Seorang lelaki separuh umur kelihatan mundar mandir dalam satu pertunjukkan funfir. Dia tertarik dengan sekumpulan orang ramai yang sedang berkerumun di suatu sudut. Lelaki itu terus menyertai kumpulan tersebut. Kelihatan seorang pemanah sedang menunjukkan kehebatannya. Aksi pertama pemanah itu memanah sasaran sejauh 50meter. Tepat mengenai sasaran. Orang ramai bertepuk tangan. Aksi seterusnya pemanah itu meletakkan sebiji epal di atas kepala rakannya. Lalu dengan yakin dia memanah epal itu. Dengan jarak sejauh itu, sasaran kaki ini tepat tanpa mencederakan sedikit pun sahabatnya itu.
Orang ramai yang berkerumun bertepuk tangan sambil memuji kehebatan pemanah itu. Pemanah itu kemudian meminta penonton yang ada sukarela meletakkan epal di atas kepala untuk dipanah. Beberapa minit berlalu tanpa ada seorang pun penonton berani kehadapan. Akhirnya pemanah itu meminta lelaki separuh usia itu untuk dijadikan bahan eksperimen. Mengeletar tubuh, tercungap-cungap lelaki itu apabila diminta meletakkan epal di atas kepalanya untuk dipanah. Pelbagai alasan diberikan.
Pemanah itu terbukti hebat. Orang ramai juga mengakuinya. Lelaki itu juga percaya bahawa lelaki itu memang seorang pemanah yang hebat. Tetapi kenapa lelaki separuh usia itu tidak berani meletakkan epal di atas kepalanya untuk dipanah? Bukti depan mata, juga tak dapat menjadikan dia berani berbuat demikian. Ini adalah kerana lelaki itu tidak cukup yakin dengan kemahiran sang pemanah.
Percaya sahaja kalau tidak yakin tiada gunanya. Analogi cerita di atas bolehlah diumpamakan seperti kita. Kita percaya kewujudan Allah, mengakui kebesarannya, mengakui kehebatannya. Bukti depan mata juga telah kita jumpa mengenai kekuasan Allah. Tetapi malang bagi kita sebab tidak yakin. Kenapa aku katakan tidak yakin? Ini kerana hukum Allah yang telah diturunkan dan diamanahkan kepada kita tidak kita laksanakan. Bukankah itu tanda kita masih belum meyakini kehebatan Allah? Pelbagai alasan diberikan untuk tidak melaksanakan perintahNya. Suruh solat, malas. Suruh zakat, kata tak cukup duit. Suruh puasa kata sakit perut. Alasan semata-mata.
Membentuk kepercayaan itu mudah. Menerapkan keyakinan itu yang susah. Percaya tak semestinya yakin. Yakin itu sudah semestinya percaya. Nilaikan keimanan kita. Apakah tahap kepercayaan kita kepada kekuasaan Allah itu telah sampai kepada tahap meyakini kekuasanNya. Kita muhasabah diri untuk menjadi insan yang beriman, percaya, yakin dan sanggup melaksanakan perintah Allah tanpa sebarang alasan.
anif says
Manusia sentiasa punyai alasan untuk semua situasi… Kalau tiada alasan sekalipun tentu akan cuba mencipta alasan!
Cikgu Hairul says
Mencari alasan dalam hal berkaitan lain tak apa. Kalau cipta alasan untuk ingkar perintahNya itu menzalimi diri sendiri.
Pacifista says
yakin dan percaya tu asas dalam penghayatan agama Islam ni.tanpa kedua2 tu.amal kita bakal ditolak oleh Allah.kena jaga2 tu…
Cikgu Hairul says
Keyakinan juga perlu ada asas dan panduan yg betul.
kodinz says
nice analogy.
percaya saja tak mencukupi tanpa keyakinan, kan bro 🙂
Cikgu Hairul says
Betul tu
madammondoq says
tapi kalau sekali dah curang.. terus tak percaya sampai bila-bila.. (eh.. ada kene mengena ke.. hehe..)
Cikgu Hairul says
Jauh betul larinye.. Heheheheh
vacuum says
ketika keyakinan kuat, maka tak seorangpun mampu menggoyahkannya meskipun di terjang badai
Cikgu Hairul says
Betul tu..
vacuum says
keyakinan adalah pondasi dsar menuju kesuksesan
vacuum says
jangan ragu sebab keraguan menghancurkan keyakinan