Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Masuk Universiti Untuk Dapat Kerja Best- Mitos

Masuk Universiti Untuk Dapat Kerja Best- Mitos

27 August 2013 by Cikgu Hairul

pintu gerbang utmMitos yang masih menghantui masyarakat zaman ini ialah masuk universiti untuk dapat kerja best. Seawal usia 5 tahun mak bapak masukkan anak ke sekolah hanya dengan satu tujuan, bila dah besar nanti dapat kerja best. Anak-anak memohon masuk universiti juga hanya dengan satu harapan, bila keluar nanti dapat kerja best.

Kita sudah lari jauh dari konsep menimba ilmu. Tanya la sorang-sorang student IPT yang kita jumpa, kenapa dia ambik kursus yang dia belajar sekarang? Sudah pasti jawapannya mahukan pekerjaan yang setara. Kalau atas alasan emak memaksa pun, sebabnya emak dia mengharapkan anaknya kerja best jugak.

Berapa ramai orang masuk universiti tidak bekerja dalam bidang yang diambil masa kat universiti. Malahan ramai juga yang lebih berjaya dari orang yang ada Degree dalam bidang tersebut. So apa guna masuk universiti? Kalau tak masuk universiti pun boleh dapat kerja best, kenapa pilih menghabiskan ribuan ringgit untuk masuk universiti?

Tanpa masuk universiti juga manusia boleh dapat kerja best. Cuma jalannya sangat berliku. Tapi kalau tak masuk universiti, tak dapat la jadi Pengarah Pelajaran atau Executif. Kemungkinan untuk jadi pengarah urusan, CEO, atau Director tu ada, tapi syarikat sendiri la. Ramai dah buat macam tu.

Buang la jauh-jauh pemikiran lama tu. Tukar la mentaliti kita. Masuk universiti untuk menimba ilmu. ILMU yang banyak dan tak dapat di tempat lain. Buat assigmen, presantation, tesis, kajian, jadi pengarah program, menguruskan jadual waktu sendiri, mengurus aktiviti berpersatuan dan politik kampus. Ilmu tu yang membezakan graduan universiti dan bukan graduan.

Dengan adanya ilmu tersebut, barulah dapat kerja best. Apa yang kita belajar dalam kuliah tak semestinya ada di tempat kerja. Lagi-lagi kalau belajar bidang lain, kerja bidang lain. Tetapi ilmu sebenar disebalik kuliah itu yang akan kita bawa dalam hidup.

Pesan pada adik-adik, kawan-kawan, anak-anak tentang hal ini. Masuk universiti kalau hanya untuk dapat kerja best baik tak payah. Tukar mentaliti, insyallah kerja best akan kita perolehi lepas habis belajar nanti.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Mohd Shubhi says

    27 August 2013 at 11:10

    Setuju sangat dengan posting di atas. Sistem pemikiran kita dah tersasar sebenarnya…hanya segelintir saja yang masuk Universiti atas dasar ilmu..itupun mungkin hanya yang dah tua…tak sempat masuk masa muda dulu.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      27 August 2013 at 19:23

      Yang buat PJJ atau part time memang lebih rasa macam ni. Belajar dan mengajar dengan orang yang ada mentiliti baik sangat mudah. Segala-galanya bermatlamat.

      Reply
  2. Hazmin Hamudin says

    27 August 2013 at 12:43

    Kalau 10-15 tahun dulu mungkin la masuk universiti ni boleh dapat kerja ‘best’, tapi sekarang ni jangan harap la. Pandai-pandai la nak bersaing nak dapat kerja ‘best’ tu.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      27 August 2013 at 19:25

      Lambakan graduan cemerlang di pasaran. Majikan pun boleh demand. Orang yang dah ada kerja dan pengalaman pun susah nak lompat kerja lain sekarang ni. Inikan pulak fresh graduate.

      Reply
  3. shahfir says

    27 August 2013 at 16:04

    Mentaliti masyarakat kita memang sukar untuk dihapuskan..sedangkan kejayaan seseorang dapat dilihat macam mana dia berusaha untuk mencapai sesuatu..bukan diukur dari sijil yang diterima…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      27 August 2013 at 19:58

      Realitinya? Masyarakat masih memandang pada sijil.

      Reply
  4. mth3 says

    27 August 2013 at 23:54

    betul tu cikgu, kalau perasan la,

    PMR –> SPM –> Sijil –> Diploma –> Ijazah —> Master –> PhD

    Sijil-sijil ni semakin lama semakin tiada nilai dalam mencari kerja, pelajar ijazah terus sambung master, lama kelamaan master pun akan menjadi longgokan. Tetapi kenapa Malaysia kita masih lagi ketinggalan??

    Cth: sektor pertanian negara Thailan dgn kita, cuba tengok buah mempelam diorg, gedabak punya besar, buah pelam kita… masih sama mcm kita kecil dulu…

    my 2 kupang

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 August 2013 at 14:57

      Banyak perkara disembunyikan untuk kepentingan pihak tertentu. Contohnya macam beras. Mustahil la tak boleh import teknologi dari thailand. Kalau bukan sebab nak melindungi syarikat tertentu, dah tentu kita ada beras yang berkualiti tinggi.

      Reply
  5. chii says

    28 August 2013 at 07:53

    chii setuju..sebbnya chii salah sorang yg mcm tu..eheh..blaja lain…bila kerja.lari ke bidang lain..sampai ada makcik2 bsing……
    yg penting skrg ni.ilmu yg kita dpt…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 August 2013 at 15:06

      Biarkan je mereka nak bising. Bukan rosak pun organ dalaman kita.

      Reply
  6. hafiz says

    28 August 2013 at 17:39

    setuju sangat kenyataan diatas..

    Reply
  7. Rina says

    3 September 2013 at 10:55

    Setuju, masuk Universiti ternama dan bisa lulus sebagai mahasiswa tidak menjamin kita akan mudah mendapatkan pekerjaan yang bagus. Tapi semua memang bergantung pula pada rejeki Allah karena itu jangan lupa segala usaha harus diimbangi juga dengan doa 🙂

    Reply

Leave a Reply to Cikgu Hairul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in