Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Perogol Bahasa Makin Berleluasa

Perogol Bahasa Makin Berleluasa

21 January 2013 by Cikgu Hairul

Sekadar meluahkan rasa gusar dengan Bahasa Rasmi Malaysia. Semakin hari semakin dipandang sepi. Walau pelbagai program dilaksanakan termasuklah Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) namun ia masih belum mencapai apa yang diharapkan.

Kegagalan bukan berpunca dari bahasa itu yang sukar dituturkan, tetapi keenganan bangsa empunya bahasa menuturkan dengan betul. Malahan ada yang bertindak merogol bahasa tanpa rasa ihsan langsung.

BR1M, TR1MA, RMR1M, MR1M dan macam-macam 1 Malaysia lagi diperkenalkan oleh  PM. Hasilnya rakyat mempercayai segala bantuan yang diberikan mempunyai ritma bunyi “im”. Kesan secara tidak langsung mula diperlihatkan satu persatu. Dari PM, timbalannya, cikgu sekolah, mak bapak, dan anak-anak  semua mengungkapkannya. Adakah itu bunyinya?

Mana tidaknya, SATU disamakan dengan I. Mereka membunyikan segala program atas nama 1Malaysia sebagai “im”. Brim, trima, rrim, krim dan im-im yang lain. Bukankah ini mengelirukan? Hasilnya nanti kita boleh lihat di siaran-siaran berita, dj-dj radio mengungkapkan perkataan yang salah ini. Kemuncak perogolan bahasa dapat dilihat di atas kertas jawapan anak-anak dalam peperiksaan utama.

cintailah-bahasa-melayu

Masalah ini sama seperti masalah bahasa singkatan. SMS mempelopor kerosakkan tulisan kita. Kalau tidak dibedung perkara sekecil ini, tak mustahil satu hari nanti bahasa kita akan tidak ketahuan.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. hairulafiz says

    21 January 2013 at 16:35

    betul tu cikgu, saya pun dah tersebut benda yg sama

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 January 2013 at 09:48

      kena betulkan tu fiz.

      Reply
  2. titan says

    21 January 2013 at 20:35

    biasalah..memang terlalu ramai..dah tak terhitung rasanya..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 January 2013 at 09:47

      Sanggup ko nak menghitung..hehe

      Reply
  3. sharafie says

    21 January 2013 at 22:04

    dah tak tau cakap ape dah..dulu masa saya baru turun kapal, saya tanya kawan saya apa itu BR1M..saya tak sebut brim..depa boleh gelak..siot je..rasanya betul dah saya sebut tu..nak tak nak terpaksa mengikut kehendak semasa..ni la masalahnya..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 January 2013 at 09:35

      Kadang-kadang macam tulah. Yang salah nampak benar bila orang sekeliling melakukannya. Macam orang menutup aurat di kalangan yang tak menutup aurat. Kadang-kadang rasa bersalah pulak.

      Reply
  4. wandisini says

    22 January 2013 at 11:46

    yang perlu menjaga bahasa bagi mereka hanyalah rakyat. jika kerajaan yang memulakannya, itu tak pa. yang menjaga bahasa juga hanya kementerian tertentu sahaja. kementerian lain jangan sibuk-sibuk.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      25 January 2013 at 09:18

      perkara macam tu susah semut kecil nak tegur. semut kecil ini cuma perlu buat tugasnya sendiri.

      Reply
  5. Blog Asyraf says

    25 January 2013 at 00:24

    Peliharalah bahasa Malaysia!

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      25 January 2013 at 09:11

      Kalau bukan kita, siapa lagi nak jaga bahasa kita?

      Reply
  6. Amar says

    17 September 2014 at 18:40

    Setiap perbuatan ada balasannya. Tulisan rumi dilahirkan untuk merogol dan membunuh tulisan jawi. Sekarang giliran tulisan rumi pula kena rogol.

    Reply

Leave a Reply to wandisini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in