Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Sabah Hari Kedua – Round Island dan Sekitar KK

Sabah Hari Kedua – Round Island dan Sekitar KK

10 December 2013 by Cikgu Hairul

Seusai solat subuh, berdoa mohon Allah mudahkan perjalanan kami, berikan kegembiraan buat kami dan kurniakan hari yang indah dan cerah sepanjang percutian kami di Sabah.

Tentatif 1. Round Island ( 8 pagi-4 petang).

Jam 6.30 pagi kami sarapan di restoran bawah hotel. Selesai sarapan, cari teksi untuk ke jeti Jesselton Point. Kalau jalan kaki dalam 20 minit. Naik teksi kene dalam RM15. Sepanjang perjalanan usya juga tempat yang mungkin patut pergi. Hmm..semua shopping Mall. Sampai jeti…yuhuuu…masa untuk memilih pakej terbaik untuk diri masing-masing.

IMG_4527

Macam-macam ada..kat sini terpulang la pada korang nak ambil pakej mana. Nak round brapa banyak island..suka hati la. Sediakan duit je. Kat sini bajet agak besar sebab nak join aktiviti air. Kalau tak join, baik duk kat hotel je kan.. Cuma diingatkan, dalam tempoh 8 jam tu tentunya perut minta diisi. Bawalah bekalan mengikut kadar sukatan perut masing-masing. Kat pulau memang ada jual tapi mahal berganda. Ada pakej yang menawarkan set bbq untuk lunch, so hulurkan je kertas yang ada kepala Agong tu..

IMG_4770

Antara pulau yang ditawan..

IMG_4581

Gejebussss….ekceli, snokeling kat Pulau Kapas lagi best. Ikan lagi cantik-cantik…hehehe

IMG_4648

Nak cuba yang ni pulak….layannnnn…sure best!!!

Tentatif 2. Round KK

Kami ambil bot balik awal sejam dari sepatutnya. Terus ke hotel. Kemaskan diri dan solat. Turun makan dan terus ke lokasi sekitar. Nak shopping sikit sebab esok pagi nak ke Ranau. Nak capai Gunung Kinabaluuuuu…

Lokasi wajib- Pasar Philipine. Beli keronsang sepapan, butang baju, gelang, itu ini yang berasaskan mutiara dan kristal..tak lupa juga benda yang si isteri wajib beli ~ fridge magnet.

IMG_20131126_172036

Meriah sungguh pasar malam….mari-mari!!!! Murah- murah.. Jualan sayur2 macam kat pasar malam Brinchang, Cameron Highland. Di pasar ni ikan murah je..tapi lepas masak jadi mahal. Nak makan kat sini pun ok. Segar. Kita pilih, dia timbang, dia masak, kita makan…dan…kita la bayar… Macam-macam menu boleh kita oder.

IMG_20131126_184902

Tu dia….menu dinner kami… Cuma nak merasa jer. Memang mabeles! Nyum nyum…

IMG_20131126_185903

ABC cendol buah…pergh..

IMG_20131126_172336

Ada berani??!!!… Seekor RM45 nih.

Sekitar pasar philipine

IMG_20131126_174245

Ni la landmark tempat nelayan naikkan ikan..segar..terbaik dari laut!!!!

Bagi yang suka sangat shopping, boleh sambung aktiviti korang kat mana-mana shopping complex sekitar KK ni. Memang banyak..boleh kurangkan sikit duit korang yang bertingkat-tingkat tu.. Bagi saya dan isteri, cukup la tu.. Mau cari kereta sewa untuk esok..

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Amar says

    11 December 2013 at 09:31

    Semuanya tentang rasa. Tenggelam dalam rasa. Nanti transfer semua gambar masuk iPad. Kitorang nak tengok.

    Reply
    • Amran says

      12 December 2013 at 22:21

      okeh..

      Reply
  2. suriaamanda says

    11 December 2013 at 16:49

    seekor RM45???SA kalau sekor mmg x cukup…sabar jer la…mahal jugak eh..ke dia ikut tempat?

    Reply
    • Amran says

      12 December 2013 at 22:22

      yup.. sekilo dalam RM100++. tapi saya tak ambik pun. macam tak berbaloi jer.

      Reply
  3. Rina says

    11 December 2013 at 18:41

    Saya suka lobster, ngelihatnya jadi pengen memasak dan memakannya tu. Tidak kalah sedap dengan cendol 🙂

    Reply
    • Amran says

      12 December 2013 at 22:24

      lobster? wah.. tinggi tastenya ye.

      Reply
  4. suri says

    22 December 2013 at 14:17

    macam best jer bila nak pergi tak tahu pulalah heee..suka tengok ikan bakar tu uh…

    Reply
    • Amran says

      22 December 2013 at 14:41

      memang best kak suri.. insyallah tahun depan dapat la pegi ngan hubby n anak-anak kan.. air asia sentiasa ada bukak offer free tiket kak. kena selalu alert ngan iklan.

      ikan bakar tu kat umbai pun ada..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in