Kita ni kan, suka sangat menilai orang. Tengok orang tak solat, kita kata dia jahat dan terus hukum masuk neraka. Tengok orang mengemis, cepat-cepat kita sangka dia menipu. Dengar orang nak berpoligami, kita kata dia gatal.
Sebenarnya dalam banyak perkara, itulah sikap sebenar kita. Sikap yang telah sebati menjadi sebahagian daripada diri kita. Tak kesah la, samada kita setuju atau tidak, itulah hakikatnya.
Membuat penilaian akan mengakibatkan kita cenderung menghukum. Seorang cikgu kadang-kadang bila anak muridnya tak bawak buku, terus je anggap murid tu malas belajar. Lalu dengan ringan tangan kita menghukum tanpa kasihan belas. Begitu juga dengan murid yang ponteng sekolah. Pabila cikgu menilai perbuatan itu sebagai buruk, timbul rasa benci kepada si murid. Akhirnya hukuman terus dijatuhkan.
Kenapa kita asik menilai dan tak cuba memahami? Kefahaman kepada sesuatu perkara menyebabkan kita jadi lebih rapat. Bila dah rapat, mudah nak selesaikan masalah.
Ada pepatah sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betinanya. Itu salah satu sifat yang ditanam dalam setiap jiwa orang Melayu. Sangat tinggi Ilmu kasyafnya. Nampak kelibat orang, ditelah sampai ke dalam. Melihat sekali perbuatan seseorang tu, kita cuma tahu sebahagian kecil je perangainya. Dengan maklumat yang kecil itu kita buat penilaian? Tak adil kan?
Tak dapat dinafikan, semua contoh kat atas tu adalah satu masalah. Tetapi, paling penting ialah bagaimana kita melihat sesuatu masalah itu. Ingat, kalau kita cuba menilai kita cenderung menghukum dan kalau kita cuba memahamil kita cenderung menyelesai. Cuba duduk di tempat mereka, selami jiwa mereka. Pilihla mana satu jalan yang kita suka.
bab denda budak tak bawak buku..biasanya akan denda kalau dah SELALU sangat tak bawa buku. Kalau sekali dua..takdenya cikgu nak denda sesuka hati. Ramai cikgu macam ni biasanya. Cuma kalau dah SELALU sangat..mana-mana cikgu pun sakit hati. Kena plak ramai yang tak bawa dalam masa yang sama..kalau tak denda..nanti budak ambil kesempatan.
Bukan senang nak denda budak sekolah sekarang. Kang denda kang, kita pulak yang masuk jel.
kekadang aku chek buku anak aku tapi ada yang lupa nak masukkan balik dalam beg… sudahnya tertinggal… yang kena denda anak aku… cian dia…
Hidup ni kurang lebihnya macam Matrix juga. Samada nak telan pil biru dan menyedari hakikat kehidupan, atau telan pil merah dan kekal dalam wonderland.
Bila suatu masa kita melihat dunia dari suatu sudut yang berbeza, kita akan dihukum jahat, gila dan sesat. Saya teringat suatu kisah seorang tua sedang duduk di atas kerusi malasnya dan beritahu anaknya… kurang lebih begini… “Dunia ni tak dapat ikat aku, aku berlepas diri dari dunia… Hang kena faham tu. Cari. Cari walaupun hang akan disisih.”
Aah..ada segelintir manusia ni suka wat andaian dan penilaian sendiri kan…mcm murid tak bawa buku…mungkin tertinggal…mungkin terjatuh mana2..mungkin hilang…sebaiknya selidik dulu…kan kan kan…
kerja nak mudah.. selidik satu tindakan yang sangat mengambil masa.