. bagitahu kat jiran dan kawan2 juga. (tlng rasa gerammm)
Cikgu Hairul says
Hehehe.. soba… soba kak. Perbuatan buruk tu takyah bagitau pun Allah akan tunjuk juga akhirnya.