Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Part Time Diploma Baik Atau Tidak

Part Time Diploma Baik Atau Tidak

19 May 2011 by Cikgu Hairul

Delima pelajar lepasan SPM yang kantoi atau cukup-cukup makan, nak sambung belajar full time dah malas tapi tak sambung nanti nak jadi apa? Sekarang pulak dah dapat kerja. Iyalah kalaupun tak sehebat mana pekerjaannya sekarang bolehla menampung perbelanjaan harian. Takderla mengharapkan mak ayah lagi.

Cerita pasal orang yang gagal SPM ni aku pernah bincangkan dalam entri lepas. Rujuk entri ini “Nasib Tak Baik Sapa Yang Gagal SPM” Memang aku cukup marah. Tapi nak buat macam mana. Semuanya dah berakhir. Jangan risau la ye bagi yang gagal SPM, walaupun anda gagal tapi anda masih boleh berjaya.

Begitu juga dengan lepasan SPM yang penuh dengan delima. Macam-macam hal mereka ni. Maklumlah orang tengah mencari identiti diri. Masalah menjadi berat nak tentukan samada nak belajar atau nak bekerja.

Kadang-kadang pekerjaan itu boleh melalaikan. Duit dah banyak, nak sambung belajar pun malas. Nak tak nak kena sambung belajar juga. Tau tak kat India sekarang ni dah belambak-lambak orang berijazah tak dapat kerja. Sebabnya sektor pekerjaan tak mampu memberikan tempat untuk mereka. Itu kat India. Kat Malaysia juga akan jadi macam tu. Tengoklah sekarang, mereka yang berkelulusan Diploma bersepah-sepah. Orang berijazah pun ramai yang tak dapat kerja. Kalaulah yang ada SPM tak nak sambung tak tau la nak kata apa.

Persoalannya nak sambung belajar tu macam mana? Dah la SPM pun kantoi. Takat cukup-cukup makan je. U mana nak ambik kan?

Jangan takut, jangan risau wahai teman sekalian. Wobderpet sentiasa ada untuk datang membantu dikala kesusahan. Banyak cara, banyak jalan untuk menuju kejayaan. Aku tak kata dengan SPM tak boleh berjaya ye. Tapi ni nak menyelesaikan permasalahan orang yang ada SPM cukup makan yang nak sambung belajar. Jalan kejayaan dengan hanya SPM itu lain hal. Perbincangan utama kat sini adalah nak sambung belajar.

Sebenarnya sekarang tak susah nak sambung belajar. Pilih je universiti atau institusi yang menawarkan Diploma. Part time diploma pun melambak-lambak. Universiti yang paling famous menawarkan Diploma secara part time ni ialah UTM SPACE. Cuba sekali sekala tengok laman web mereka.

Selain dari UTM, UiTM dan Politeknik juga menawarkan program Part time Diploma. Cuma sekarang pilihan di tangan kita. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Belajar secara part time memang banyak kelebihannya. Memanglah kita agak susah pada awal-awal pengajian. Belum biasa lagi tu.. kalau dah biasa InsyAllah tak ada masalah. Kelebihan utama belajar part time ni ialah PENGALAMAN. Bayangkan kawan-kawan kita yang sambung belajar full time bila abis blaja je nak cari kerja.. apa yang bakal majikan tanya? Mesti pengalaman. Anda yang buat part time Diploma ni of kos la dah ada pengalaman. Kan satu kelebihan tu. Senang-senang je nak dapat kerja.

Wokeh aku taknak banyak mempengaruhi korang dalam pemilihan jalan hidup. Yang penting adalah kemahuan kita. Aku pun pernah belajar secara part time. Memang banyak kelebihan. Percayalah.. Insyallah korang akan jumpa kemanisan dalam menjalani pembelajaran secara part time.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Zil-el-Saif @ The Encik Saif says

    19 May 2011 at 08:21

    Saya dah kerja dan tengah cari peluang nak sambung belajar. nak sambung degree. kat kelantan ni tak banyak peluang degree part-time. saya cuma nampak OUM. Tapi dengan yuran yang agak mahal saya kena tangguh dulu nak sambung…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 May 2011 at 21:40

      Kalau OUM memang best. Tak payah datang kelas selalu. Tapi duitnye je la yang nak kena sedia.

      Reply
      • Zil-el-Saif @ The Encik Saif says

        22 May 2011 at 15:56

        ermm… dah nampak dah pilihan saya. termasuk course yang nak ambik. cuma perlu sedikit masa lagi…

        Reply
  2. anif says

    19 May 2011 at 09:15

    Rasanya bekerja dan membuat part time diploma dalam masa yang sama perlukan pengorbanan yang agak besar.

    Maklumlah disaat sepatutnya menikmati sepenuhnya hasil titik peluh, terpaksa pula memperuntukkan sebahagian untuk kos belajar.

    Syabas bagi mereka yang telah berjaya dan sedang melakukannya..

    Reply
    • suhail says

      27 August 2011 at 14:36

      korek je duit EPF..

      Reply
  3. titan says

    24 May 2011 at 02:02

    takde salahnya. ada keinginan, boleh je buat.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 May 2011 at 09:07

      “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” Power betul bidalan orang lama kan?

      Reply
  4. hayati ghapa says

    15 June 2011 at 15:22

    KENAPA EKSEKUTIF DIPLOMA UUM
    Program Diploma Eksekutif telah direkabentuk dengan kerjasama Pusat Pembangunan Eksekutif Universiti Utara Malaysia khusus bagi para pekerja yang berminat untuk mempertingkatkan pengetahuan dan tahap kemahiran dalam bidang pekerjaan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan peluang kerjaya dan kenaikan pangkat dengan melatih para perserta supaya layak untuk memegang jawatan yang lebih tinggi dalam sesebuah organisasi.

    KEISTIMEWAAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF

    ~ Sukatan Pelajaran berdasarkan keperluan industri
    ~ Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkelulusan
    ~ Kelas pada hujung minggu
    ~ Peluang peningkatan dalam kerjaya
    ~ Penilaian melalui tugasan dan kerja kelas
    ~ Satu modul dikendalikan di UUM, Kedah

    JANGKA MASA KURSUS
    ~ 15 bulan

    SYARAT KEMASUKAN
    ~ SPM dengan minima tiga tahun pengalaman bekerja*.
    ~ Kelayakaan akademik lain yang diiktiraf oleh UUM.
    *Tertakluk syarat-syarat ditetapkan

    KAEDAH PEMBAYARAN/METHODS OF PAYMENT
    ~ KWSP /EPF
    ~ Bulanan / Monthly Instalment
    ~ Tunai / Cash

    Program yang ditawarkan;
    Executive Diploma in Business Management & Leadership
    Executive Diploma in Human Resource Management
    Executive Diploma in Manufacturing Management
    Executive Diploma in Office Administration

    Yuran Kursus
    PendaftaranRM 250.00 (register)
    Yuran kursus RM 7,700.00

    Kuliah

    Sabtu 9.00 pagi – 7.00 petang
    Ahad 9.00 pagi – 7.00 petang

    Lokasi Kuliah
    KAJANG SENTRAL near UNIKL

    Pertanyaan dan Permohonan Hubungi:

    Hayati Ghapa
    Mobile: 012 – 2044552

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 June 2011 at 17:45

      Komen ke iklan nih… huh!

      Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 June 2011 at 17:45

      Komen ke iklan nih… huh!

      Reply
  5. azmir afandi says

    18 June 2011 at 12:20

    hamba nak try submit yg utm space tu..tp x tau la dpt ke x..kalo ade rezeki,insyaallah..korbankan masa,tenaga,duit utk 4 thn dgn blaja part time utk life yg lebih baik(hajatnya)…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 June 2011 at 14:17

      insyallah dapat

      Reply
  6. Nurslan.L says

    14 July 2011 at 13:29

    Bagi saya program Diploma Eksekutif yg d tawarkan oleh UUM lebih sesuai bagi golongan yang b’kerja & yuran pengajian pun amat berpatutan… x perlu bagi tekanan pada diri utk menghadapi paper test, walhal kita sendiri pun dah pening memikirkan hal2 d tempat kerja/pejabat…yang paling penting kebajikan para pelajar amat d titik beratkan, penginapan & jamuan d sediakan bagi pelajar yang tinggal di luar bandar, so x perlu rush hour untuk ulang-alik dari tmpt tgl/kerja semata-mata tkt x dapat attend kelas…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      14 July 2011 at 18:42

      oh ye ke?

      Reply
      • Nurslan.L says

        16 July 2011 at 18:34

        Yuppp”! Kelas hanya sbln sekali (Sabtu&Ahad) so lebih-kurang dengan tawaran yang di berikan oleh mana2 IPTS yang ada d malaysia…

        Reply
  7. reen azis says

    7 August 2011 at 14:06

    nk tnye ckt,if mek diploma at utm space 2,pe syarat2nye ye?if spm xbgus leh msuk ke?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      7 August 2011 at 18:09

      kalau spm tak bagus boleh je masuk jika ada pengalaman bekerja. boleh tgk syarat2 tu kat spaceutm.edu.my

      Reply
      • Reen Azis says

        8 August 2011 at 22:10

        owh…die nk 3 thun pglaman kje la plak..stahun pn lom pai lg..umo da lanjut lak..huu

        Reply
  8. shasha says

    20 August 2011 at 21:52

    salam..
    kalau sy..sy nk wat part time degree kt OUM..bagus x OUM..knape ad org pndg sebelah mate jer?..
    skunk sy perlu kn duwet dn pnglamn..sebb tu rce mlas nk full time degree di IPTA walaupon sy dpt…

    sila beri pandangn..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 August 2011 at 12:22

      OUM bagus dari segi masa belajar. Sebabnya tak perlu datang kuliah setiap minggu. Cuma datang bila perlu je. Orang pandang sebelah mata sebab banyak programnya tak diiktiraf oleh MQA. Saya rasa lebih full time sebab tempohnya tak lama berbanding part time.

      Reply
  9. suhail says

    27 August 2011 at 14:35

    paling manis adalah bila tiap-tiap minggu kelas..pas habis study sabtu ahad jad gile kejap..sebab bfkir apa nk wat..klau sebelum ni sabtu ahad penuh dgn kelas dr pagi sampai ke malam..paling best student pjj ni sng sgt2 nk lulus exam tak macam full time student..yg penting assingment hantar, kuiz buat & paling penting attendance kelas kena cantik dan final kena amik..kurang2 pn 3.75 lecturer bg..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 September 2011 at 09:08

      yezz betul tu, lec nak tengok kesungguhan kita dapatkan ilmu tu je. sebab kita dah dewasa, tak perlu la nak mengingat sangat.. cukuplah tau kat mana nak kita dapatkan sesuatu tu bila memerlukan. lecturer pun manusia juga..

      Reply
  10. [email protected] says

    16 November 2011 at 16:16

    ada terfikir..gak nk sambg blaja sambil keje,,tp klu result spm dh kantoi giler…giler..nk ke diorg ambil kita blaja…
    Erm rasa mcm xdak harapan jerr

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      16 November 2011 at 19:52

      boleh je. sekarang ni OUM ada ambik student dengan pengalaman kerja. tak payah sijil pun.

      Reply
  11. zam says

    20 February 2012 at 16:34

    executive diploma ni laku tak nak apply keje? duk plan nak ambil executive diploma in management..ada sesape yg dah ambil course ni dan tahap kelakuan di pasaran..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 February 2012 at 21:21

      laku jer. Ada juga kawan yang ambik exec dip ni. untuk cari kerja tak pasti la. tapi untuk peningkatan dalam kerjaya sedia ada itu pasti boleh.

      Reply
      • azwafi says

        19 November 2016 at 05:49

        Maaf mencelah..assalamualaikum w.b.t..maksud peningkatan camana tu cikgu?adakah exec dip ni sah @ laku @ diiktiraf untuk peningkatan gred..maksud saya,contohnya dapat kerja sekarang dengan SPM gred N17,then nak updrade jd N27..?mohon pencerahan cikgu..t.kasih.

        Reply
  12. Jobless Girl says

    29 February 2012 at 11:54

    Pada pendapat saya, part time belajar lebih baik sebab anda boleh apply benda benda yang anda baru belajar.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 February 2012 at 13:14

      betul tu.. Tapi masa agak lama la nak abis.

      Reply
  13. Syida says

    20 March 2012 at 10:37

    Oum tu tak di iktiraf MQA ke?

    Ala, kte bru je apply.. betul ke??

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 March 2012 at 10:44

      tak semua diiktiraf. Syida kena cek dulu kat MQA. Atau tanya terus dengan OUM.

      Reply
    • mat says

      29 March 2012 at 17:08

      Ambillah kursus yang betul2 sah diiktiraf supaya tidak terkilan dikemudian hari. kalau nak saya ada jalankan program BBA (hons) yang boleh disiapkan secara part-time setahun setengah je. Diiktiraf MQA dan JPA.

      Pelajar saya di KL ada yg datang drp Temerloh kerana kuliah cuma 2 hari sahaja dlm sebulan.

      Reply
      • Cikgu Hairul says

        30 March 2012 at 14:26

        Seeloknya Encik boleh kongsikan program BBA tu ye. Untuk lepasan spm yang pening nak ambik kursus apa utk masa depan mereka nih.

        Reply
      • Leez says

        9 December 2014 at 12:38

        Salam En Mat, masih ada lagi ke program untuk degree tu? Boleh saya tahu program ini dari Universiti mana? Terima kasih.

        Reply
      • shah says

        9 February 2015 at 04:36

        Vik Mat universiti mana tu yg tawarkan BBA tu? Boleh bagi info?

        Reply
  14. Mohammad Nazirul Bin Hisham says

    24 May 2012 at 12:27

    Assalamualaikum Cikgu. Saya bercadang untuk mengambil Eksekutif Diploma Bahasa Inggeris Di UTHM.Saya ingin bertanya adakah eksekutif diploma ini diktiraf MQA/JPA?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      24 May 2012 at 12:41

      Wslm,
      Biasanya program2 anjuran IPTA ni memang diiktiraf oleh MQA dan JPA. Untuk lebih jelas cuba buat semakan di web MQA.

      Reply
  15. Yunaza says

    27 July 2012 at 05:52

    Assalamualaikum cikgu khairul,
    Saya ada masalah sikit nak minta tolong. Saya memang nak sambung belajar, cuma saya tak tahu mcm mana nak apply jer..

    Sekarang ni saya cuma ada SPM jer, x lebih drpd itu, dan sudah bekerja di sektor awam baru 3 tahun dan baru sah jawatan. Oleh sebab dah ada komitmen, saya x boleh berhenti kerja sebab takut takda duit nak tanggung kos hidup. Jadi saya bercadang utk sambung belajar secara sambilan/luar kampus/apa2 cara yg boleh dibuat sambil saya bekerja.
    Saya nak minta tolong cikgu tunjukkan cara nak minta sambung belajar ni, kalau ada taw mana2 tempat yang boleh kita apply study…
    boleh send kat e-mail saya : [email protected]

    Harap dapat bantu, TQ

    Reply
  16. diana says

    4 October 2012 at 22:25

    salam,
    cikgu,nak tnya..sy ingt nak smbg bljr buat degree part time..ada cadangan tak tmpt bljr?selain OUM.dan nak tnya uni mana ada buat degree executive?dan klo boleh nak more explanation about degree executive ni,,,sama mcm degree pjj ke?

    Reply
    • Amran says

      28 February 2014 at 19:25

      Wslm, maaf lambat balas.
      Sekarang ni banyak universiti dah tawarkan part time degree. Saya cadangkan buatlah kat ipta. Exec deg ni kalau kita buat mod pjj, sama la dgn deg pjj.

      Reply
  17. Najihah says

    5 October 2012 at 21:52

    Salam,
    cikgu saya nk tya ckit…klau smbg pjj kt utm space….pengajaran dlm bm ke bi?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 October 2012 at 22:05

      Wslm,

      Setakat ni masih menggunakan BM.

      Reply
  18. Ardian says

    8 December 2012 at 02:44

    Faham dengan kriteria MQA yang begitu rumit untuk ED program. Tetapi, tak semestinya ED yang tak diiktiraf MQA tak bagus. Ia terpulang kepada objectif individu itu sendiri samada untuk berkerja degan kerajaan ataupun swasta. ED sebenarnya berorientasi vokasional dan industri tahap 4 dan yang sebenarnya diiktiraf oleh industri e.g. logistik , pengurusan operasi dan pengilangan. terdahulu ED adalah program yang sudah lama wujud di negara negara maju e.g. UK, Germany dan USA e.g CILT, CIPS. Di malaysia baru sekarang nak mula, tapi impaknya cukup positif. Secara jujur dan dari pengalaman banyak eksekutif dan pengurus di MNC ialah pemegang ED.

    Reply
    • Amran says

      28 February 2014 at 19:26

      Yup betul2. MQA ni biasanya sapa2 yang nak kerja dgn gov. Tapi kalau dengan swasta, mana2 keluaran pun mereka terima.

      Reply
  19. Asyrof Asri says

    2 April 2013 at 09:31

    Manusia sentiasa belajar dan terus belajar.

    Walaupun hakikatnya telah tamat SPM, Diploma atau Ijazah.

    Manusia tetap sentiasa belajar. 😉

    Reply
  20. hafizmd says

    2 April 2013 at 17:00

    Sekarang, sudah banyak institusi IPTA mahupun IPTS yg tawarkan kursus diploma separuh atau sepenuh masa.

    Tinggal pilih nak ada kemahuan jer. Takde alasan lain =)

    Reply
  21. Jusmad M says

    19 April 2013 at 20:38

    Sy dah ada Executive Diploma in Plantation Management & Technology kat Universiti Malaysia Pahang, kira2 sy nak sambung study ke peringkat degree cuma masa tak dapat dibahagikan study and work sb sibuk sgt dlm pekerjaan, apa lg sy skg ni baru jg naik ke jawatan Assistant Plantation Manager…Minta pandangan……

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 April 2013 at 00:14

      Kalau macam tu, oum pilihan terbaik. Pembelajaran secara online dan kurang perjumpaan. Cuba cari kursus yg bersesuaian di oum.

      Reply
      • hafizmd says

        17 September 2013 at 13:41

        OUM…..erm…

        masuk list…

        Reply
    • nasrah erma says

      2 December 2013 at 23:14

      Salam.
      Saya nak tanya tentang executive course dekat awak boleh..
      Awk ckp awk ade executive dip kan..
      Saya ade bercadang nak amik executive bachelor degree human resource..tp ade kawan2 ckp klu nk mik mcm tu..kita kne keje bahgian hr jugak..sbb course ni tok orgvyg da keje dlm hr jer yg ptt amik??
      Btol kee..cz sekarang saya bekerja as a customer service je…
      Bole bantu bg penerangan…

      Reply
  22. Rina says

    1 June 2013 at 12:30

    Ini salah satu program yang sangat bagus, saya turut mendukung program part time diploma

    Reply
    • Amran says

      28 February 2014 at 19:27

      Tahniah kak rina. Lepas ni bolehla sambung ke peringkat lebih tinggi.

      Reply
  23. Carl Wieser says

    24 June 2013 at 16:26

    Another person fundamentally help to make seriously posts I’d declare. Right here is the very first time that I actually seen your web site webpage and so far? I surprised with all the analysis you’ve made to generate this kind of offered remarkable. Impressive procedure!

    Reply
  24. cerita best says

    15 August 2013 at 20:49

    memang bagus..

    Reply
  25. yusrinamiise says

    1 November 2013 at 14:53

    Askum cikgu hairul sy nk tye,kwn sy ade anik satu program nie ,1 tahun diploma tp dy ckp x iktiraf, tp dngan diploma tu dy bik degree dekat 1 ipt private nie 2 thjn sje ,dan dy punye degree tu partnership dngan U of wales u.k, ade ke mcm ni. Tp dy dpt kje kt gov.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 November 2013 at 09:40

      Ok la tu kalau dapat kj ngan gov. Mungkin ada universiti2 yg memang dpt pengiktirafan yg kita tak tau… Kena double check, takut2 gov juga terlepas pandang. Pastu bila timbul isu, kita juga yang susah.

      Reply
  26. jasminara says

    8 November 2013 at 20:49

    Salam….esok saya nk daftar executive bachelor of business mngement di AsiaeUniversity….blh advice x?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      10 November 2013 at 18:59

      Ini program dengan Dr Irfan Khairu tu ye? Rasanya kalau MQA iktiraf takde masalah. Cuba check dulu dgn MQA.

      Reply
  27. nasrah erma says

    10 November 2013 at 14:52

    Mcm na nk taw..program executive bachelor ni iktiraf ke x…cz da cek xda pun subjek ni kat mqa..
    Mohon penjelasan.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      10 November 2013 at 18:52

      Salam Nasrah Erma. Kebiasaannya kalau dah check di MQA dan keputusannya tidak diiktiraf, maknanya program tu tak diiktiraf la. Saya nasihatkan berhubung terus dengan pihak penyedia program. Takut nanti dah berhabis duit, bila kita mohon kerja@kenaikkan ada masalah timbul. Sudah banyak kes macam ni terjadi.

      Reply
  28. jasminara says

    19 November 2013 at 12:52

    Program executive degree 15bln mmg xde MQA..tp td sya da confirm dgn center..dia kata utk entitle for MQA kne smbung lg stgh thn…so akn jd double degree..makanya laku utk apply JPA..
    Jasmin 010-7736968

    Reply
    • Amran says

      28 February 2014 at 19:28

      Thanks atas pencerahan.

      Reply
  29. Bulat says

    27 November 2013 at 17:06

    eksekutif diploma ke degree hanya 10 bulan sahaja!

    kelas sebulan sekali exam takde

    Jom kite ke http://partimestudi.blogspot.com/

    Reply
    • Amran says

      28 February 2014 at 19:32

      Tawaran yg menarik..

      Reply
  30. serryain says

    16 January 2014 at 14:13

    sy baru je terbaca ada tawaran diploma ekselutif utmspace,bila sy tel staff tmpat belajar di ar-raudah,staff bgtahu tempoh pembelajarannye hampir 2tahun (1tahun 8bln) dan yuran utk belajar mencecah rm14k,berbanding dengan diploma dr U lain yg lebih murah,mohon pencerahan cikgu atau sesiapa yg arif ttg hal diploma eksekutif nih.tq.

    Reply
    • Amran says

      16 January 2014 at 23:06

      Dari segi yuran memang agak mahal berbanding tempat lain.

      Reply
  31. Muhammad bin rusly says

    28 February 2014 at 11:47

    sy nak sambung diploma untuk tahap sijil dalam kerja ,so macam mana untuk saya tahu lebih lanjut lagi tentang pengurasan nak sambung diploma itu.

    Reply
    • Amran says

      28 February 2014 at 19:31

      Nak ambik kat mana ye? Di spaceutm, uitm atau poli? Semua tu prosedur berbeza. Nasihat saya, kalau ada web atau ada hari terbuka kat tempat yang kita nak sambung tu, baik pegi. Banyak maklumat kat situ.

      Reply
  32. Sai Omar says

    20 March 2014 at 10:57

    saya nak tnye lah.. saya nak ambil diploma.. tpi spm saya ini brapa nak bagus sgt lah.. nak kata krja.. saya bru ada pergalamat 1thun dalam sektor perkilangan.. macam mana nye.. tlong bgi cndangan..

    Reply
  33. hidayah says

    11 May 2014 at 13:48

    Bagi yang kurang pasti kursus yang diambil diiktiraf atau tidak, bole tengok di laman web JPA.

    Reply
  34. Athirah says

    12 May 2014 at 14:46

    Hi Saya nak tanya, saya nak amek part time executive diploma.. yang mana bagus ya?? saya di johor. ada uum tp takde di jb lg. skrg yg ada cuma utm. bagus ke tidak ya? please advice. tq

    Reply
    • Amran says

      12 May 2014 at 14:57

      Selagi program diiktiraf mqa, takde masalah. Kena timbang elok2, antara uum dan utm. Tengok review student2 lepas dari segi yuran, kebolehpasaran graduan, perkhidmatan kepada pelajar. Baru boleh buat keputusan.

      Reply
  35. Saiful says

    4 September 2014 at 01:53

    Cikgu…
    Program utmspace “executive in operation and production management” x de MQA?
    Betui ke?
    Dah daftar, tp br dpt info. x de MQA…

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      4 September 2014 at 06:41

      Dapat info ke atau check di MQA? Saya rasa lebih baik check ke MQA terus, lepas tu baru tanya pada pengurusan space.

      Reply
  36. SANG says

    1 December 2014 at 10:07

    mohon pandangan, saya berumur 30an dan sedang bekerja sbg PA, berminat utk sambung belajar tp mengalami kecelaruan dlm pemilihan bidang. Untuk pengetahuan, keputusan SPM agak cemerlang, sy pernah melanjutkn pengajian ke IPTA slps SPM tp kandas mungkin kerana silap memilih kursus dll. kemudian beralih ke IPT lain dan masih lagi kandas krn kurang minat dgn matapelajaran dlm course itu. Stlh sekian ini, timbul rs utk menyambung pljrn lg tp kali ini perlu membuat pilihan yg betul2. Apa pandangn anda tntg pilihan kursus yg betul. Masa flexibel, yuran berpatutan, Subjek yg x berat & diiktiraf.

    Reply
  37. Annie says

    14 July 2015 at 02:37

    Assalamualaikum… kalau ambil course diploma secara online, diiktiraf x? Tak semestinya diploma jer… apa2 course la…

    Reply
  38. Ahmad says

    20 May 2016 at 09:57

    Assalamualaikum Cikgu,

    Kalau kat Uitm tu diploma eksekutif ada ke.. maksud saya di uitm shah alam,

    saya berdekatan dgn uitm ni. berhajat nak belajar kat situ.. pengalaman saya dah 21 tahun dalam engineering ni..boleh bagi nasihat sikit tak..jika ada kos yg menarik di uitm tu.

    saya searching di google takde tawaran mcm tu..(diploma eksekutif)

    sekian,
    Wassalam,
    Ahmad,
    Jurutera Ammonia

    Reply
  39. Barumin amus says

    7 November 2016 at 12:52

    Sya umur dah 45 niat nak bljar ambil dploma eksekutif. Brkaitan dgn engniring makenikal. Tpi rata2 smua pengurusan..ada cdangan lain tak cikgu.

    Reply
  40. Belang Tarung says

    24 October 2017 at 12:27

    buat dip part time ni byk kepada nak naik tangga gaji kalau bekerja swasta..tambah ilmu lain

    Reply
    • Khairul Amran says

      24 October 2017 at 14:09

      saya setuju. yang pi belajar spm, dip, degree dan master full time tu pun kebanyakkannya cuma nak dapat kerja je. kalau untuk ilmu, jarang jumpa. tapi pada peringkat PhD, yes..ramai sambung sebab nak dapat ilmu.

      Reply
  41. yuyy says

    1 August 2018 at 14:41

    Assalamualaikum.. saya telah mendapat tawaran program PJJ unhtuk DIPLOMA di UITM SHAH ALAM.. yuran pendaftaran tu termasuk dengan yuran SEM Pertama ke ye?? mohon sesiapa respons sebab saya [perlu mendaftar dalam bulan ni juga (ogos) dan kemasukan mungkin pada bulan september 2018 ini. Atau direct email saya

    Reply
    • Khairul Amran says

      18 August 2018 at 08:20

      Mohon rakan-rakan yang ada info sila respon. Tq

      Reply

Trackbacks

  1. Belajar Terus-Terusan Pun Tak Guna says:
    12 November 2014 at 12:36

    […] niat menyambung belajar. Fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Mungkin pilihan terbaik ialah belajar dan juga bekerja. Ilmu dapat, impliment juga ilmu yang kita ada disamping explore juga ilmu […]

    Reply
  2. Pengalaman buat part time degree di SPACE UTM says:
    9 March 2017 at 00:05

    […] saya memberi komentar berkenaan part time diploma baik atau tidak, bertalu-talu soalan dilontarkan kepada saya. Antaranya meminta saya ceritakan pengalaman sepanjang […]

    Reply

Leave a Reply to nasrah erma Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in