Tensionlah jugak bila sana-sini muncul lebihan lemak. Badan pun mula rasa cepat penat. Mungkin usia semakin meningkat. Perkembangan badan juga semakin menjadi-jadi.
Ada yang kata gemuk ini adalah ukuran kebahagiaan. Tengok je la siapa yang dah kahwin, mesti badan naik. Naik badan tu dah komfirm kan.. Hehehe. Tapi bila ukurlilit pinggang, peha, leher juga membesar siapa yang suka? Kesian kat baju.. Tak pasal-pasal kena buang.
Cuba kita kira BMI sendiri. Nak senang pegi je pasaraya. Ada penimbang yang siap boleh kira tinggi, berat, BMI dan tekanan darah kita. Seringgit je la harganya. Itu kat Jusco AU2. Tempat lain tak pasti berapa.
Lepas timbang haritu mula ada rasa takut dalam hati ni. Takut tumbesaran melampau. Misi menguruskan badan pun diatur. Sekarang makan nasi sekali je sehari. No diner-diner. Air manis minum sekali sehari. Dan banyakkan minum air kosong. Alhamdulillah dah 3 hari berjalan. Harap-harap boleh istikomah.
Tengoklah nanti apa keputusannya lepas sebulan. Kalau masih mencanak naik, kena beli basikal pulak.
anif says
31? Muda lagi tu.. Apa pun memang kena mula sekarang! 😀
Cikgu Hairul says
Beringat sebelum terlambat.. Hehehe
wandisini says
bulan ni pun dah elok nak puasa bro. banyak kan puasa sunat je. pahala dapat, ganjaran dunia (kurus) pun dapat 🙂
Cikgu Hairul says
Betul gak kan.. Daripada menahan lapar saja2 baik menahan lapar serampang dua mata.
alieza dayasari says
leeza tak lebh lemak. tp kurang lemak. mcm mana sih.
derma lemak ada?
Cikgu Hairul says
Aik ada juga yang kurang lemak.. Nak ke? Nanti saya poskan.. Hehehe
Jebeng Otaiâ„¢ says
boleh ker derma lemak??..hehe
chii says
lemak?? arghh..tekanan dibuatnya..lemak2 di tempat strategik da muncul..
nak join misi cikgu gak la..ehehe
Cikgu Hairul says
jom-jom sama-sama kita menguruskan badan.
Ummi Hanie says
slamat berjaya utk misi kurus ye cikgu…
sy pun nak bermisi-misi juga tp byk pula halangan… :p
muazfaris says
semoga berjaya bro dgn misi Kurus.. huhu
Hafizul says
Semoga cikgu berjaya menguruskan badan..hehe..byk kan bersenam ye cikgu..
tehr says
Memang kena jaga tu, bro
Makan terutamanya
Senaman juga perlu untuk keluarkan peluh dan bakar lemak
Semog misi berjaya nanti
titan says
kena banyak senaman maa..baru senang nak turun..
Izzuddin Fauzi says
Check kat laman web mana BMI nie 🙂 Nak check diri sendiri pnye 🙂
LangkawiHomestay says
mmg kene start awal..nnt dah ‘parah’ payah lak..huhu
cerita best says
bukan senang nak kurus nie…huhuhuhu