Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Mohon Pandangan : Perlukah Komen Berbalas?

Mohon Pandangan : Perlukah Komen Berbalas?

17 February 2012 by Cikgu Hairul

Assalammualaikum dan Selamat Hari Jumaat Sahabat semua. Mohon pandangan tulus ikhlas dari sahabat blogger..

Dalam blogwalking kita sering meninggalkan jejak dengan memberi komen. Tak kesahlah samada komen berbentuk kritikan, nasihat mahupun cuma sepotong ayat yang tak ada kena mengena pun dengan entry. Blog ini juga menerima komen-komen dari sahabat pemberi semangat. Terima kasih sahabat.

Ramai merasakan membalas komen sahabat-sahabat di dalam blog sendiri itu perlu. Tapi ada juga berpandangan sebaliknya. Pada aku kalau komen aku di blog sahabat-sahabat semua tak berbalas, aku tak kesah. Tak ambik ati pun. Aku takut sekiranya komen-komen sahabat di sini tak dibalas atau lambat dibalas akan menyebabkan mereka berkecil hati dan berburuk sangka. Aku takut dikatakan sombong. Cukuplah orang mengata bodoh sombong semalam.

Jadi minta pandangan sahabat semua untuk memberikan pandangan dalam hal ini. Bila dah ada pandangan-pandangan dari sahabat barulah hati ini rasa selesa dan ceria berblogging.

Pleaseee…. (sambil buat muka shrek)

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. kimmie says

    17 February 2012 at 10:15

    pada saya, kalau komen yang ditinggalkan berbentuk soalan untuk topik tersebut, mungkin perlu dibalas, mungkin pembaca memerlukan lebih maklumat lagi berkaitan topik tersebut. Sama ada cepat atau lambat balasan sesuatu komen itu bergantung kpd masa tuan punya blog.

    Kalau komen berbentuk ayat penyata, balas atau tak pun takpe, saya pun tak kisah. Tidak balas komen bukan maksud tuan blog tak baca komen pembaca.

    Jangan susah hati ye cikgu. Ini pendapat saya, yang pasti saya tak marah kalau komen saya tak direply, sebab saya tahu ianya dibaca :D.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 February 2012 at 11:18

      Heheh.. susah ati sikit-sikit je kimmie. Pas ni dah boleh buat keputusan samada nak balas ke tidak. Sebelum ni ragu-ragu.

      Reply
      • suri says

        17 February 2012 at 11:53

        mengapa mesti ragu2 huhu sb tu mmg salah satu tugas admin heee.buat ikut kemampuan jer hee jgn paksa2.. ๐Ÿ˜‰

        Reply
    • chii says

      20 February 2012 at 15:51

      chii setuju..

      Reply
  2. anif says

    17 February 2012 at 10:20

    Kalau di blog Saya, Insyallah semua komen akan dibalas. Itu antara polisi yang telah lama Saya praktikan untuk menghargai mereka yang meninggalkan komen.

    Selain daripada itu, Insyallah Saya juga sedaya upayanya akan membalas semula kunjungan mereka, sekali lagi atas nama menghargai mereka yang telah sudi ke blog saya..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 February 2012 at 11:17

      Terima kasih atas pandangan. Saya juga perlu tetapkan polisi. Barulah berblog dengan teratur.

      Reply
    • W.HabibuRahman says

      18 February 2012 at 00:01

      Yep.Ini adalah salah satu cara untuk menghargai pelawat blog…

      Reply
  3. ROJAK says

    17 February 2012 at 10:55

    sebaik-baiknya balas komen pengunjung blog kita supaya pemberi komen rasa dihargai. lainlah kalau komen di blog kita setiap entri melebihi 88 komen memang tak terbalas jawabnya so pemberi komen pun tak boleh nak kecik hati lak.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 February 2012 at 11:15

      Yup.. balas sebagai tanda penghargaan. Saya pun terfikir. Bukannya banyak sangat pun nak kena tulis. Tapi kengkadang tu, tiada kata yang mampu tertulis di setiap komen kawan-kawan.

      Reply
  4. suri says

    17 February 2012 at 11:49

    suri kena balas..
    bettr bagus balas komen2 d blog sendri sb kemungkinan mereka akan cuba menjejak kembali apa yg mereka komen di blog kita.. terkadang tu ada komen yg berbentuk pertanyaan maka kena kita semak entri kita dua 3 hari yg lepas. kena alert skit.klu sebaliknya kita tak balas komen yang berbaki d blog kita kemungkinan akan ada yg terasa hati gak.

    tapi tak semua peninggal komen bgtu.klu blogger sesama bloger depa pun paham pasal per kita tak tak bls komen mungkin sb perhatian pada kluga, kerjaya, part time blog dn sbgnya.. tapi sebaiknya di balas. klu tak ce carik masa yg sesuai..free utk balas sedikit demi sedikit..

    Reply
  5. Hans says

    17 February 2012 at 14:34

    saya rasa bergantung pada situasi
    kalau ada masa mungkin boleh cuba balas..
    tapi kebanyakkan blogger juga ada kerja dan hal masing – masing
    jadi bergantung pada diri masing – masing ๐Ÿ™‚

    P/S : Assalammualaikum..Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 :-

    1) Klik Semua Share Button(Facebook, Twitter, Google + dan LinkedIn)

    2) Komen di entri ini LEBIH Dari 7 Perkataan

    3) Promote dekat blog atau facebook kamu sekali yer ๐Ÿ™‚

    http://denaihati.com/ipad-2-gadget-impian-hans

    Reply
  6. Dulu Lain Sekarang Lain says

    17 February 2012 at 15:06

    Bila yang mengomen di blog kita adalah blogger jugak, of course sebaiknya di balas. Walaupun blogging bukan satu kerjaya, namun since ia perlukan sedikit kemahiran, maka nampak sikit mcm satu profsyen. Normally, org2 dalam satu profesyen akan cuma saling bantu membantu (of course saling jatuh menjatuh pun ada ๐Ÿ˜€ ), maka kunjungan balas dalam blogging tu dikira sebagai bantuan jugak.
    Still, kita harus ikut kemampuan diri. Kalau ada lebih masa, YES lebihkan komen. Kalau tak, tak boleh paksa diri dan cuba ikut stail orang lain pula. Kena tahu priority diri. My 5 cents bro. ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • b3njy says

      17 February 2012 at 23:54

      Ya betul tu sebab dulu lain sekarang lain mana sama kan ๐Ÿ˜€

      Reply
  7. titan says

    17 February 2012 at 20:03

    gua takde hal punya. Itu hak penulis blog. Nak balas atau tidak, terpulang. Gua tak merajuk punya..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 February 2012 at 23:06

      Orang kacak mana boleh merajuk. Hilang kekacakkannya.

      Reply
  8. lazaac says

    17 February 2012 at 21:45

    depend la, bg aku… slalunya org yg komen akan rasa dihargai, seolah-olah komen mereka mendapat perhatian drpd empunya blog…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 February 2012 at 23:04

      Kalau tak berbalas bukan bermakna tak dapat perhatian ye.. Hehehe.

      Reply
  9. b3njy says

    17 February 2012 at 23:56

    Ni soalan subjektif ni … berapa markah soalan ni cikgu ? … hehehehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 February 2012 at 06:54

      Markah terpulanglah kepada cikgu nak bagi berapa. Kan sekarang dah tukar sistem penilaian berasaskan sekolah. Wakaka..

      Reply
  10. b3njy says

    18 February 2012 at 00:02

    Benjy percaya setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza … kalau Benjy tak kisah kalau tidak dibalas tetapi membalas kunjungan dan mengomen blog mereka adalah perlu. Itu satu cara mengeratkan persahabatan. Benjy percaya membalas komen tidak sehebat membalas kunjungan dan komen di blog mereka ia 2 situasi yang berbeza. Benjy melihat jika kita selalu komen di blog seseorang tetapi blogger itu tidak membalas kunjungandan komen , lama kelamaan blog tersebut akan terpinggir. Bagi blog yang mempunyai kekuatan SEO semua itu tidak penting sebab organik trafik adalah keutamaan mereka. Bagi blogger baru perhubungan sebegitu adalah perlu ๐Ÿ˜€ (92 pata perkataan) ini dapat berapa markah ni cikgu ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 February 2012 at 06:59

      Perhubungan tu yang kita nak create. Saya dah jumpa keywordnya.. “Perhububgan”. Nak bina hubungan, balas komen ni dah jadi keperluan. Perhubungan tu yang akan menyebabkan kita rasa macam nak lawat blog kengkawan. Contohnya kalau dah lama tak beri komen, kita pun tertanya2 mana sifulan tu ye.. Bila kita lawat blog dia (macam lawat rumah gak la ni) rupanya dia dah lama tak update blog. Pastu taulah kita bahawa dia sibuk atau berlaku sesuatu.

      Reply
  11. yas says

    18 February 2012 at 01:28

    Pada aku sebaiknya balas komen…pas tu balas ziarah lak…nampak lebih cun sikit…tp tgk pd keadaan la…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 February 2012 at 19:38

      Sekarang saya akan buat dua-dua.. Hehehe.

      Reply
  12. nizamghazi says

    18 February 2012 at 11:09

    Lambat balas tak bermakna sombong.
    Ini mungkin faktor penulis blog tu nak relax dulu ke sebelum balas.
    Sebab kadang kala membalas komen ni perlukan idea juga. Bukan main balas je. ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 February 2012 at 19:39

      Betul tu. Kalau balasan merapu tak guna juga kan.

      Reply
  13. Achik Ezz says

    18 February 2012 at 20:40

    Terpulang…memang bagus kalau cikgu respon semula. Sebab saya memang suka baca respon samada dari tuan punya blog atau pengunjung.nampak ada link di situ.apa2pun,buatlah yang termampu dan ikhlas.

    Reply
  14. Denaihati says

    18 February 2012 at 22:59

    memak cantik dapat balas kunjungan. kadang2 baca je, tapi xboleh nak komen sbb xde idea,

    Reply
  15. shraqs says

    20 February 2012 at 13:58

    Bergantung pada jenis komen jugak.. kalau boleh atau patut jawab kita jawab,.. kalau tak perlukan sebarang respons rasanya takpe

    Reply
  16. chii says

    20 February 2012 at 15:52

    mcm skrg ni..mmg lambat chii balas komen..tp insya Allah..chii akan pastikan chii balas..sebabnya..memudahkan chii untuk ziarah balik mana2 blog yg dtg..so xde la tertinggal nnt..ehehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 February 2012 at 21:22

      sama la,sekarang ni saya juga akan balas komen. kunjung balas juga.

      Reply
  17. rahman says

    21 February 2012 at 00:48

    tak kisah sangat kalau orang tak balas komen kita .. cuma takut org tersalah tafsir komen yang kita tinggalkan,

    Reply
  18. kodinz says

    22 February 2012 at 23:26

    aku rasa tak semua komen perlu dibalas kot. Kalau komen yang berbetuk soalan atau pun perlu clarification dari owner, sebaiknya balas. Secara tak langsung boleh wujudkan hubungan dengan pembaca ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      23 February 2012 at 09:14

      Itulah… Saya pun nak bina hubungan dengan pembaca. Azam di hati satu hari nanti kita boleh kumpul ramai-ramai. Kenal secara real pulak.

      Reply
  19. Meran says

    1 April 2013 at 12:41

    Saya mesti pilih

    Reply

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in