Masuk sahaja kawasan sekolah, etika berpakaian kena ikut. Cikgu tak boleh pakai pakaian menjolok mata. Cikgu lelaki yang pakai kemeja lengan panjang, tak boleh lipat macam gangster.
Bila seorang menteri masuk sekolah dengan sambil menyinsing lengan, pakcik makcik bawang seronok la jadikan bahan.
Aku rasa tak payah besarkan isu ni. Orang yang suka lipat lengan baju tu supaya dirinya tak nampak formal sangat. Itu kita panggil style. Kalau boleh aku pun nak buat sempoi macam tu jugak tapi menteri kene la ubah pekeliling sedia ada tu. Hehehe..
Hal pakaian macam ni pun nak kecoh. Manusia tak pernah lepas dari mencari-cari kesalahan orang. Sukahati la nak lipat lengan baju ke tidak. Buat apa peduli dengan cakap-cakap langau. Apa yang penting kejujuran dalam buat krja. Sangka baik la, tu semua undang- undang manusia cipta yang nak kena ambil berat sangat ni undang-undang dari ALLAH. Aku pelik, buat baik pun masih nak kena kecam jugak ke.
Eh, korang tau tak bekas President US Barrack Obama? Selalu dia akan lipat lengan baju dia kalau bukan majlis rasmi. Agak-agak kenapa? Itu signal kepada semua orang yang dia bersedia bekerja bersama anda. Antara ayat keramat dia,
Work with me. I’am not like an ordinary bos.
Typical Melayu sibuk dengan benda paling insignificant macam isu lipat lengan baju ni la. Kita mahukan kerja tip top, bukan sibuk dengan benda yang tak berapa penting dan tak membawa apa-apa kemajuan pun.
Rileks dan santai-santai sudah. Takkan semua majlis nak berkemeja bagai. Malaysia negara panas sepanjang tahun kot. Pukul 9 dah basah dengan peluh, ketiak bau hangit tengik.
Sampai bila kita nak seksa diri dengan bush jacket, lounge suit, berkot, bertali leher macam orang duduk negara 4 musim? Malaysia ni bukan beriklim sejuk. Mat salleh yang duduk negara iklim sejuk pun pilih pakai cotton sebab nak selesa. Rakyat malaysia je bajet nak pakai kot 24 jam. Lipat la untuk rasa lebih selesa sikit. Apa lah sangat nak di besarkan isu lipat lengan baju tu berbanding dengan isu LGBT.
Dah dah dah.. moh la buat kerja. Masuk kelas nanti korang nak lipat lengan ke, nak potong lengan ke pedulik la. Kalau murid-murid cemerlang UPSR tetap mak bapak juga yang bangga. Time UPSR fail, korang juga yang akan kena kecam. Jadi duduk sekolah diam-diam, layankan je isu-isu remeh macam ni.
Selamat maju jaya, selamat bekerja dengan penuh kegigihan.
Gum Arabic Al-Manna says
Setuju dengan tuan, style lipat lengan baju ni lebih kepada tak nak nampak formal sangat. Namun keselesaan adalah faktor utama (supaya tak panas sangat) dan memudahkan pergerakan bila buat kerja.
Ikhwan says
Jadi cikgu ada je orang nak komplen.