Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Penawar Gaut

Penawar Gaut

12 June 2014 by admin

Bismillahhirrahmanirrahim.

Gaut ni ialah penyakit yang payah nak berambus. Puaslah berubat sana-sini tak juga mahu pergi. Almarhum ayah saya dulu sampai kesudah tak jumpa penawar. Mak saya pun kena gaut juga sehinggalah seorang tua beri petua. Bermula dengan petua tu lah dengan izin Allah, gaut pergi terus dari mak saya. Hari ni kalau masak udang, sotong, ketam, kerang tu selamba saja mak saya tumpang sekaki. Petuanya begini.

1. Cari pokok senduduk/kenduduk yang masih KECIL seperdu. Maknanya yang bila kita pegang batangnya dan tarik ke atas, tercabut dengan akar-akarnya sekali. Kalau terpaksa guna cangkul tu tak mahu, dah besar sangat. Kita mahu yang kecil. Petang-petang pergi cari.

Pokok Senduduk
Pokok Senduduk

2. Kita mahukan akarnya saja. Potong dan ambil akarnya, cuci. Jangan pulak dicuci dgn sabun. Memadai dgn air bersih.

3. Potong akar halus dengan gunting. Kalau agak payah nak putus tu maknanya akar tu besar. Kita mahukan yang halus saja. Yang halus tu biasanya bahagian yang hujung-hujung.

4. Disebabkan kita cabut pokok tu petang. Kita rebus akarnya waktu malam. Rebus agak dapat secawan dah cukup.

5. Bangun pagi, sebelum jamah apa-apa makanan, minum dulu air rebusan tu habis secawan.

6. Begitulah caranya amalkan berturut-turut selama 60 hari. Dlm tempoh 60 hari tu ada masanya sakit dan bengkak. Ada masanya sihat. Seakan rawatan ni tak ada kena-mengena pulak. Memang begitu. Amal saja sampai cukup 60 hari. Selepas 60 hari tu, berhenti. Ketika tempoh 60 hari tu nak makan ubat sedia ada pun boleh. Selepas 60 hari tu nak teruskan dengan ubat yang selalu orang promote tu pun boleh.

7. Petua ni ibarat kata orang lama ialah rawatan halau penyakit. Sama tempohnya dgn kifarah. Hambat penyakit tu sungguh-sungguh.

8. Dugaan besarnya ialah kita perlukan senduduk yang segar. Jadi tiap-tiap petang kena cari. Tak boleh nak ambil banyak buat stok untuk seminggu. Jadi kena ada pembantu untuk cari selama 2 bulan. Samada anak-anak atau orang gaji. Hehe…

9. Kalau sesiapa yang ada menderita sakit gaut ni bolehlah dicuba petua ni. Saya dah cuba untuk mak saya. Alhamdulillah berkesan. Kalau tanya org yang jual ubat, akan ada yang menjuih. Adatlah tu. Apapun bolehlah dicuba at your own risk. Saya tak tahu kesannya kepada org yang ada pelbagai penyakit. Cuma setakat yang mak saya tu tak ada lah apa-apapun walaupun dia ada kencing manis dan darah rendah. Masih saja terkawal seperti biasa.

Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. Sembuh atau tidak bukan kerana ubat tapi izin Allah. Buat apa pun gantung hati pada Allah. Dalam niat bergantung pada Allah. Dlm ikhtiar bergantung pada Allah. Dlm menerima ketentuan bergantung pada Allah. Bergantung lah kepada Allah moga-moga kita jadi mukmin yang sejati.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Denaihati says

    13 June 2014 at 21:12

    bagi kita yang belum kena mesti kena jaga kesihatan sebaiknya. terima kasih perkongsiannnya mudahan ramai yang berjaya sembuh/lebih baik dengan petua ni.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      15 June 2014 at 19:25

      Yup, beringat.. Kalau dah kena tak salah cuba petua ni.

      Reply
  2. Bahrain says

    15 June 2014 at 00:11

    Minta dijauhkan dari penyakit sebegini. Semoga bermanfaat kepada mereka yang ada penyakit gaut.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      15 June 2014 at 19:25

      Jaga makan, insyallah tak ada la penyakit ni hinggap.

      Reply
  3. Abdur says

    15 June 2014 at 07:27

    Terima kasih,obat traditional macam ini biasanya tak memiliki kesan sampingan yang membahayakan.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      15 June 2014 at 19:24

      Harap2 macam tu la. Setakat ni memang tak nampak lagi kesan sampingannya.

      Reply
  4. Zuan says

    15 June 2014 at 15:05

    tips yang baik dikongsi untuk semua 🙂

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      15 June 2014 at 19:23

      Sudah ramai yang kena dan menderita penyakit org kaya ni. Ubat moden plak macam susah nak sembuh.

      Reply
  5. Hafizul says

    16 June 2014 at 10:22

    Terima kasih bro kongsikan..yer.. Halau gaut ni semoga tak datang lagi lepas ni..nanti leh amalkan juga..

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      16 June 2014 at 11:05

      Sama2. Jaga makan bro. Kalau penyakit tu da dtg, susah nak pi.

      Reply
  6. suri says

    18 June 2014 at 16:32

    saya tak pernahnya tahu.nanti saya kabarkan pada jiran kampung saya. saya rasa ini cukup manfaat pada saya orang alami uh..

    p/s:saya sedang mencari makanan atau tumbuhan, sayuran boleh membersihkan usus boleh ke admin carikan atau buat entri untuk saya. btw ikutkan berlambak prodak cerita pada produk cuci usus tapi saya tak berkenan langsung.kalau boleh saya nak cari yang cara alami dan asalnya dari tumbuh-tubuhan or buah-buahan ke..

    Reply
    • Amar says

      22 June 2014 at 10:50

      Cik Suri boleh amalkan minum minyak kelapa dara. Satu sudu waktu pagi selepas makan. Satu sudu waktu malam selepas makan sebelum tidur. In syaa Allah clear. Baik juga untuk anak-anak yang kecacingan.

      Reply
  7. Faizul Ali says

    19 June 2014 at 11:51

    Biras saya ada penyakit gout ni. Jenuh jugak bila nak makan best-best kena standby ubat gout pulak. Kaki saya ni selalu jugak sakit lenguh-lenguh. Tapi bukan gout. mungkin sebab selalu drive kareta. Selalunya saya akan rendam kaki dengan rendaman air garam

    Reply
  8. adi says

    23 June 2014 at 03:35

    Alhamdulillah…terimakasih atas resep obatnya moga bermanfaat

    Reply
  9. Ummi says

    13 October 2014 at 22:54

    zaman dulu2 kata penyakit gout ni penyakit golongan diraja, golongan bangsawan.

    Selain dari akar pokok senduduk, banyak lagi cara rawatannya..cuma mau atau tak mau buat je. Paling mudah, telan tablet alfalfa tu pun orang tak mau telan. Pastu bila sakit, ha …baru tau langsung tak boleh gerak..

    hehehehe…macam kata kat seseorang je..

    Reply

Leave a Reply to Amar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in