Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Remaja buru cinta

Remaja buru cinta

15 December 2013 by Cikgu Hairul

Bismillahhirrahmanirrahim.

Balik kampung mertua memenuhi undangan majlis perkahwinan jiran di sana dan serba sedikit berusaha menyibukkan majlis tu, ada pula selingan tentang remaja.

Mungkin kerana saya agak mudah berbual dengan remaja, dalam sibuk itu saya dihampiri Lan dan Firdaus (bukan nama sebenar). Saya dah biasa dengan mereka sebelum ni. Cuma kali ni mereka datang dengan masalah dan dilema remaja. Dilema cinta. Adoi, apa saya nak buat? Saya bukan pandai kaunseling apa lagi motivasi. Rotibasi ada lah.

Saya mulakan dengan mendengar saja semua luahan dengan sabar. Wahaha… Memang kelakar kisah cinta monyet ni.

Firdaus bercinta dengan seorang perempuan sebaya. Girl tu agak ligat dan tak terkawal. Agak sosial. Couple tak lama dia nak putus sebab katanya Firdaus budak baik dan skema. Tak seswai. Hasilnya Firdaus jadi penasaran.

Lan pula dalam diam jatuh hati kepada kakak angkatnya yang tua setahun darinya. Kakak angkatnya pula dah ada boyfren pun.

Dua-dua budak ni jalan kalau langgar tiang memang tak pelik lah. Budak berdua ni memang tengah senget, serabut perut dan brain tergendala.

Saya cuma jawab, saya bukan pakar motivasi atau kaunselor. Cuma boleh jawab berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedikit lagi cetek. Saya mulakan dengan cerita.

It’s writen

Soal jodoh tu dah tertulis. Jika dia kamu punya, kamu akan dapat. Jika dia bukan kamu punya, usahalah macam mana pun, kamu takkan dapat.

Wanita ialah hiasan dunia paling cantik. Memang mempesona. Tapi itukah matlamat hidup?

Rukun iman keenam ialah menerima Qada’ dan Qadar. Antara intinya yang inilah. Redha dengan apa yang telah tertulis. Kalau kamu orang yang beriman. Tak rela tercabut iman dari diri. Kamu redha lah sekarang. Bukan ketika kamu temui kegagalan. Tapi sekarang. Kamu mesti redha sekarang. Lepas tu kamu buatlah apa yang patut. Usaha dan doa supaya dia jadi kamu punya. Kalau Allah tak izin juga tak mengapalah. Itu hak Allah. Yang penting kamu redha sekarang. Redha dalam usaha kamu untuk dapatkannya. Redha dengan ketentuan di hujungnya nanti.

Redha. Kalau Allah nak ambil balik apa yang ada pada kamu semuanya pun tak apa. Ambillah sampai telanjang sekalipun. Tapi mohon jangan Allah cabut iman dari kamu. Bukan masa nak mati. Tapi mohon jangan dicabut atau dipisahkan kamu dari iman walau sedetik pun.

Adalah sangat tak berbaloi kalau kita kejar cinta seorang manusia sampai tercabut iman. Langsung tak berbaloi. Redha lah dengan Qada’ dan Qadar Allah. Jalanilah kehidupan dengan tenang. Banyak lagi yang perlu kita pikul. Tanggung jawab kepada diri sendiri dan ibu bapa.

Awek yang kamu kejar tu, kamu kejarlah. Tapi mesti dengan persiapan dan strategi. Macam kita main chess. Kita lawan. Menang kalah letak belakang. Dalam masa tu kita mesti tenang. Kalau kecoh, kita akan kalah.

Esok harinya Firdaus nampak lebih tenang. Lan dah boleh ketawakan dirinya sendiri. Samada saya membantu mereka atau tidak, entahlah. Tapi point utamanya di sini. Kita golongan dewasa patut ada forum tertentu untuk bincang bagaimana bimbing remaja. Paling tidak pun untuk memahami situasi mereka. Wallahhu a’lam.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Pendidik2u says

    16 December 2013 at 21:03

    Betul tu, nasihat yang bagus, semoga mereka dapat jodoh yang baik..

    Reply
  2. TehR says

    17 December 2013 at 15:20

    remaja masih dengan darah panas
    memang perlu dibantu untuk lebih sejuk
    untuk lebih bijak berfikir dan bertindak

    Reply
  3. Amar says

    18 December 2013 at 08:44

    Betul tu. Walaupun rasanya pilihan mereka bukan pilihan yang tepat, saya tak rasa mendedahkan kesilapan tu satu tindakan yang berkesan. Beri saja sokongan keinginan mereka. Kita cuma beritahu apa yang perlu dibuat dengan beberapa panduan. Samada mereka akan tetap berkeras dengan kehendak itu atau give up dan bersedia untuk lebih rasional, kita tengok nanti. Biarlah “perjalanan” mereka yang membuka ruang.

    Reply
  4. ohcikgu says

    18 December 2013 at 09:17

    selagi kita boleh bantu dan nasihat. kita bantu.

    Reply
  5. Rahmat Ariffin says

    18 December 2013 at 15:02

    Cinta monyet hanya seronok sekejap saja. Lepas hilang seronok, pastu clash cari lain pula. Cinta budak-budak yang belum matang tak membawa kemanapun…

    Reply
  6. Anak Askar Pencen says

    18 December 2013 at 16:02

    Situasi dan budaya remaja sekarang ni ada banyak beza dengan zaman kita remaja dulu. Cuma bab seperti bab bercinta ni, lebih kurang sama aja. Kita orang-orang yang lebih dewasa ni, memang elok sangat cuba memahami mereka supaya mudah untuk kita membimbing mereka ke arah kebaikan.

    Reply
  7. Amar says

    18 December 2013 at 20:11

    Iya juga kan… Zaman kita dulu kalau couple tu setakat berutus surat jer. Nak jumpa pun takut. Remaja sekarang lepas ke dalam ladang sawit tu ha. Adoi…

    Reply
  8. Manan Qayyim says

    18 December 2013 at 23:41

    gelora jiwa remaja…. 🙂
    aku pon lebih kurang jugak… hihihi

    Reply
  9. UmmiKami says

    19 December 2013 at 09:08

    Assalamu’alaikum Cikgu….apa khabar… ^^

    Cinta apa yang diburu,
    Cinta Allah adalah azali,
    Cinta ibu ayah cinta sejati,
    Cinta buku pelita hati,
    Cinta diri sendiri ilmu dicari,
    Cinta awek makan diri…..

    Jom kita berpantun di blog kak Ummi pulak…. ^^

    Reply
    • Amar says

      19 December 2013 at 19:54

      Jak merono budoh jino bek la lole.
      Jak meruno bak ulamak bek le lalo.
      Gado bok bang uro malam telah dudo.

      Reply
  10. Irwan Alessa says

    19 December 2013 at 13:12

    ini cukup bagus dah.. biasalah tu, bebudak baru nak up..

    Reply
  11. Anuar says

    19 December 2013 at 13:27

    Beruntung Firdaus dan Lan dapat bertemu dengan orang yang tepat untuk mereka meluahkan masalah mereka… Sekurang-kurangnya mereka berasa lega…

    Reply
  12. Wan says

    12 July 2016 at 18:08

    Nasihat yg bagus dan membina tuan….terima kasih.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      9 September 2016 at 07:05

      Sama-sama

      Reply

Leave a Reply to Pendidik2u Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in