Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Menular

Menular

15 June 2012 by Cikgu Hairul

Orang kita suka pada yang mudah-mudah, yang ringkas-ringkas. Kalau boleh hari ni tanam pokok esok terus boleh tuai hasil. Mungkin sebab itu ramai yang terjebak dengan skim cepat kaya. Tapi mana mungkin ada jalan pintas dalam kejayaan.

Dalam penulisan, meringkaskan sesuatu perkataan dengan singkatan standard memang biasa. Lebih-lebih lagi dalam komunikasi canggih sms dan email. Apa yang jadi masalah ialah bila penggunaan singkatan yang tidak standard.

Saya melihat fenomena ringkas ini dalam facebook, blog, twitter dan papan tanda. Bertambah parah bila ada rakan guru yang merungut ramai dalam kalangan muridnya menggunakan singkatan tidak standard dalam karangan Bahasa Melayu!

Saya senyum sendiri. Masa bercuti di Pulau Kapas haritu ternampak satu papan tanda. Tanpa melengahkan masa, terus snap gambar untuk diabadikan. Ternyata ia dah menular ke semua lapisan masyarakat.

Ia memang ringkas dan padat. Mungkin pada pendapat pengusaha, asal boleh faham sudah. Langsung tidak memikirkan kesannya kepada bahasa Malaysia yang tercinta ini.

[info]

Bahasa Jiwa Bangsa. Sayangi bahasa kita.

[/info]

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. anif says

    15 June 2012 at 09:02

    Tiada kesedaran punca rosak bahasa..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 June 2012 at 18:42

      marilah sama-sama kita buat kempen kesedaran. takut-takut nanti dah parah, susah nak diperbetulkan.

      Reply
  2. LilyNrman says

    15 June 2012 at 12:50

    Saya berpendapat jika penggunaan ringkasan bahasa dalam laman media sosial, text-messaging, saya rasa ia tak mengapa. Saya aplikasi nya kerana MASA. Yang ni, saya rasa tak ada masalah. Yang menjadi masalah bila ringkasan yang macam ini digunakan untuk tujuan macam di atas, iklan, papan tanda, dan lain-lain lagi (tujuan komersial dan tak rasmi/rasmi). Tak molek, betul tak cikgu?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 June 2012 at 18:39

      saya pun guna singkatan dalam sms. mudah dan menjimatkan. tapi kalau dah sampai sign board di tempat comercial, kan haru jadinya.

      Reply
  3. onlajer says

    15 June 2012 at 17:36

    haha bari first time aku tengok

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 June 2012 at 18:38

      tak mustahil pasni ada banyak lagi kejadian seumpamanya.

      Reply
  4. tehr says

    18 June 2012 at 03:33

    tem4?
    mana la mereka ne dapat idea

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 June 2012 at 10:27

      kat facebook memang ramai remaja guna term cam tu. kadang-kadang sampai kita sendiri tak faham.

      Reply
  5. Hafizul says

    19 June 2012 at 00:51

    hahaha…ada jugak ekk mcm ni..tak sangka pulak papan tanda pun boleh diringklaskan…

    Reply
  6. aimannajmy says

    21 June 2012 at 14:43

    temempat mandi huhu, macam nak termempat sesuatu ja

    Reply

Leave a Reply to LilyNrman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in