Zaman telah berubah. Begitu juga beberapa terma dalam pendidikan turut berubah. Tugasan seorang guru mengalami perubahan. Kalau dulu sesi pdp berteraskan guru, sekarang pdp banyak dilakukan berteraskan pelajar.
Maka, istilah guru sebagai pemudahcara menjadi perhatian. Mana tidaknya, corak guru mengajar jauh berbeza dengan zaman kita. Pelajar perlu lebih aktif untuk mendapatkan ilmu.
Ini menjadi sedikit kejutan buat ibu bapa di rumah. Timbul persepsi negatif, guru goyang kaki, makan gaji buta, cikgu tak mengajar dan bermacam persepsi berlegar dalam masyarakat.
Mungkin aktiviti pelajar yang terlalu banyak contohnya membuat temuramah, menjalankan mini kajian, eksperimen, pemerhatian dan macam-macam lagi itu merimaskan ibu bapa. Secara tidak langsung mereka dipaksa terlibat sama dalam aktiviti anak-anak. Rungsing, sibuk, tiada masa..ya itulah tuntutan pembelajaran zaman ini.
Maklumat dan ilmu boleh didapati di mana-mana. Generasi Y dan Generasi Z tak betah mendengar celoteh guru walau hanya 15minit. Tengok saja la di rumah, macam mana anak-anak kita bila dileter. Kita wajib fahami fenomena ini. Maka, kaedah yang guru gunakan dalam mendidik anak-anak kita sekarang perlu berbeza dengan kaedah dulu.
Dalam kelas, guru akan menyelaraskan maklumat yang diperolehi pelajar. Ada perbincangan, ada perdebatan, ada sumbangsaran. Kan itu juga satu kaedah mendapatkan ilmu.
Guru cuma menjadi pemudahcara. Guru bimbing dan tambah mana-mana yang perlu. Tiada lagi 100% ilmu datang dari guru. Memang ini satu cabaran bagi anak-anak yang kurang aktif. Lagi parah apabila ibu bapa sendiri tidak faham bagaimana pdp dilaksanakan. Sebagai ibu bapa, sudah pasti mahu setiap anak yang dihantar ke sekolah menjadi insan berguna. Bantulah mereka.. Kita sama-sama bantu generasi akan datang memimpin dunia.
Ira says
betul tu, zaman sekarang dah tak boleh bergantung pada guru je, ibu bapa pun perlu ambil inisiatif tersendiri untuk bantu anak-anak berjaya.
Amar says
Dulu-dulu ibu bapalah pemudahcara. Ibu bapa sangat ambil berat hal anak-anak; pembelajaran mereka, adab dan sahsiah anak-anak. Jika guru rotan sedas, balik, ayah tambah lagi sedas.
Hari ni semua tu lepas kat cikgu semata-mata. Ibu bapa cuma terlibat dalam urusan pembiakan, beri pakaian dan dedak. Pendekatan ni akan pulangkan balik tanggung jawab tu kepada ibu bapa. Lepas ni ibu bapa yg nak membiak, fikir panjang sikit, dari sejengkal jadi sedepa.
SayaBukanCikgu says
Betul tu, kalau dulu guru tu tarafnya dipandang sangat tinggi.. sekarang? mmm…
betul… kalau dulu, kat sekolah dah kena sedas, balik tu takkan berani nak mengadu, kalau mengadu, baru cakap cikgu bagi sedas, mak bapak bagi sedas, dia cakap, kalau kita tak salah takkan cikgu pukul, lepas tu baru tanya kenapa, kita jawab, kena lagi sedas hahahaha