Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Permohonan KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2012 Dibuka

Permohonan KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2012 Dibuka

28 September 2011 by Cikgu Hairul

Iklan Permohonan KPLI-SR jQAF 2012

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya pembekuan pengambilan jawatan guru dilepaskan. Terbaru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui laman sesawangnya telah mengumumkan penawaran kursus KPLI-SR jQAF bagi ambilan Januari 2012.

Permohonan boleh dibuat sejak 26 September yang lalu. Macam biasa, sebelum permohonan dibuat sila buat pembelian no pin di mana-mana kaunter BSN seluruh negara, SMS banking dan Internet Banking. Permohonan KPLI kali ini hanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja. Tarikh tutup permohonan ini ialah pada 9 Oktober 2011.

Iklan penuh Permohonan KPLI-SR jQAF di sini <—

Permohonan kali ini dilihat semakin bertambah ketat syarat-syaratnya. Diantara syaratnya ialah pemohon mestilah mempunyai CGPA 2.75 dan ke atas. Satu lagi syarat yang menjadi keutamaan ialah mempunyai pengalaman mengajar. Maknanya kalau graduan baru grad dan tak ada pengalaman mengajar susah sikit la nak dapat.

Mungkin segala syarat yang diberikan ini adalah untuk kebaikkan generasi akan datang juga. Jika pengambilan guru tidak ditapis dengan betul, maka akan lahirlah pelbagai masalah yang diutarakan di suratkhabar sekarang. Walaupun hanya segelintir sahaja guru yang buat taik, nama guru lain juga akan menerima tempiasnya.

Berkenaan minat guru, satu waktu dulu profession perguruan dilihat menjadi pilihan terakhir oleh pemohon. Sebab memilih jadi cikgu kerana dah tak dapat kerja kat mana-mana syarikat. Atau lebih parah lagi, profesion perguruan dipilih sebab mak ayah yang suruh. Tiada keikhlasan dan tiada jatidiri. Kesannya adalah ke atas keseluruhan sistem pendidikan negara.

Oleh itu, minat juga amat penting dalam pertimbangan permohonan KPLI-SR jQAF ini. Pada mereka yang tidak ada kesungguhan menjadi guru, nasihat aku… sila jangan memohon. Berilah kepada mereka yang benar-benar layak dan mempunyai keazaman yang tinggi dalam mendidik anak bangsa.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. engine says

    5 October 2011 at 17:57

    wah… dah buka! tq taw!

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 October 2011 at 18:46

      ye.. cepat2.. tinggal beberapa jam je lagi nak tutup tuh..

      Reply
  2. lubuk says

    14 December 2011 at 08:48

    pening nak baca ape tuh..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 December 2011 at 09:46

      Dah banyak panduan untuk jawab soalan tu dijual.. Beli je la. Insyallah yau la apa nak dibacanya.

      Reply

Leave a Reply to engine Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in